| Singgah makan di sini, rupanya restoran yang viral Nasi Kandar di Benoni Papar ditutup. Alamak nak makan restoran mana? perut dah pedih ni..jam 2.00 gais belum makan apa-apa. |
| Singgah sini, sesak full house, tak selesa bila ada baby nak makan sesak. Tengok tarikan tempat makan, DARI KOSONG SAYA BINA SEGALANYA..amazing. |
Rezeki DBonda, Ayam Gepuk Parklane Benoni Papar Sabah. Klik SINI.
Luahan Hati Blogger Sabahan.
Pertama sekali hendak luahkan rasa agak Sedih, Tak Selesa dan rasa Tak Gembira, apabila setiap kali TERBITKAN Entri baru, rangking url blog tidak naik teratas dalam barisan bloglist blog. Pernah LANGSUNG tidak naik hingga terbit ENTRI terbaru. Hendak kata selalu meniru atau ciplak artikal ( palagiat ) tidak juga , kecuali ada infor dari AI, maka adalah copy infor tersebut. Pernah tak anda ( blogger ) lain berlaku seperti yang Etuza alami?. Kenapa berlaku?. Adakah ini satu ciri HUKUMAN kepada blogger yang mungkin terbuat salah. Kita tidak sempurna.
Di sini Allah takdirkan kami sekeluarga menjamu makan tengahari yang sudah menjelang jam 2.00 petang pada Rabu 01.07.2026. Etuza mengambil CRK ( Cuti rehat Khas ) untuk menghantar anak ke Kota Kinabalu atas urusan rasmi yang WAJIB dia hadiri.Untuk selamat dan tepat masa maka pada petang selasa kami bertolak ke Kota Kinabalu dan menuju ke Homestay KK, Sutera Avenue. Tempat tinggal yang benar-benar selesa apabila ada baby dibawa bersama. Ke Kota Kinabalu, bagi Etuza satu aktiviti melancong dalam Negeri( Domestik)
Penangan Sajian Ikan Gepuk Penyet Boulo.
Terkejut bila di sajikan menu pilihan ikan boulo yang cukup sempurna di masak. Semua tersusun menarik beralaskan kertas berkilat kalis minyak bersama nasi yang juga sempurna keadaannya. Berfikir sejenak bagaimana hendak habiskan apabila melihat ikan boulo tanpa tulang agak besar saiznya. Tetapi menariknya sempat Etuza klik menu sajian yang kami pesan untuk tatapan nanti di wall blog Pesona Etuza. Minuman empat rasa sedia dihidangkan, cukup pantas kami di layan dengan sebaiknya di Restoran DBinda Ayam Gepuk Parklane di Benoni, Papar, Sabah. Alhamdulillah, syukur kepadaNya. Cukup kenyang makan di sini.Terima kasih menyambut kami dan inshaAllah akan datang lagi dengan izinya jika ada rancangan ke Kota Kinabalu, Sabah.
| tengok tu, wife dah susah hati nak habiskan ikan boulo tak bertulang tu..besarnya katanya, tapi perut dah pedih, lambat makan kerana tak ada parking dekat Areopedo KK, lalu terus ke Benoni Papar. |
| Menu pilihan Irfan, anak lelaki kedua Etuza. Kenalkan namanya .. |
| Subahanallah..maaf jika ada juga yang terasa nak berliur..please maafkan. |
| Menu pilihan Azie anak perempuan kedua Etuza. |
| Inilah menu pilihan Etuza, klik gambar ikan boulo.Berfikir nak habiskan, saiz besar.. Alhamdulillah makanan lazat begini WAJIB DI SYUKURI, terima kasih ya Allah. |
| Datang ke sini setiap kali naik ke Kota Kinabalu, beli apa yang diinginkan di sini. |
12 Ulasan
Kedengaran sangat menarik Restoran DBonda Ayam Gepuk di Benoni Papar ni. Ikan boulo (bandeng) tanpa tulang bersaiz besar tu betul-betul pembuka selera, untung sekeluarga dapat rezeki makan sedap walaupun pada mulanya rancang nak makan tempat lain. Semoga urusan rasmi anak Cikgu di KK berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan
BalasPadamWah ada pelbagai jenis sambal ye.. mmg menarik² kalau ke sana nnt ni
BalasPadamWah ada pelbagai jenis sambal ye.. mmg menarik² kalau ke sana nnt ni
BalasPadamBesarnya ikan tu. Isu ranking tu mmg berlaku skrg Cikgu. Bukan cikgu sorang je kena. Kena klik satu persatu link blog baru tau ada update terbaru kat blog tu sebab dalam bloglist tgk entry terbaru tak naik lagi.
BalasPadamMendonia betul kan ayam gepuk ni? Di mana-mana pun boleh ditemui. Pilihan sambal yang pelbagai tu memang molek betul
BalasPadamIkan boulu tu memang nampak menggoda betul, kat semenanjung rasanya tak pernah jumpa ikan tu.
BalasPadamMemang makanan mengiurkan tapi saya dah kenyang...so ok la tu.
BalasPadamwah jalan2 sambil jamu selera kan cikgu
BalasPadamterliur ikan baolu tuuuu
BalasPadamsambal dia mcm mana? menangkap tak tahap kepedasannya tu?
BalasPadamOmg, lihat sambalnya saya memang drooling sangaaaaaat 🤤🤤🤤😍😍😍😍. Nampak pedas dan menggoda. Kalau ikan apalagi difillet tanpa tulang, memang sukaaa. Tak apa besar, sebab ikan kaya protein 😁❤️.
BalasPadamMemang besar sungguh ikan nya.. sampai tutup semua nasi di bawah huhuu.. ikan boulo blm pernah dirasai lagi.. ke atau nama di semenanjung adalah lain.. huhuu.. alhamdulillah dpt juga tmpt utk makan ..
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.