Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Lelaki Penyayang
Antara Gambar Datuk Muszaphar menerusi rancangan Romantika Yang sempat Etuza rakam...Mohon maaf ambil gambar live di TV saja.. |
Assalamualaikum..ketemu lagi diudara maya. Agaknya ramai blogger kini diulit mimpi, sementara itu Etuza buat satu lagi entri hal orang terkenal. Siapa lagi jika bukan yang dalam gambar itu. Angkasawan negara yang menjadi wira negara selepas kejayaan nya menakluk angkasa pada suatu masa lalu.
Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Lelaki Penyayang
Kenyataan Etuza ini rasanya tidak tersasar kerana memang jelas sekali tinggi nilai kasih sayang Dr. Muszafar Shukor kepada anak-anak nya serta isterinya yang bergelar Doktor di sebuah hospital di Malaysia.Menerusi program Romantika orang terkenal Etuza dapat sekali memahami Datuk ni seorang yang penyayang dan amat bertanggungjawab. Lihat sahaja gambar di atas yang sempat Etuza abadikan untuk tatapan kita.Kelihatan Datuk M sangat hebat dalam memberikan ilmu serta perturunkan ilmu kepada anak perempuannya dalam kemahiran berenang di dalam kolam. Baguslah kerana tepat sekali amalan melentur buluh biar dari rebungnya. Pasti berjaya anak Datuk M.
Romantika mereka berkeluarga ini pergi di Bali Indonesia. Kawasan pelancongan yang menjadi idaman semua orang. Hebat sekali mereka menikmati keindahan pelbagai lokasi di Bali. Bertuah bila menjadi orang terkenal dan ada rezeki kemudian di taja pula oleh pihak media dalam soal pelancongan ke distinasi yang menarik.
9 Ulasan
Moga keluarga ini sakinnah..mawaddah..wa rahmah kan Cikgu..dan untuk keluarga kita semua..amin.
BalasPadampernah berjumpa beliau di program di u
BalasPadamdengar khabar, Malaysia nak hantar angkasawan ke 2 pulak ... ye ker...
BalasPadamrancangan Romantika yg memaparkan Dr Sheikh JM rasa pernah tgk..dah lama ia bersiaran, mungkin yg cikgu tgk ni rancangan ulangan. Tgk reaksi dan cara DR bercakap dah tahu dia seorang yg penyanyang...
BalasPadamRiak wajah dr m ni pun lembut orangnya...
BalasPadamsaya pun suka lihat personalitinya di kaca TV.
BalasPadamsy pun suka dengan peribadi angkasawan negara ni cikgu..nampak penyayang dan berkarisma... isteri dia pun lawa & lembut jer.... :)
BalasPadamKelihatan beliau memang seorang ayah yang penyayang..
BalasPadamSaya yakin, Cikgupun penyayang juga..
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.