Undangan Ke Majlis Perkahwinian Di Kasturee Vanue Keningau.

 💐 UNDANGAN MAJLIS PERKAHWINAN 💐

‎بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Dengan penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT,

kami

*Japilin Bin Lawadin & Kaini Binti Rasin*

*(_Keluarga pihak perempuan_)*

serta

*Abdul Gapar Bin Apang & Rosni @ Asni Binti Lajuman*

*(_Keluarga pihak lelaki_)*

dengan berbesar hati menjemput

Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik

ke Majlis Perkahwinan anakanda kami

*Nurul Farahnida Binti Japilin*

💍

*Mohammad Farhan Bin Abdul Gapar*

🗓️ Tarikh: Sabtu, 23.05.2026

🕰️ Masa: 1:00 - 5:00 Pm

📍Tempat: Kasturee Venue Keningau

🌹 Semoga kehadiran dan doa restu anda menyerikan lagi majlis kami serta diberkati Allah SWT.

Aamiin ya Rabbal ‘Alamin.

Sila klik link dibawah untuk RSVP:

https://e-card.my/farhan-farahnida/

Welcome, disambut dengan banner di hadapan.

Undangan Ke Majlis Perkahwinan.

Alhamdulillah, kami sekeluarga anak dan cucu serta adik beradik suri hati datang menyantuni Majlis Perkahwinan anak kepada Sahabat Etuza bernama Japilin Bin Lawadin. Perkahwinan anak pertamanya dengan pasangan pengantin lelaki dari Kampung Moggitom, Keningau.

Vanue Kasture menjadi pilihan tempat bernikah dan bersanding. Secara ringkas cerita majlis perkahwinan segalanya di sediakan dan hanya keluarga pengantin dan pengantin hanya datang tanpa sibuk melakukan apa-apa lagi. Bermakna masa dipercepatkan dan acara perkahwinan berpotensi akan selesai kerana segalanya dimudahkan.

Gambar-gambar berbicara, banyak gambar yang telah di hantar melalui whatsup, Etuza abadikan beberapa gambar sebagai  kenangan sebelum di buang dalam handpone. 

Tahniah kepada sahabat kerana menyembut menantu dalam keluarga. Semoga pasangan ini bahagia hingga ke JANNAHNya.

Suasana ketika kami datang, semakin sedikit tetamu datang dan pergi seusai menjamu selera.




Bertemu dengan kawan-kawan guru.Alhamdulillah.

Sempat bergambar dengan Cikgu Elda dan suami.


Surihati dan adik bongsu mereka.

Catat Ulasan

0 Ulasan