Singah Menjamu Selera DBonda Ayam Gepuk Parklane, Benoni Papar.

Pintu depan Restoran DBonda di Bandar Baru Benoni Papar, Sabah.

Singah Makan DBonda Restoran

Minggu lalu, balik dari Karambunai Kota Kinabalu kami singah makan di Restoran baru yang belum pernah Etuza masuk untuk menjamu selera, melainkan anak-anak mungkin kerap ke tempat ini.

Benoni Bandar Baru memang sedang pesat membangun dan banyak gedung menarik di kawasan ini. Benoni Bandar Baru di Papar berada dalam jalan menuju ke Jalan Kimanis Keningau, maka menjadi tempat persingahan yang ramai singah dari arah masyarakat Keningau, Menumbuk, Papar, Tenom, Sepitang dan sebagainya Daerah lain  akan singah di Bandar Baru Benoni ini.

Restoran DBunda Ayam Gepuk Parklane, agak sedrhana ruanga makan, tetapi bersih dan pelayan yang sopan santun dan berbudi bahasa,Selasin itu sajian makan yang lazat dan segar kerana baru di masak. Penyediaan juadah yang kemas dan menarik pelanggan. Pelanggan silih berganti datang dan pergi. DBunda Ayam Gepuk, saya oder juadah Laksa Penang. 

Dan memang serasi dan secukup rasa. Alhamdulilah.Kami seramai 7 orang masing-masing dengan selera sendiri dan  membuat pesanan juadah yang dipilih,dan jenis makan pilihan sendiri.

Menarik Di Bandar Baru Benoni, Papar.

Tempat ini menarik apabila banyak tempat ( Permis ) makan yang istemewa. Terdapat pasar jualan bahan mentah yang dibuka hingga petang dengan jualan yang berpatutan. Boleh dikatakan Benoni Bandar Baru tempat persingahan untuk berehat setelah memandu jauh dari Kota Kinabalu atau dari Keningau atau dari Daerah lain. Singah untuk makan tengahari atau minum membasahkan tekak. Benoni juga terkenal adanya tempat jual bibit bunga-bungaan yang pelbagai jenis khasnya bibit bunga kertas dan bunga ros.Pasti Garden Bunga ini salah satu daya tarikan ramai masyarakat singah di Bandar Baru Benoni, Papar.









Gambar kami sekeluarga di DBonda Ayam Gepuk Benoni, Papar , Sabah.

Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. Entri kali ini tidak siap..masa begitu cemburu..gambar berbicara..

    BalasPadam
  2. Wah di sana pun ada laksa Penang , meriah :)

    BalasPadam
  3. Wah, menarik! Saya terpikat dengan mantuo tu.

    BalasPadam
  4. Ada laksa... ada ikan goreng tepung juga... mantau pun ada... sedapp nya... seronok makan ni.

    BalasPadam
  5. Jauh Laksa Penang merantau sampai ke Papar 😀

    BalasPadam
  6. nampak sedap ada kobis goreng tu

    BalasPadam
  7. Takpe uncle, melihat foto-fotonya pun rasa sudah tergambar betul betapa nikmatnya ayam goreng disana, hihihi

    BalasPadam
  8. Takpa Cg, gambar tu dah menceritakan betapa enaknya makanan di sini. Hatta, air oren tu pun nampak sedap sekali :)

    BalasPadam
  9. wah meriah kuihmuih sedap kait selera

    BalasPadam
  10. Lihat gambar langsung drooling saya 🤤🤤🤤. Sedaaaap sekali nampaknya...

    BalasPadam
  11. Sedapnya air tu nampak sejuk & segar je tekak bila minum.

    BalasPadam
  12. Laksa Penang meluaskan empayarnya sampai ke sana ye Cikgu..terbaik..

    BalasPadam
  13. Nampak menyelerakan nih, Cikgu. Selamat menjamu selera bersama keluarga.

    BalasPadam
  14. tiba-tiba terasa nak cari laksa tengah hari ni hehehe

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.