DBonda Ayam Gepuk Parklane, Benoni Papar, Sabah.

Singgah makan di sini, rupanya restoran yang viral Nasi Kandar di Benoni Papar ditutup. Alamak nak makan restoran mana? perut dah pedih ni..jam 2.00 gais belum makan apa-apa.

Singgah sini, sesak full house, tak selesa bila ada baby nak makan sesak. Tengok tarikan
tempat makan, DARI KOSONG SAYA BINA SEGALANYA..amazing.
Ke tempat ini juga akhirnya. Alhamdulillah kali kedua datang menjamu selera di sini.Seperti dulu juga, segalanya rasa dan aroma sajian yang kami pilih masih sama dan enak lazat hingga hampir tak habis makan, ikan boulo tu big saiz.

Rezeki DBonda, Ayam Gepuk Parklane Benoni Papar Sabah. Klik SINI.

Luahan Hati Blogger Sabahan.
Pertama sekali hendak luahkan rasa agak Sedih, Tak Selesa dan rasa Tak Gembira, apabila setiap kali TERBITKAN Entri baru, rangking url blog tidak naik teratas dalam barisan bloglist blog. Pernah LANGSUNG tidak naik hingga terbit ENTRI terbaru. Hendak kata selalu meniru atau ciplak artikal ( palagiat ) tidak juga , kecuali ada infor dari AI, maka adalah copy infor tersebut. Pernah tak anda ( blogger ) lain berlaku seperti yang Etuza alami?. Kenapa berlaku?. Adakah ini satu ciri HUKUMAN kepada blogger yang mungkin terbuat salah. Kita tidak sempurna.
Di sini Allah takdirkan kami sekeluarga menjamu makan tengahari yang sudah menjelang jam 2.00 petang pada Rabu 01.07.2026. Etuza mengambil CRK ( Cuti rehat Khas ) untuk menghantar anak ke Kota Kinabalu atas urusan rasmi yang WAJIB dia hadiri.Untuk selamat dan tepat masa maka pada petang selasa kami bertolak ke Kota Kinabalu dan menuju ke Homestay KK, Sutera Avenue. Tempat tinggal yang benar-benar selesa apabila ada baby dibawa bersama. Ke Kota Kinabalu, bagi Etuza satu aktiviti melancong dalam Negeri( Domestik)

Penangan Sajian Ikan Gepuk Penyet Boulo.

Terkejut bila di sajikan menu pilihan ikan boulo yang cukup sempurna di masak. Semua tersusun menarik beralaskan kertas berkilat kalis minyak bersama nasi yang juga sempurna keadaannya. Berfikir sejenak bagaimana hendak habiskan apabila melihat ikan boulo tanpa tulang agak besar saiznya. Tetapi menariknya sempat Etuza klik menu sajian yang kami pesan untuk tatapan nanti di wall blog Pesona Etuza. Minuman empat rasa sedia dihidangkan, cukup pantas kami di layan dengan sebaiknya di Restoran DBinda Ayam Gepuk Parklane di Benoni, Papar, Sabah. Alhamdulillah, syukur kepadaNya. Cukup kenyang makan di sini.Terima kasih menyambut kami dan inshaAllah akan datang lagi dengan izinya jika ada rancangan ke Kota Kinabalu, Sabah.

tengok tu, wife dah susah hati nak habiskan ikan boulo tak bertulang tu..besarnya katanya,
tapi perut dah pedih, lambat makan kerana tak ada parking dekat Areopedo KK, lalu terus ke Benoni Papar.

Menu pilihan Irfan, anak lelaki kedua Etuza. Kenalkan namanya ..

Subahanallah..maaf jika ada juga yang terasa nak berliur..please maafkan.


Menu pilihan Azie anak perempuan kedua Etuza.





Inilah menu pilihan Etuza, klik gambar ikan boulo.Berfikir nak habiskan, saiz besar..
Alhamdulillah makanan lazat begini WAJIB DI SYUKURI, terima kasih ya Allah.

Datang ke sini setiap kali naik ke Kota Kinabalu, beli apa yang diinginkan di sini.

Masuk ke Masjid Kota Kinabalu..mencari sesuatu, nampak budak muka bening tepi tangga.
Ya Allah kasihan..hajat tertunai. Rezeki dia, tangan menadah mendoakan Etuza..keluarga dan anak-anak Etuza. ya Allah ragam manusi di kota miropolitan.

Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Kedengaran sangat menarik Restoran DBonda Ayam Gepuk di Benoni Papar ni. Ikan boulo (bandeng) tanpa tulang bersaiz besar tu betul-betul pembuka selera, untung sekeluarga dapat rezeki makan sedap walaupun pada mulanya rancang nak makan tempat lain. Semoga urusan rasmi anak Cikgu di KK berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan

    BalasPadam
  2. Wah ada pelbagai jenis sambal ye.. mmg menarik² kalau ke sana nnt ni

    BalasPadam
  3. Wah ada pelbagai jenis sambal ye.. mmg menarik² kalau ke sana nnt ni

    BalasPadam
  4. Besarnya ikan tu. Isu ranking tu mmg berlaku skrg Cikgu. Bukan cikgu sorang je kena. Kena klik satu persatu link blog baru tau ada update terbaru kat blog tu sebab dalam bloglist tgk entry terbaru tak naik lagi.

    BalasPadam
  5. Mendonia betul kan ayam gepuk ni? Di mana-mana pun boleh ditemui. Pilihan sambal yang pelbagai tu memang molek betul

    BalasPadam
  6. Ikan boulu tu memang nampak menggoda betul, kat semenanjung rasanya tak pernah jumpa ikan tu.

    BalasPadam
  7. Memang makanan mengiurkan tapi saya dah kenyang...so ok la tu.

    BalasPadam
  8. wah jalan2 sambil jamu selera kan cikgu

    BalasPadam
  9. sambal dia mcm mana? menangkap tak tahap kepedasannya tu?

    BalasPadam
  10. Omg, lihat sambalnya saya memang drooling sangaaaaaat 🤤🤤🤤😍😍😍😍. Nampak pedas dan menggoda. Kalau ikan apalagi difillet tanpa tulang, memang sukaaa. Tak apa besar, sebab ikan kaya protein 😁❤️.

    BalasPadam
  11. Memang besar sungguh ikan nya.. sampai tutup semua nasi di bawah huhuu.. ikan boulo blm pernah dirasai lagi.. ke atau nama di semenanjung adalah lain.. huhuu.. alhamdulillah dpt juga tmpt utk makan ..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.