Homestay Di Selayang Point Condominium, Kuala Lumpur.Pengalaman Yang Hebat.

Menawarkan unit 3 bilik tidur berperabot lengkap untuk penginapan jangka pendek berhampiran kawasan Batu Caves dan Selayang. 
Homestay Di Selayang Point Condominium, Kuala Lumpur.Pengalaman Yang Hebat.

Pengalaman yang hebat menakjubkan, apabila Allah berikan peluang lagi flight ke Kuala Lumpur dan berkesempatan di sana selama 3 malam 2 hari menginap di Homestay Selayang Point, Kuala Lumpur. Homestay yang mewah dengan kelengkapan yang  segalanya ada seperti di raung tamu, dapur, bilik tidur 3 bilik dan dua bilik air yang sangat cantik, kreatif struktur binaan dan dapat beradu dengan lena hingga ke saat subuh. Subahanallah, syukur alhamdulillah Etuza tadahkan kehadrat Allah.

Gambar Kenangan Indah Di Homestay Farhah.

Mendiami homestay Farhah di Selayang Point, Kuala Lumpur, Bagi Etuza satu peluang terindah. Dapatlah merehatkan minda ketika melancong ( Domestik ) dalam negara sendiri. Melihat kehidupan kota raya yang gah di Malaysia iaitu di Kuala Lumpur. Meneliti, melihat dan perhatikan corak kehidupan di kota besar, bukan mudah dan tidak sesenang yang kita fikirkan. Andai kita di kalangan orang biasa memang sukar menjalani kehidupan di KOTA BESAR ini. 

Anda berkerja ada kerjaya besar dan mampu menghuni di Kuala Lumpur, sila kan datang ke Kuala Lumpur sebagai seorang penjawat yang terhormat, kerana anda menjalankan khidmat bakti.Seperti kami orang biasa, kami adalah tetamu sementara di Kuala Lumpur, usah mimpi berlama-lama di Kuala Lumpur. Homestay hanya dibenarkan untuk  2 hari 3 malamjustru  harus cek out sebaik menjelang jam 12.00 tengahari. 

Gambar kenangan ini,untuk generasi Etuza  dan mungkin juga kepada pembaca di blog Etuza, untuk melihat dan mengharap motivasi bahawa kehidupan harus diperjuangkan dan berusaha mencapai yang terbaik dalam hidup. Mampu berubah pandangan dan memberikan mereka suntikan bahawa andai ada kemahuan untuk maju kan diri pasti boleh berjaya sebahgaimana pemilik homestay yang menarik dan comel ini iaitu Puan Farhah. ( Tak pernah jumpa pun dia ). Homestay ini , dia olah ruang tamu dan memang menarik sekali serta amat berbaloi kami bayarkan. Terima kasih Puan Farhah. 

Sampai di sini entri baru Etuza. Jumpa lagi dan Selamat Blogwalking. Komen lah dari dasar catatan dan ikhlaskan. Selamat Malam Semua.

Pemandangan atas di jendela Homestay di Kondominium di Selayang Point, Kuala Lumpur.

Area bawah kondominuim Point Selayang, KL

Boleh mandi, berenang . Biasa kanak-kanak suka.

Ruangan tempat permainan kanak-kanak riang. Selamat 24 jam ada pengawal. Hanya yang 
menginap di homestay dibenarkan masuk.

Cantik struktur, santai bersama keluarga, menikmati pemandangan sekitar Point Selayang KL.


Tidak ingat tingkat berapa homestay Farhah. Lupa dah..bangunan tinggi Point Selayang KL.







Ini acara kami makan apa yang di beli di Homestay Farhah di Point Selayang, Kuala Lumpur.


Meja di ruang tamu homestay Farhah di Point Selayang KL

Memang homestay ini sangat cantik, segalanya lengkap. Syukur atas peluang 
yang Allah kurniakan, dapat pengalaman yang menakjubkan. Hebat berjalan-jalan
di Kuala Lumpur Ibu Kota Malaysia tercinta ini.



Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Selesa homestay nya siap ada swimming pool lagi.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah. Rezeki dapat merehatkan minda dan badan di homestay yang selesa.

    BalasPadam
  3. Memang berbaloi kalau datang KL duduk Homestay, lebih jimat.

    BalasPadam
  4. dapat homestay yang selesa dan sesuai harga pun dah bersyukur. Kadang-kadang ada juga yang indah khabar dari rupa

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah. Seronok bila dpt homestay yg selesa mcm ni =)

    BalasPadam
  6. cantik dan selesa. swimming pool tu memang bonus lah kalau ada anak2 kecik/remaja yg suka mandi2 manda main air

    BalasPadam
  7. Nampak lengkap homestay nya siap dengan swimming pool. Kalau ada budak-budak memang favourite mereka la pool itu

    BalasPadam
  8. betul tu ada kolam memang seronok laa kalau bawa anak2 sekali....
    cantik dan selesa homestay ni

    BalasPadam
  9. Nampak sangat selesa dan kemas Homestay Farhah ni, lengkap semua kemudahan. Pemandangan dari tingkat atas pun menarik! Syukur percutian 3 malam 2 hari di KL berjalan lancar. Teruskan berkarya dan selamat blogwalking juga Cikgu

    BalasPadam
  10. Setuju sangat dengan pandangan Cikgu. Kehidupan di kota besar ni memang penuh ujian dan cabaran, tapi perkongsian Cikgu tetap memberi inspirasi dan motivasi buat pembaca. Syukur alhamdulillah percutian singkat berjalan lancar dan dapat beristirehat dengan tenang

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.