Pesona & Kegebuaan Bunga Kertas Di Halaman Agakan Etuza Hargapun Naik

Pesona & Kegebuaan Bunga Kertas Di Halaman
Jengok Blog Etuza Lihat Aura Bunga Kertas Hari Ini..

Bunga kertas putih: Usia bunga ini di halaman rumah Etuza sudah 6 tahun sejak tahun2010 ditanam di pasu roda terbuang. Etuza beli dalam bayung RM 8.00. Kini menghiasi laman Etuza dan kalau di jual dapat dengan harga RM 120.00. Pernah Etuza membeli bunga kertas dalam pasu besar kecil saja tetapi kuntuman bunga amat cantik dan harganya RM60.00 Etuza beli kerana memang Etuza seorang penggemar bunga. Ego lelaki ini jika tidak mengakuinya. RM120.00 ja tu. Percaya tak jika ada yang datang membeli bunga kawan Etuza semua bunga kertas siap dalam pasu harganya RM 3000,00 percaya ke tidak!. Ha betul..tak apa biar Etuza sahaja lah yang percaya kannya.

Bunga kertas putih ini  kelihatan amat menyerlahkan
seri pada jam 9 pagi hari ini..terpikat melihatnya..
Bunga Kertas Kedua: Bunga kertas bunga oren cream. Etuza tanam juga dalam pasu roda terbuang. Huuu rimbunnya cuma kuntuman bunga agak jarang sebab Etuza selalu lupa letak baja bunga. kedudukan lokasi bunga ini di sisi kanan rumah depan beranda naik ke atas pintu rumah ke atas hadap jalanraya. Selalu tidak sempat ke ruangan hadapan rumah. Jarang kami guna tangga naik ke atas tetapi terus masuk pintu ruang bawah rumah.Akan Etuza jaga bunga kertas kesayangan Etuza ini agar lebat berbunga. Dulu Etuza beli dalam harga RM 10.00 dalam bayung. Kini Etuza anggarkan harga naik RM 150.00. Rimbun dan cantik dedaun bunga ini.Ha harga ni tak nak juga ke...tak apa kita just mengandaikan kenaikan harga konon2 nya lah ..Dari segi usia bunga ni sudah 6 tahun depan rumah Etuza ya.

Cantik juga kan..dekat depan rumah...
tinggi hingga 10 kaki tingginya..

Bunga Kertas Ke Tiga : Bunga berdaun hijau dan kuntuman bunga pekat pink jambu dan bunga2an kertas ini agak besar kelopaknya. Cantik kadang2 Etuza perhatikan warna bunga ini seolah purple. Tapi lebih kurang pink colour juga. Bunga kertas ini berusia 12 tahun di halaman rumah Etuza. Sudah berjuntaian dekat pagar rumah. Selalu dicantas tetap degil memanjang menjalar hingga ke luar pagar. Semak pun ada lah..namun kerana bunga2an kerta itu cantik Etuza biarkan berjuntai ke luar pagar rumah.Etuza beli harga bunga ini RM 10.00. Sekarang kalau ada yang berminat nak beli harap sediakan duit ya RM 140.00 boleh bawa bunga ini. Bunga ini juga Etuza tanam dalam pasu roda terbuang. Senang ja angkat, cedok bagus2 ha bawa sekalian roda tanah dan bunga ini. Mudahkan..Hahaha tak jual pun...


Nampak kan berjuntai keluar pagar dah
bunga kertas ini..

Bunga Kertas Ke Empat: Bunga kertas gebu warna pink colour. Sangat rajin berbunga tiada sekalipun Etuza lihat bunga kertas ini tidak keluarkan bunga. Sangat lebat bunga dan gebu. Duri pada ranting bunga kertas ini halus tidak tajam. Cantikkan, dulu Etuza beli dalam harga RM10.00 sekarang kalau ada yang berkenan jangan terkejut jika Etuza katakan boleh dalam harga RM200.00 .Ha takut kan harga tu..baik beli tempat lain kan. Hahaha andaian Etuza sahaja, bukan nak jual pun. Faham kan.Sebenarnya anak benih bunga ini telah banyak Etuza tanam dalam bayung dan telah ramai kawan Etuza bagi anak benih bunga tu. Ada free ada juga dengan harga sebayung dalam RM 5.00 atau RM 8.00. Murah kan, sebab masih dalam bayung. Jika dalam pasu boleh juga dalam harga RM 15.00 hingga RM 30.00 tengok pasu saiz dan ketinggian bunga kertas kena nilaikan juga.

Untuk infor anda jika hendak ke laman Etuza ( Di Rumah ) dari jauh nampak bunga ini depan rumah bawah rumah Etuza. dekat garaj kereta Etuza dan memang cantik sesiap melihatnya. Dulu Etuza tanam dengan penuh kasih kerana Etuza ada anak-anak perempuan, dengan itu menjaga bunga ini pun seperti Etuza menjaga anak-anak Etuza. Etuza tanam dalam pasu roda terbuang yang diukir. Sungguh sayang benar Etuza pada bunga kertas ini kan.


Gebu bunganya kertas ini..halus dan amat rajin
berbunga..ini juntaian bunga2an kertas ini...
lawa kan.Siapa Nak RM200. Boleh angkut..hehehe...
Sebelum tinggalkan blog Etuza bagus juga ikut Etuza Blogwalking di laman SINI ada banyak URL blog kita jumpai.Selamat blogwalking.

Catat Ulasan

27 Ulasan

  1. boleh tahan harga bunga kertas.. rumah wawa ada sampai tinggi atap.. ayah tebang dah.. ")

    BalasPadam
  2. Okje suka bunga cikgu tp tak suka tanam hihi.....Bunga kertas ni mmg cantik dipandang tp bila sudah gugur ke bumi, bersepah jadinya kan. Kena rajinlah pulak menyapu sampah cikgu hihi....

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang banyak dedaun dan bunga kering gugur..ya kena rajin sapu laman..

      Padam
  3. Salam singgah petang cikgu...cantiknya bunga kertas di laman rumah cikgu...Diana baru jer mula nak tanam bunga kertas...suka tengok bunga dia kalau dah rimbun....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bunga kertas tak pernah mengecewakan penggemarnya mesti cantik bila ada bunga kan MD

      Padam
  4. Alorrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr Cikgu, takkan dengan rakan2 bloggerpun berkira, 'foc' boleh??

    BalasPadam
    Balasan
    1. dengan Umi boleh saja Umi..berapapun boleh ..tulah jauh sangat lah,tak sempat sampai dah kering kan...hehhee

      Padam
    2. dengan Umi boleh saja Umi..berapapun boleh ..tulah jauh sangat lah,tak sempat sampai dah kering kan...hehhee

      Padam
  5. Oh ya, tadi saya ada email yang Cikgu minta, dah terima belum?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih umi nanti Etuza tengok..tengah bergelut dengan line nak siapkan SKT di HRMIS..di pedalaman luar bandar kesian tul lain low ni Umi

      Padam
    2. Terima kasih umi nanti Etuza tengok..tengah bergelut dengan line nak siapkan SKT di HRMIS..di pedalaman luar bandar kesian tul lain low ni Umi

      Padam
    3. http://mimialya.blogspot.my/2014/10/disable-right-click.html

      Padam
    4. Awalnya Cikgu siapkan SKT HRMIS, jabatan kami belum diberi tarikh akhir, lagipun sesi audit jabatan kami sedang bermula di seluruh Malaysia

      Padam
  6. Subhanallah, cantik-cantik dan mekar berbunga Etuza :)

    BalasPadam
  7. bunga kertas senang hidup dan senang jaga etuza . dulu kat kg saya penuh dengan pelbagai pokok bunga kertas ...

    BalasPadam
  8. cantiknya bunga2 kertas cikgu..kalau musim panas mesti makin menyerlah bunganya...

    BalasPadam
  9. Rajin cikgu etuza tanam pokok bunga kertas.. Semuanya mekar dan cantik dipandang mata.. Hilang stress bila tengok bunga dan pokok..

    BalasPadam
  10. ky pun tak tahu kenapa ye..dlm banyak2 bunga, bunga kertas yg ky tanam tak pernah hidup. kena belajar petua apa yg cikgu guna.. bunga kertas yg cikgu tanam jadi gebu gitu..

    BalasPadam
  11. cantik2 semua bunga kertas ni cikgu... boleh lah kot nak singgah beli klu ke KK nanti...hehehe

    BalasPadam
  12. Betul! Bunga kertas ni makin lama, makin besar batangnya semakin bernilai! Jika bijak menggubah dan membentuknya... lagi berganda2 harganya!

    BalasPadam
  13. bunga kerta yang warna kuning keorengan tu x pernah tgk lagi biasa tgk warna putih dan merah je....bunga cantik kan tapi x de bau

    BalasPadam
  14. cantik..rajin Etuza ye..bunga kertas banyak di tanam di bandar Sungai Petani

    BalasPadam
  15. Subhanallah ..cantiknya cikgu..bermacam kaler

    BalasPadam
  16. Yan tak suka tanam pokok ni..betsepah bunganya kat laman

    BalasPadam
  17. pokok memang cantik lagi cantik jika di trim dengan tersusun

    BalasPadam
  18. Bukan kertas atau nama glamer Bunga Bougenvilla ;)

    salam kenal.. tq singgah dan komen di blog Kak Alycia ;)

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.