Singgah Di Pekan Tambunan - Temapt Kelahiran Etuza

Singgah Di Pekan Tambunan - Tempat Kelahiran Etuza
Bersama Mak dan Isteri Etuza

Ini restoran IKMAL tempat kami singgah kemarin
selepas upacara pengebumian arwah bapa mentua lelaki adik Etuza.
Nampak nama restoran serupa nama anak lelaki Etuza..
Makan di sini dengan oder nasi ayam.

Sesiapa yang singgah di Pekan Tambunan nak makan 
nak minum ke sila singgah di restoran ikmal..
sedap makanan atau juadah di sini.
Cari ja nama Restoran Ikmal sah lah tu
restoran muslim yang pemiliknya orang
Semenanjung Malaysia.
gambar ini pula adalah pandangan depan Kampung Nambayan. 
Dekat sini ada signboard KEM TANAKI ( kem bina semangat )

Kata mak inilah sebenarnya asal kami
di Nambayan Tambunan. Bila datuk nenek pindah ke tanah
sawah di Kampung Salibog Tambunan maka semua keluarga
berpindah ke sana kata mak. Apapun memang pernah 
masa zaman kanak-kanak Etuza ada ikut mak ke sini.
Suasana berbeza sekali. Maklumlah zaman tinggalan penjajahan.
Cuma kedai dahulu rasanya ada 2 pintu sahaja. Kini ada dah
kedai makan Muslim yang beratap biru tu..itulah kedai makan milik
muslim di Nambayan Tambunan.

Ha nampak tak kanak-kanak lelaki pegang handphone tu, 
dia tengah save nombor phone ibu dia ke 
phone emak Etuza. 

Kerana kanak-kanak ini anak kepada adik perempuan 
mak di Nambayan Tambunan. Nama ibu dia
Rosalia. Nama Mak dahulu Mariana, bila mak masuk Islam
nama mak Fatimah.Bagus kanak-kanak lelaki ni mudah senyum..
patut lah laris jualan sayur ibu dia hehehe...

Kami singgah di gerai sayur adik mak di 
Nambayan Tambunan tapi aunty tidak ada lah pula . 
Kata anaknya bernama Athur tu..
ibu pergi menuai padi.Adik tu mana lah kenal kami
mak yang kenalkan. Mak juga tak tahu itu anak kepada
adik perempuan mak di Kampung Nambayan Tambunan.
Mak tanya mana gerai sayur  Rosalia. Langsung adik tu
kata ..ini lah gerai sayur mak saya. Saya anak dia .

Astagfirullah ...mujur lah anak  aunty Rosalia. Tu yang
ambil gambar tu. Bila Etuza tengok sebiji bentuk muka Athur
ni seperti muka anak lelaki Etuza bernama Afif.
Comel nampak..putih bersih muka diorang ni..
Nama penuh adik ni Athur Sylevster.
Jika ke Ranau Etuza dah tahu nak singgah ke sini.
Mana lah Etuza tahu adik mak Etuza menjual sayur 
di tepi jalan Kampung Nambayan Tambunan.
Sekarang dah tahu tempat aunty Rosalia menjual
sayur, suatu masa nanti pasti akan singgah.

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. "SIANGGAH DI PEKAN TAMBUNAN - TEMAPT KELAHIRAN ETUZA?"

    Cikgu..bukan ke "Singgah di pekan Tambunan - tempat kelahiran Etuza"..ahaha..matilah balik dari melancong dah mula komen salah ejaan ehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. alalala alamak akan segerah betulkan ya..JM dah selamat balik kena kenduri tau ..doa selamat kesyukuran ..gurau ja..hal tu abstrak pada orang ..hehehe...tahniah berjaya melancong dengan aman dan damai. ha mana hadiah heheheh lari...

      Padam
    2. nak tanya JM ya..penggunaan BIN tu hanya merujuk kepada penganut agama Islam ke JM..Etuza mohon pencerahan ya..ha keliru sangat ni...mohon bantu jelaskan ya..

      Padam
    3. cikgu Etuza..JM pun kurang arif dalam hal ini

      Padam
  2. nama Athur Bin Sylevster ingatkan orang ISLAM sbb ada BIN di situ :-) so kiranya mak cikgu Etuza tidak lagi menginap/berkampung di Tambunan lah ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. iya kan JM..kawan2 Etuza ada bin tau walau bukan Islam pertama kali dengar ni JM. Aunty bukan Islam.Mak Etuza ja seorang memeluk agama kita JM. Alhamdulillah ..

      Padam
    2. bagi umat islam..bagi lelaki melayu islam akan di letakkan BIN kepada ayahnya...manakala bagi perempuan melayu islam di letakkan BINTI kepada ayahnya..tetatpi JM kurang pasti bagi agama lain dari segi penggunaan BIN itu..perlu tanya kepada yg lebih arif

      Padam
  3. Harga makanan dan sayur2an murah tak Cikgu kat sana ?

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.