Ingin Menjadi Blogger Terkenal!

      Seseorang insan blogger pasti ada terfikir untuk satu jangka masa panjang bagaimana cara hendak di kenali ramai dan menjadi sesorang yang sangat di ingati oleh ramai masyarakat Malaysia apabila Seo Blog miliknya menjadi sangat terkenal. Pasti pemilik blog yang tersohor itu akan merasa satu kenikmatan hidup, keseronokan hidup yang sangat luar biasa serta cukup mengundang perasaan bangga pada diri serta amat bersyukur dengan kurniaan dari Ilahi atas kejayaan diri dalam mengurus sebuah blog maya.

       Ada terdapat ramai blogger yang kelihatan amat berusaha dalam menaikkan laman blog milik mereka agar menjadi terkenal di antara yang terkenal. Dan tidak terkecuali Etuza juga sebenarnya mengimpikan agar blog ini menjadi terkenal dan kegemaran ramai pembaca maya.  Terfikir oleh Etuza untuk menjadikan blog kita terkenal nampaknya kena melalui berbagai cabaran dan halangan serta ujian yang membuatkan kita berada dalam dua persimpangan iaitu teguh berblog atau kecundang mengatasi cabaran hingga akhirnya berhenti berblog seketika. Dapat kita gariskan beberapa aspek melonjakkan blog kita menjadi terkenal.

1. Sentiasa Updated Blog

     Sebagai seorang blogger, blogger itu harus sentiasa mencari masa untuk updatedkan blog. Jika tidak kemungkinan paparan blog kita tidak akan muncul dalam carian google search. Dalam erti kata lain blog itu sepi dan kelihatan suram dengan seo trafik dan grafik yang sangat di dambakan oleh setiap blogger.Untuk update kan blog bukan lah perkara mudah dan bukan senang yang di fikirkan oleh kita. Tetapi adanya unsur kesukaran jika kita tidak berhati-hati atau jiwa blog ( mood ) berblog kita hilang. Dengan cara update blog, ditambah pula dengan paparan catatan yang terbaik dan isu-isu terkini maka akan cepat naik trafik pada blog tersebut. Ada banyak cara untuk mengukur sejauh mana kejayaan blog kita, di mana kita sendiri juga mampu untuk menyemak sejauh mana corak kejayaan blog tadbiran kita. Sebagai blogger usahakanlah sekerap mungkin membuat catatan di blog anda agar blog mampu bersaing sebagai blog terkenal.
Bolehkan Terkenal Dengan Blog. Ada kah yang melihat anda
blogger terkenal pada suatu masa nanti. Kalau terkenal
boleh juga tersenyum gembira...
2. Entry Yang Menarik Minat Pembaca ( Seo - Keyword )

     Faktor pengisian blog dengan paparan catatan yang menarik juga antara punca blog itu menjadi terkenal. Blogger harus kreatif dan inovatif dalam membuat catatan dan gaya persembahan menerusi wall posting blog masing-masing. Walaupun mungkin blog hanya memaparkan kisah pelancongan atau blog travel, pasti akan menjadi terkenal apabila cara penyampaian dan diikuti pula oleh gambar-gambar menarik pasti akan menjadikan blog itu terkenal. Apakah bentuk catatan yang menarik itu adalah saling berkaitan dengan tajuk ( seo ) catatan. Jika menarik tajuk maka kemungkinan ramai akan klik di blog kita, sekalipun mungkin cerita tentang gosip artis dan tampilan gambar yang menarik maka akan menjadikan blog kita digemari ramai.Oleh itu kepada blogger berusahalah menaikkan trafik blog anda dengan cara mencari idea terbaik untuk dijadikan bahan catatan di blog anda.
Blog yang menarik dan terkenal, akhirnya menjadikan blogger itu
lega dan berpuas hati kerana setapak ada kejayaan diri selama
berblog.  Kata orang berbaloi jerih payah berblogging sakan.
3. Blogger Yang Rajin & Promot Blog

      Blog sebenarnya secara sendirinya akan lebih dikenali ramai orang jika seseorang blogger itu bertindak memperkenalkan blog personalnya kepada ramai orang. Dengan cara apa sahaja, menerusi online dengan melakukan amalan yang selalu di lakukan oleh blogger lain seperti amalan blogwalking, iaitu situasi berkunjung ke blog lain dan blog lain. Untuk amalan blogwalking blog dari blog ke blog blogger harus meninggalkan jejak langkah ke blog lain seperti meninggalkan komen yang baik atau meletakkan url alamat blog atau juga menyapa blogger lain di dalam c box mesej. Dengan cara ini pemilik blog yang kita lawati akan melihat jejak kita dan akan bertindak membuat kunjungan balas ke blog kesayangan kita. Inilah cara yang berkesan jika kita mahukan nama kita sebagai blogger terkenal di Malaysia. Tetapi lebih baik dan bermaruah blogger terkenal dengan di iringi oleh paparan pengisian di blog dengan penulisan yang lebih bermanfaat.  
Blog yang terkenal pasti merasa bahagia dan gembira apabila
saban hari blog miliknya menjadi kegilaan ramai pembaca
senyap...ingin blog terkenal semua boleh dengan adanya
daya usaha.. yang berterusan.
Paparan blog lebih menarik apabila kita letakkan imej yang menarik..
mungkin berbentuk imej pentadbir atau imej pemandangan atau gambar
biasa yang di lihat memiliki pesona atau mesej yang tersirat. Gambar
abstrak dan sebagainya pasti memeriahkan laman anda.
4. Gaya Penulisan Bermutu, Berkualiti & Lebih Ilimiah

     Blog akan lebih cepat terkenal lagi jika sekiranya blogger tampilkan blog personalnya dengan gaya penulisan yang menarik dan kreatif. Selain menyertakan imej yang menarik, tetapi juga blogger berjaya menyusun kata-kata yang terbaik untuk sajian para pembaca maya. Dengan cara ini pasti blog kita akan menjadi blog kegemaran ramai orang apabila blog kita menyampaikan banyak unsur ilmu yang dapat dimanfaatkan oleh pembaca blog kita.Sebolehnya sebagai blogger elakkan dari menulis membuat sindiran dan fitnah atau penulisan yang mengandungi perkara negatif atau juga unsur-unsur lucah yang keterlaluan. Catatan menyampaikan penghinaan kepada pihak tertentu juga tidak berepa sesuai di blog kerana akan merosakkan keharmonian kehidupan masyarakat. Sebaiknya blog kita akan terkenal apabila blog kita menyalurkan catatan yang lebih ilimiah dan dapat diterima secara logik akal pembaca maya. Dengan itu tidak dinafikan bahawa gaya penulisan, kualiti dan orignal bahan sendiri oleh blogger akan menjadikan blog anda akan tampil lebih terkenal dari blog lain di alam maya.

Nota: Sebagai kesimpulan pada Etuza admin blog Pesona & Mustika, sesebuah blog dan blogger akan tampil lebih terkenal andai 4 perkara asas dalam blog dapat dilakukan dengan kerap dan bersungguh-sungguh iaitu:-
1. Sentiasalah updated blog.
2.Membuat entry / entri yang menarik perhatian pembaca.
3.Blogger rajin promot blog.
4. Membuat gaya penulisan blog bermutu, kualiti, lebih ilimiah dan orignal daripada sentuhan blogger itu sendiri, tanpa membuat peniruan yang ketara.

Bagaimanapun terdapat banyak lagi isu atau idea bagi menjurus keterkenalan sesebuah blog. Untuk kali ini hanya 4 isu utama yang etuza fikirkan paling asas dan mudah agar blog menjadi terkenal nanti. Dan apapun juga cara untuk menampakkan blog kita terkenal andai tiada blogger lain yang menyokong pasti blog kita hanya setakat terkenal biasa sahaja. Satu hal menjadikan blog kita terkenal ialah apabila ada blogger lain menyokong dan memberi jaminan bahawa blog anda sesungguhnya layak di nobatkan sebagai blog terkenal. Untuk santapan dan pencetus agar anda nampak ciri blog terkenal sila klik laman seperti pautan ini dan ini dan ini serta ini ( ciri blog terbaik yang menjadi kegemaran Etuza )

Hidup blog, jiwa kita hidup kehidupan kita lebih bermakna apabila kita melaksanakan satu tugas berblog dengan cara berhemah dan ikhlas dalam menyalur informasi di alam maya.Hendak terkenal , binalha blog anda pasti berhasil andai ada kesungguhan luar biasa.