| Salah satu bunga kertas berjuntai yang gebu , menarik perhatian kami. klik gambar candid. |
Singgah di Taman
Bunga ( Garden ) One Sabayu, Benoni Papar, Sabah.
Balik dari Kota Kinabalu, Sabah setelah tujuan dan program di Raia Hotel Kota Kinabalu telah selesai hingga jam 2.00 petang. Sebelum balik ke Keningau kami ke kawasan Aeropod, tetapi terus meninggalkan kawasan ini kerana kawasan tidak ada lagi ruang parking kereta.
Makan Tengahari Di Restoran Ayam Gepuk Bonda Di Benoni, Papar, Sabah.
Niat menjamu makan tengahari akhirnya kami tercapai apabila tiba di Bandar Benoni, Papar, Sabah. Syukur nikamat makan di restoran ini. Bersih, berhawa dingin dan layanan yang baik dari pekerja restoran ini.
Sebelum balik ke Keningau, Etuza singga di Taman Bunga ( Nusery One Sabayu) di Benoni Papar, Sabah. Dari Kota Kinabalu ke jalan Kimanis kita akan belok ke kanan untuk masuk ke One Sabayu Nusery.
Ada pelbagai jualan di hadapan atau dataran One Sabayu, antaranya Tanah Organik, atau Tanah Hitam , pasu - pasuan yang beraneka corak dan saiz.Baja organik, baja subur dan baja pembungaan yang aktif atau baja cepat berbunga, tanaman hiasan Bonzai dan bibit tanaman bunga kertas yang pelbagai spesis dan corak bunga.Sebagai penggemar bunga kertas, kami membeli tanah organik, baja pembungan dan pasu yang berharga RM30 persatu, anak pokok bunga kertas. Alhamdulillah bertambah lagi koleksi bunga kertas di Laman Etuza Garden.
| Kenangan di One Sabayu Nusery Benoni, Papar Sabah.Teruja hendak memiliki jambangan bunga kertas dipasu gantung. |
| Abadikan gambar bersama cucu di One Sabayu Nusery, Benoni, Papar Sabah. |
| Tertarik tanaman bunga kertas pasu gantung , berjuntai dan bunga kembang,sangat menarik dan cantik berseni. |
| Beberapa tanaman yang menarik perhatian Etuza di One Sabayu Nusery Benoni Papar, Sabah. |
| Bawa balik ke Keningau hasil tangkapa di One Sabayu Benoni Papar, Sabah. |
| Abadikan gambar berdua di Homestay KK, Sutera Avenue. Selamat tinggal . |
12 Ulasan
Lepas ni laman rumah Cikgu Etuza mesti makin berseri dengan kehadiran pokok bunga kertas yang baharu tu 😄
BalasPadamInshaAllah, memang dipelihara dan letak baja subur baru bertambah subur bunga2an di laman..
PadamMacam mak saya jugak, setiap kali lihat pokok bunga kegemaran mesti akan singgah dan beli sepasu. Lepas tu pening kepala nak bawa pulang ke Sarawak 😅
BalasPadamCantik-cantik koleksi tanaman di One Sabayu ni.
BalasPadamLepas ni makin lengkap lah koleksi tanaman uncle di kebun. Makin ramai :D
Wah, rambangnya mata tengok koleksi bunga kertas kat One Sabayu Nursery ni! Berjuntai-juntai rimbun, memang geram tengok. Seronoklah Cikgu Etuza dapat tambah koleksi baharu untuk Laman Etuza Garden. Tak sabar nak tengok hasil pokon baharu tu berbunga lebat nanti! Bunga kertas dah kembali popular kan...
BalasPadamcantik tempat ni..
BalasPadamwah cikgu bersama surihati n cucu dlm taman bunga indah tenang jiwa kan
BalasPadamWah bertambah ramailah bunga kertas di halaman rumah.
BalasPadamWarna warni dan cantik semua bunganya. Sure nyaman je jalan-jalan di sini
BalasPadamWalaupun namanya bunga kertas tapi ia adalah bunga hidup...anyway memang cantik bunga tu
BalasPadamAiiiih abaaaaang, saya jadi terpikir nak beli pot gantung seperti itu, lalu tanam bunga kertas juga. Yg berwarna warni. Gantung di teras depan rumah. Pasti cantiiiiik kan 😍😍😍
BalasPadamBunga kertaspun ada yang berjuntai bunganya.
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.