Antara Dua Darjat.

Kerusi kayu yang agak lama tapi sangat kukuh di Homestay Kundasang Ranau.

Gambar kerusi kayu tardisional..struktur yang Etuza tinjau menarik untuk dijadikan kerusi buatan sendiri.Meninjau cara dan kemahiran. Etuza cuba buat kerusi ini nanti.
Tetap selesa duduk pada kerusi kayu yang lama, kukuh dan tegap gayanya kerusi ini.

Cucu naik kerusi ini, di luar Homestay, agak sejuk sekali kerana di lembah Gunung Kinabalu.

Sempat ambil gambar telatah cucu di atas kerusi ini.Cepat-cepat angkat..risau tersembam nanti..

Antara Dua Darjat.

Duduk di kerusi kayu yang dibuat oleh pemilik Homestay di Kundasang Ranau. Diletak di luar untuk kegunaan sesiapa sahaja menyewa home stay yang mempunyai tiga bilik tidur dua bilik air. Ruang tamu yang selesa dan dapur juga selesa digunakan.Tinggal dua hari di homestay ini, terasa malam yang sangat sejuk mencengkam kolbu. Aduhai bergetar tubuh badan, terasa sangt sejuk mengalakan penghawa dingin. Sungguh di Keningau tiada rasa sejuk sebegini, kecuali di sini Kundasang Ranau, Sabah.

Sebagai insan yang bertaraf rendah, kedudukan rakyat biasa, masih selesa duduk di kerusi tradisional ini. nampak lusuh tetapi Subahanallah sangat KUKUH dan selesa sekali. Duduk menghadap Gunung Kinabalu, sedikit mendongak kerana Kundasang di bawah lembah Gunu Kinabalu, Gunung tertinggi di Asia Tenggara.

Kemudian tiba-tiba cucu tersayang berlari laju dan sekelip mata naik kerusi nunu di sana. Cucu duduk begitu tertib, seolah tahu bahaya jika jatuh dari kerusi naik taraf itu. Sempat ambil gambar cucu di atas kerusi getah atau plastik merah.Lalu hari ini, malam ini terfikir sejenak untuk updatedkan blog, kemaskini kan pengisian entri di blog, lahirlah suara hati melihat kerusi dan sofa serta kerusi tradisional yang saling berbeza. Lahirlah ENTRI Antara Dua Darjat yang merujuk kepada corak, struktur, keindahan, kemahiran dan kelembutan pada tiga darjat tempat duduk ini. 

Pesan yang terpilih ialah " Usah kita lupa benda yang lama apabila melihat keanggunan benda baru. Boleh jadi yang benda lama tetap digunakan dan bertahan lama, tetapi tidak nafikan benda baru itu ada kualiti tersendiri" Mari berada di tahap sederhana. Terima kasih kerana pernah menggunakan barangan yang lama. Syukur alhamdulillah barangan baru pantas dan cepat kehidupan diatur mengikut masa yang begitu cepat dan pantas.

Stoll tempat duduk tidak ada tempat sandar..kerusi cantik putih bersih..tetapi berada di luar rumah..


Kerusi ( Sofa) naik darjat, empuk dan boleh lena duduk sofa ini..

Set sofa kayu jati berkualiti..darjat menjadi Sofa pilihan.

Catat Ulasan

0 Ulasan