Singah Di One Sabayu Benoni, Papar, Sabah.

Salah satu bunga kertas berjuntai yang gebu , menarik perhatian kami.
klik gambar candid.

Singgah di Taman Bunga ( Garden ) One Sabayu, Benoni Papar, Sabah.

 Balik dari Kota Kinabalu, Sabah setelah tujuan dan program di Raia Hotel Kota Kinabalu telah selesai hingga jam 2.00 petang. Sebelum balik ke Keningau kami ke kawasan Aeropod, tetapi terus meninggalkan kawasan ini kerana  kawasan tidak ada lagi ruang parking kereta.

 Makan Tengahari Di Restoran Ayam Gepuk Bonda Di Benoni, Papar, Sabah.

 Niat menjamu makan tengahari akhirnya kami tercapai apabila tiba di Bandar Benoni, Papar, Sabah. Syukur nikamat makan di restoran ini. Bersih, berhawa dingin dan layanan yang baik dari pekerja restoran ini.

 Sebelum balik ke Keningau, Etuza singga di Taman Bunga ( Nusery One Sabayu) di Benoni Papar, Sabah. Dari Kota Kinabalu ke jalan Kimanis kita akan belok ke kanan untuk masuk ke One Sabayu Nusery. 

Ada pelbagai jualan di hadapan atau dataran One Sabayu, antaranya Tanah Organik, atau Tanah Hitam , pasu - pasuan yang beraneka corak dan saiz.Baja organik, baja subur dan baja pembungaan yang aktif atau baja cepat berbunga, tanaman hiasan Bonzai dan bibit tanaman bunga kertas yang pelbagai spesis dan corak bunga.Sebagai penggemar bunga kertas, kami membeli tanah organik, baja pembungan dan pasu yang berharga RM30 persatu, anak pokok bunga kertas. Alhamdulillah bertambah lagi koleksi bunga kertas di Laman Etuza Garden.


Kenangan di One Sabayu Nusery Benoni, Papar Sabah.Teruja hendak
 memiliki jambangan bunga kertas dipasu gantung.


Abadikan gambar bersama cucu di One Sabayu Nusery,
 Benoni, Papar Sabah.

Tertarik tanaman bunga kertas pasu gantung , berjuntai dan bunga
kembang,sangat menarik dan cantik berseni.

Beberapa tanaman yang menarik perhatian Etuza di One Sabayu Nusery Benoni Papar, Sabah.

Bawa balik ke Keningau hasil tangkapa di One Sabayu
Benoni Papar, Sabah.

Abadikan gambar berdua di Homestay KK, Sutera Avenue.
Selamat tinggal .


Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Lepas ni laman rumah Cikgu Etuza mesti makin berseri dengan kehadiran pokok bunga kertas yang baharu tu 😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. InshaAllah, memang dipelihara dan letak baja subur baru bertambah subur bunga2an di laman..

      Padam
  2. Macam mak saya jugak, setiap kali lihat pokok bunga kegemaran mesti akan singgah dan beli sepasu. Lepas tu pening kepala nak bawa pulang ke Sarawak 😅

    BalasPadam
  3. Cantik-cantik koleksi tanaman di One Sabayu ni.
    Lepas ni makin lengkap lah koleksi tanaman uncle di kebun. Makin ramai :D

    BalasPadam
  4. Wah, rambangnya mata tengok koleksi bunga kertas kat One Sabayu Nursery ni! Berjuntai-juntai rimbun, memang geram tengok. Seronoklah Cikgu Etuza dapat tambah koleksi baharu untuk Laman Etuza Garden. Tak sabar nak tengok hasil pokon baharu tu berbunga lebat nanti! Bunga kertas dah kembali popular kan...

    BalasPadam
  5. wah cikgu bersama surihati n cucu dlm taman bunga indah tenang jiwa kan

    BalasPadam
  6. Wah bertambah ramailah bunga kertas di halaman rumah.

    BalasPadam
  7. Warna warni dan cantik semua bunganya. Sure nyaman je jalan-jalan di sini

    BalasPadam
  8. Walaupun namanya bunga kertas tapi ia adalah bunga hidup...anyway memang cantik bunga tu

    BalasPadam
  9. Aiiiih abaaaaang, saya jadi terpikir nak beli pot gantung seperti itu, lalu tanam bunga kertas juga. Yg berwarna warni. Gantung di teras depan rumah. Pasti cantiiiiik kan 😍😍😍

    BalasPadam
  10. Bunga kertaspun ada yang berjuntai bunganya.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.