Refresh Teknik Proses Buku & Kenalan Baru Dalam Industri Pendidikan

Refresh Teknik Proses Buku & Kenalan Baru Dalam Industri Pendidikan

   Dalam dua hari iaitu 15hb dan 16 hab Oktober ( Khamis & Jumaat ) Etuza mendapat jrmputan kursus Proses Teknik Buku Pusat Sumber, Bengkel IQPSS dan iNILAM yang bertempat di Pusat Kegiatan Guru Keningau.Memang bila kita kursus balik apa yang telah kita pelajari dahulu akan menyegarkan balik ilmu yang kita ada dan ada pembaharuan yang perlu kita buat dalam bidang kerja kita apabila kita kembali bertugas sebagai guru di sekolah.

Dalam kursus ini ramai yang hadir, dan sepatutnya Etuza bertugas di Padang Kompleks Sukan Keningau kerana tarikh yang sama Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Peringkat Zon Pegalan Berlangsung. Etuza mendapat sms teman guru bahawa sekolah kami hanya mampu berpuas hati mendapat tempat ke lima dalam sepuluh buah sekolah di Zon Pegalan Keningau.

Dalam melihat kehadiran kursus dua hari berkaitan Pengurusan Pusat Sumber, tidak dinafikan ramai guru wanita. Dan guru lelaki hanya ada 8 orang sahaja termasuk penceramah iaitu En. Mustafa Malisin merupakan Pegawai bertugas di Pusat Kegiatan Guru Keningau. Nampak betul dalam industri pendidikan ini guru lelaki dalam bidang mengurus Pusat Sumber di setiap sekolah semakin berkurangan. Nampaknya tugas membantu mengurus PSS sekolah Etuza lebih lama bertahan dan ada beberapa orang guru lain yang sama berkhidmat lama sebagai guru Pusat Sumber yang lebih kepada jawatan Guru Perpustakaan & Media di sekolah. 

Empat paparan gambar biru itu merupakan pembaharuan yang akan Etuza lakukan di sekolah. Cop buku yang lengkap dengan butiran yang ditetapkan akan Etuza segera urus sebagai menggantikan proses buku yang menggunakan kad buku atau slip kad buku.Biasa kad buku ini hilang apabila murid yang tidak bertanggungjawab meminjam buku di sekolah.

Refresh Teknik Proses Buku - Tengok Gambar

Cop Hak Milik
3 bahagian sisi buku (tebal)

Proses Buku
Cop Hak Milik
Nombor Rahsia
Meletak Poket
Slip Tarikh Pulang
Kad Pinjaman
Menulis Maklumat
Lebel Ditulang Buku
Rekod Perolehan
No. Perolehan (No. Bilangan)
No. Panggilan
Pengarang
Penerbit dan tempat terbit
Tahun terbit
Harga
Muka su...

Cop Hak Milik
Muka surat ‘verso’
Cop Hak Milik
belakang buku

Kenalan Baru Dalam Industri Pendidikan

Biasanya lah Etuza datang kursus mesti jumpa rakan-rakan guru yang dah lama bertugas dan guru- guru baru yang baru ditempatkan bertugas di Keningau atau juga guru lama tetapi baru ditempatkan perkhidmatan guru di Keningau. Atau lebih jelas guru ini berpindah atas arahan jabatan selepas kelulusan permohonan perpindahan.Mari kita berkenalan dengan dua orang guru baru yang sempat Etuza kenal dalam kursus dua hari di Pusat Kegiatan Guru. Ramai sebenarnya tetapi dua orang guru ini sahaja yang dekat tempat Etuza duduk. Ada seorang lagi yang bertugas di SMK Agama Keningau. Guru tu berasal dari Kota Baharu Kelantan. Agaknya kalau sempat ambil gambar bersama guru lelaki itu pasti ada blogger dari Kota Baharu akan kenal dengan guru baru itu. Sayangnya Etuza tidak sempat mengambil gambar dia. Ada dua sahaja yang paling dekat dan mesra pula mereka ini.

Ramah tamah dan sesuai lah mereka sebagai guru yang mesti banyak bercakap di kelas. Mengajar mesti menjelaskan dan isi kandungan dan kemahiran diajar maka guru pun tidak henti bercakap selagi belum tercapai objektif pengajaran di kelas dalam masa tertentu.Guru tidak bercakap bagaimana murid hendak faham kemahiran diajar kan!.

Kenalan Baru Pertama : Mohd Faez Bin Zahari
Asal : Kedah
IPGM : IPGM Pendidikan Islam Bangi
Posting : Sekolah Kebangsaan Kahaba ( 70 Kilometer dari Keningau)
Semoga Ustaz Faez betah di Keningau.
Pasti kalau jumpa dia di Keningau akan Etuza menyapa dia.


Kenalan Baru Kedua : Cikgu Inawati Mohd Arif
Asal : Papar Sabah
Posting : Sekolah Kebangsaan Ansip Keningau.
Pindah ke Keningau kerana ikut suami bertugas di Keningau.
Dahulu Cikgu Inawati bertugas di Semporna katanya.
Baru empat bulan bertugas di Keningau.
Cikgu Inawati sempat klik blog Etuza dan bayak 
dia tanya tentang pengalaman sebagai bloogger.
Terima kasih Cikgu Inawati 

Nampak ke blog Etuza tu...ramai dah tahu di Keningau
 Ini Pegawai Penceramah : En. Mustafa Malisin
Dia memang rapat dengan Etuza, baik hati pula tu
Sedia membantu kita jika kita hendak bersemuka
dengan dia pada bila-bila masa.
Kepada rakan guru lain tidak perlu malu dan segan 
jika kita ada masalah tanya lah kepada pihak PKG khasnya
bertanya langsung kepada En. Mustafa Malisin di PKG
Keningau, Sabah.Pastinya berkaitan dengan IQPSS & iNILAM
talian online untuk di kemaskini.
Soalan Bonus!
HRMIS DATA dah siap ke ?
En. Mustafa Malisin sedang beri ceramah.

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. assalam banyak tugasan yg menanti cikgu selepas habis berkursus tu...bertambah lagi ksibukannya kan cikgu...berkhidmat kerana Allah..besar ganjaran-Nya tu.

    BalasPadam
  2. bekursus dapatkan ilmu sambil menambah kenalan baru.. bagus macam tu cikgu..

    BalasPadam
  3. Ada sistem baru perlu diadaptasi di pusat sumber yer

    BalasPadam
  4. alaa pesal x ambil gambar cikgu dari kelantan tu leh kenal hiksss

    BalasPadam
  5. Ada penambahbaikan ye Etuza. Seronok berkursus ni selain menambah ilmu dapat jumpa dengan ramai kenalan

    BalasPadam
  6. Krusus banyak ilmu yang bertambah...kan cikgu..kenalan juga brtambah

    BalasPadam
  7. Waaaa... muka kta masuk blog la 😄 Nway.. thnx byk2 cgu sbb byk ilmu yg dkongsi n mberi tunjuk ajakr...

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.