Entry ke 69
Tak berapa pasti apakah nama saintifik herba ini...
Tumbuh subur depan rumah Etuza..
Mak kata ini herba daun dan pucuk tak boleh 
di makan tapi sangat berguna untuk
dijadikan bahan campuran mandian
jika badan mahu membuang sakit sendi-sendi
dan untuk di gunakan oleh ibu yang baru 
melahirkan bayi...( kena jerangkan air panas..kena
yang hangat..jika sejuk tak sesuai untuk ibu yang
baru melahirkan bayi )
Sebenarnya Etuza sangat kenal herba ini, jika dalam bahasa Kadazan Dusun herba / tumbuhan ini namanya TAWAWO.. ha berbelit lidah anda nak sebut. Nama dalam Melayu atau saintifik kurang pasti. Tapi apa yang penting tumbuhan ini ada di depan rumah Etuza sekarang ini..siapa nak ambil datang saja Etuza bagi secara percuma...hummm!!! harum..wangi...

Segar tengok...hijau dedaun lebar..
Tawawo..

Tinggi dan bila tiba masa menyembah bumi..
sarat dengan bibit bibit baru pada buah tawawo ini.


Kelihatan benih-benih sedang segar
pada tiap ranting pokok herba Tawawo ini..
Cantik dan unik kan..
Subahanallah...Allahuakbar..


Harap gambar2 jelas kelihatan di skrin pc anda.
Ada masalah timbul ketika terbitkan posting entry ke 69 ini
harap maklum.