Keputusan Ujian Masa 18.27 Saat 
( Larian 5 KM )
Acara larian merentas desa hari ini sejauh  5 KM , Etuza menyertainya
dari mula hingga ke penamat.Alhamdulillah selamat sampai serta mandi peluh.
Aktiviti Mencabar Hari Ini

Hari ini, di sekolah Etuza sibuk dengan program Kokurikulum sebagaimana dalam aturcara senam arobik dan larian merentas desa sejauh 5 KM. Dalam atur cara nama Etuza di letakkan sebagai pengiring dan bukan sebagai Photography seperti tahun lalu. Etuza terfikir sejenak tugas sebagai pengiring, ada dua situasi sebagai pengiring iaitu mengiring peserta ( murid )dengan cara  berlari anak bersama semua murid tahap 1 & 2 sejauh 5 KM atau menjadi pengiring cara kedua dengan menaiki motorsikal atau menggunakan kereta dan memandu perlahan mengiringi peserta berlari.

Etuza Mengiringi Murid Dengan Cara Berlari.

Oleh kerana di lantik menjadi pengiring Etuza ambil langkah berlari bersama peserta. Lebih molek lah jika ada guru yang belari bersama. Etuza bersama Cg. Rosdi dan Cg Nasrul, tetapi nampaknya Cg Nasrul menjadi check point pula, sementara Cg. Rosdi ambil langkah mengiring murid dengan cara memakai motorsikal. Nampaknya Etuza berlari bersama murid tanpa di temani oleh guru lelaki lain.Etuza pilih untuk berlari agar keluar peluh dan otot-otot seolah di urut dan dapat uji stamina Etuza dalam  usia kini. 

Kecergasan Selepas Berlari.

Semasa berlari permulaan agak berdebar sebab Etuza tidak pernah berlari sejuah ini sejak 2014, 2013 ada berlari bersama kawan-kawan guru lelaki yang lain.Debaran terasa lagi hebat apabila anak-anak tahun 1,2,3 yang di lepaskan begitu laju dan seronok untuk berlari dan bersaing antara satu sama lain. Jika nanti Etuza peserta paling akhir alangkah malunya dengan pelajar tahun 1,2 dan 3. Etuza tenangkan hati dan terus berlari secara langkah perlahan dan sesekali berjalan ambil nafas baru.Peluh dah membasahi badan hingga baju basah.Etuza teruskan dan ternyata ada antara 8 atau 10 peserta kanak-kanak berada di hadapan Etuza dan peserta yang lain berada di belakang Etuza. Sesekali Etuza ambil langkah menegur murid yang tersasar berlari di tengah jalan raya. Mujur ada pasukan RELA datang membantu. Ternyata Etuza berjaya akhirnya dengan catatan 18.27 saat. Satu-satunya guru lelaki berlari bersama murid adalah Etuza sendiri.Alamak memang  tertinggal dengan beberapa orang murid. Selepas berlari dan sampai ke destinasi Etuza ambil berjalan jalan untuk redakan nafas yang masih kuat mengehmbus, perut rasa kecut dan agak sakit. Kaki mulai rasa ada ngilu dan jantung Etuza agak kuat berdenyut, kerana larian sejauh 5 KM yang non stop seketika.

Antara warga wanita yang berlari bersama ialah Pn. Atie, Pn. Mariah dan Pn. Jerama. Semua berjaya bagi wakil pasukan rumah yang disertai.

Dalam masa meredakan keadaan selepas berlari Etuza lihat peluh bercucuran amat banyak, basah baju.Alhamdulillah selepas peluh kering sedikit Etuza ambil masa duduk dan sambil mengucapkan syukur dalam hati kepada Allah kerana selamatkan Etuza  membuat larian yang sempurna walaupun bukan pantas berbanding murid sekolah, target menjadi pengiring juga terlaksana. Sekarang jam 8.37 minit malam, Etuza rasa memang betis dan peha agak sakit, seluruh badan seolah baru di urut. Rasa lebih ringan dan agak mudah Etuza bergerak kerana badan rasa ringan. Terasa Etuza mendapat kecergasan fizikal selepas berlari sejauh 5 KM hari ini. Kepada anda jangan takut berlari jauh kerana kita boleh atur cara larian kepada larian cara santai sahaja, tetapi janji peluh keluar.Cuba lakukan dan lakukakan secara beterusan. 
Awal pagi hari ini ikut tentaif, senam arobik dahulu
sebagai pemanasan persediaan merentas desa ..pelancaran merentas desa
di rasmikan oleh PK Kokurikulum Pn. Masrinah Mohammad.

Aliya & Seyerina juga berjaya menamtkan larian 5 KM tetapi tiada nombor
hanya 10 peserta terbaik sahaja yang di beri sijil dan di catat masa terbaik.
Inilah gambar kenangan di sekolah Etuza dalam dua acara berbeza, tetapi bertujuan membina keyakinan murid dan memberi pendidikan kesihatan fizikal kepada semua pelajar sekolah seramai 250 orang.Semoga tahun 2016 dapat melakukan lagi larian merentas desa yang amat menarik ini. Dan semoga kesihatan Etuza serta isteri dan anak-anak bertambah baik pada tahun ini ( 2015 ) serta  dapat melakukan aktiviti kehidupan dengan lebih baik dan selesa hasil dari kesihatanh yang kita usahakan serta kesihatan yang Allah anugerahkan. 


Majulah sukan untuk negara.