Etuza Garden beroperasi hujung minggu Sabtu dan Ahad. Jam 9.00 -Pagi Jam 4.00 Petang.
Awal Bismillah Atas IzinNya Etuza Garden Kini Operasi Setiap Hujung Minggu.
* Bunga Kertas Melebihi 100 Pelbagai ID Komersial.
Alhamdulillah, syukur kepadaMu ya Allah, memberi kesempatan dan peluang mengurus Laman Etuza Garden ini. Walaupun perlahan tetapi berterusan dan hasilnya semakin meriah bunga kertas pelbagi jenis untuk tatapan pengunjung laman ini. Bunga kertas pelbagai warna, daun bercorak saling berbeza meskipun daun hijau tetap ada bezanya. Batang berduri juga kelihatan agak berbeza dengan yang lain. Ketahanan kuntuman bunga kertas juga berbeza, Ada bunga kertas tidak akan gugur semasa tahap kematangan tetapi menjadi kuntuman bunga yang kelihatan hitam setelah rona warnanya pudar.
* Bunga-Bungaan Jangka Pendek ( Bunga Bermusim)
Selain itu ada bunga-bungaan jangka pendek yang sangat menarik ketika berbunga dan memperlihatkan pelbagai bentuk bunga serta keunikan dedaun yang sungguh mempersona.Hiasan alam dari tumbuhan bunga alam sangat menghiburkan, menjadikan jiwa tenang dan damai melihatnya serta melahirkan rasa kekaguman hanya kepada Allah.
* Santai Meniti Jalanan Di Atas Blok Simin Sentuhan Etuza garden.
Para pengunjung akan meniti dengan rasa selamat dan santai melangkah satu persatu blok simin persegi empat, sambil memerhati bunga di Laman Etuza. Memang teruja melihat kepelbagaian kuntum bunga kertas dan corak yang dipersembahkan bunga kertas ini. Semakin memburu ID baru semakin banyak kita temui ID baru yang sangat cantik mempersona. Bunga kertas ID terbaru di laman Etuza adalah Bunga Kertas Monduring.Tidak lama lagi akan mengembangkan bunga-bunganya dan bakal kita perlihatkan.
* Pengunjung Akan Dihiburkan Dengan Kehadiran Burung Merpati Mendarat Dan Bertawaf Di Udara.
Syukur alhamdulillah, burung peliharaan Etuza semuanya tidak lagi tinggal dalam sangkarnya. Tetapi tinggal jauh dari Etuza Garden, namun keajaiban telah berlaku apabila setiap pagi sebaik jam 6.00 pagi burung merpati itu akan datang dan bertawaf mengelilingi atas bumbung rumah Etuza setiap pagi dan akan mendarat ke tanah meminta makan dengan cara meluru ke arah Etuza dan sesiapa ahli keluarga Etuza. Begitulah bahasa burung meminta makanan kasih sayang dari keluarga Etuza. Kita faham burung merpati selalunya JINAK-JINAK MERPATI didekati boleh tapi ditangkap untuk dibelai tidak semudah itu.
Burung merpati akan terbang dan memahami kita yang suka dengan burung itu. Jika tidak disukai burung merpati ini akan terbang berkumpulan hinggap atap rumah Etuza. Burung merpati akan mendarat semula apabila burung ini menyukai tetamu yang datang. Kepada pembaca semua, sekadar itu dahulu intro atau infor Awal Bismillah Pembukaan Operasi Etuza Garden pada 03.07.206 kepada pengunjung yang berminat hendak melawat bersiaran di Laman Etuza Garden.
|
20 Ulasan
Tahniah cikgu..buka bisnes bunga ya..semoga sukses selalu... Banyak jenis juga rupanya bunga kertas..
BalasPadamBunga yang waran oren tu, lawa...
Sejak 2003 lagi, baru ada sedikit aura ..tanaman di halaman rumah sahaja..
PadamTahniah cikgu atas pembukaan laman Etuza. Semoga success.
BalasPadamTerima kasih ..alhamdulillah..
PadamSaya pula baru berjinak2 menanam menggunakan kaedah hidroponik dilaman kecil perumahan taman
BalasPadamApa2pun cantik taman Cikgu..
Semoga terus bertani, memang ramai menanam guna hidroponik ni..
Padamwow indah sekali 👍🏻💐💐
BalasPadamSiapa gerangannya, tanpa nama..
PadamAlhamdulillah tahniah Cg. Selamat maju jaya! Ada rezeki sampai di sana, pasti Sy akan ke taman bunga cikgu ni.
BalasPadamKadangkala akan tertunai..sila datang..kami sambut gembira..
PadamTerima kasih ya uncle, sajian foto taman uncle meneduhkan mata sekali.
BalasPadamIni impian saya kalau nanti sudah pensiun bekerja. Amiiiin
Alhamdulillah, ya boleh diusahakan..kena istiqomah..
Padamwahhh dh jd mcm tempat tourist niiii
BalasPadamInshaAllah akan berterusan selagi ada kudrat.
PadamAlhamdulillah...tahniahhhhh cikgu atas pembukaan Laman Etuza. Boleh jadi tempat lawatan pelancong. Best nya dikelilingi bunga-bunga berwarna warni dan pokok-pokok menghijau
BalasPadamTerima kasih ..tanda sokonhgan dari teman bloggers
Padambiasa waktu bila cikgu banyak spens masa utk jaga, trim pokok etc tamanam semua ni?
BalasPadamTahniah!
BalasPadamLaman Etuza yang penuh warna-warni. Nampak ceria sungguh. Moga segala tanaman terus subur merimbun. Alhamdulillah. Banyak bekalan oksigen segar.
Semoga saja taman bunga Abang bisa menjadi rezeki tambahan , menghasilkan bibit2 tanaman baru yg bisa dijual. ❤️❤️. Cantik2 semua bentuk dan warna
BalasPadamLebat sungguh bunga bunga kertas tu semua.. geram jer tengok huhuu.. alhamdulillah seronok bila lihat sahabat maya berjaya membuka laman etuza. Semoga terus maju.. amin..
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.