Etuza Garden beroperasi hujung minggu Sabtu dan Ahad. Jam 9.00 -Pagi Jam 4.00 Petang.
Awal Bismillah Atas IzinNya Etuza Garden Kini Operasi Setiap Hujung Minggu.
* Bunga Kertas Melebih 100 Pelbagai ID Komersial.
Alhamdulillah, syukur kepadaMu ya Allah, memberi kesempatan dan peluang mengurus Laman Etuza Garden ini. Walaupun perlahan tetapi berterusan dan hasilnya semakin meriah bunga kertas pelbagi jenis untuk tatapan pengunjung laman ini. Bunga kertas pelbagai warna, daun bercorak saling berbeza meskipun daun hijau tetap ada bezanya. Batang berduri juga kelihatan agak berbeza dengan yang lain. Ketahanan kuntuman bunga kertas juga berbeza, Ada bunga kertas tidak akan gugur semasa tahap kematangan tetapi menjadi kuntuman bunga yang kelihatan hitam setelah rona warnanya pudar.
* Bunga-Bungaan Jangka Pendek ( Bunga Bermusim)
Selain itu ada bunga-bungaan jangka pendek yang sangat menarik ketika berbunga dan memperlihatkan pelbagai bentuk bunga serta keunikan dedaun yang sungguh mempersona.Hiasan alam dari tumbuhan bunga alam sangat menghiburkan, menjadikan jiwa tenang dan damai melihatnya serta melahirkan rasa kekaguman hanya kepada Allah.
* Santai Meniti Jalanan Di Atas Blok Simin Sentuhan Etuza garden.
Para pengunjung akan meniti dengan rasa selamat dan santai melangkah satu persatu blok simin persegi empat, sambil memerhati bunga di Laman Etuza. Memang teruja melihat kepelbagaian kuntum bunga kertas dan corak yang dipersembahkan bunga kertas ini. Semakin memburu ID baru semakin banyak kita temui ID baru yang sangat cantik mempersona. Bunga kertas ID terbaru di laman Etuza adalah Bunga Kertas Monduring.Tidak lama lagi akan mengembangkan bunga-bunganya dan bakal kita perlihatkan.
* Pengunjung Akan Dihiburkan Dengan Kehadiran Burung Merpati Mendarat Dan Bertawaf Di Udara.
Syukur alhamdulillah, burung peliharaan Etuza semuanya tidak lagi tinggal dalam sangkarnya. Tetapi tinggal jauh dari Etuza Garden, namun keajaban telah berlaku apabila setiap pagi sebaik jam 6.00 pagi burung merpati itu akan datang dan bertawaf mengelilingi atas bumbung rumah Etuza setiap pagi dan akan mendarat ke tanah meminta makan dengan cara meluru ke arah Etuza dan sesiapa ahli keluarga Etuza. Begitulah bahasa burung meminta makanan kasih sayang dari keluarga Etuza. Kita faham burung merpati selalunya JINAK-JINAK MERPATI didekati boleh tapi ditangkap untuk dibelai tidak semudah itu.
Burung merpati akan terbang dan memahami kita yang suka dengan burung itu. Jika tidak disukai burung merpati ini akan terbang berkumpulan hinggap atap rumah Etuza. Burung merpati akan mendarat semula apabila burung ini menyukai tetamu yang datang. Kepada pembaca semua, sekadar itu dahulu intro atau infor Awal Bismillah Pembukaan Operasi Etuza Garden pada 03.07.206 kepada pengunjung yang berminat hendak melawat bersiaran di Laman Etuza Garden.
|
0 Ulasan
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.