Teruja Melihat Kuntuman Bunga Kertas ID Wajid Ali Shah Di Laman.

Bunga Kertas ID Wajid AliShah Di Laman.


Gembira Melihat Kembangan Bunga Wajid Ali Shah Di Laman.

Petang kelamrin, terlihat kembangan bunga kertas disebalik rimbunan bunga telang. Siap bergumpal lilitan mencengkan ranting pokok bunga telang. Dan memang ranting bunga telang jenis melingkar dan melilit apa saja ada yang dekat dengan bunga telang ini. Mulanya tidak pasti apa nama ID bunga kertas itu, sebab warna daun hijau.

Perlahan meninjau melihat keadaan sebenar kelopak bunga sebab ada daya tarikan untuk benar-benar lihat bunga kertas tersebut. Alhamdulillah, setelah di buka lingkaran lilitan bunga telang jelas terlihat bunga kertas ini nama ID nya ialah Wajid Ali Shah.Etuza pun keluarkan dari dekat bunga telang dan bawa ke kawasan lapang. Oleh kerana bunga sedang kembang Etuza tidak jadi cantas untuk renekkan bunga kertas ini. Biar lah dahulu kami nikmati keindahan bunga ini.  Pernah sepasu besar bunga kertas Wajid Ali Shah di laman tetapi telah diangkat orang dalam harga RM80.00 masa itu. Rupanya ada Etuza tanam Wajid Ali Shah di pasu lain yang agak terbiar.

ID Bunga Kertas lain dalam Entri ini ialah: Bunga Kertas Selindang Sutera Batik Putih  dan Bunga Kertas Ekor Munsang Peace Purple. Dan terima kasih Puan Halima A datang ke teratak kami.Jumpa lagi.

Memang corak kuntuman bunga kertas Wajid Ali Shah lain dari yang lain..

Perhatikan kelopak bunga Wajid Ali Shah bila semakin matang..ada cairan rona warna jinga peace..

Etuza selitkan jambangan Bunga Kertas ID Selendang Sutera Putih.

Ambil satu bibit bunga kertas..terima kasih datang ..Puan Halimah A

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. cantik je bunga kertas kaler pink ittewww., hehe

    BalasPadam
  2. Cantik type ID yang ni....banyak betul ID bunga kertas ye cikgu...

    BalasPadam
  3. Rasa terhibur tengok bunga di laman.

    BalasPadam
  4. Bila nampak bunga kertas cikgu berkembang cantik dengan pelbagai warna, rasa menyesal pula LZ cantas dan buang bunga-bunga kertas dulu, haishhh itulah tak fikir panjang..

    BalasPadam
  5. Wahh uncle pon jual bunga juga yaaa. Cantik bunga kertas tu

    BalasPadam
  6. cantik bunga kertas wajid ali shah mahal juga harganya

    BalasPadam
  7. Tertanya juga, siapakah gerangan Wajid Ali Shah sehingga namanya diabadikan sbg ID bunga kertas...

    BalasPadam
  8. Ini bunga kertas ye Cikgu ? 1st time lihat. Cantikk.

    BalasPadam
  9. Cantik.. suka tengok.
    Waktu zaman Budak Purba, saya petik kemudian belah/carikkan setiap kelopaknya, lepas tu kena marahlah, bunga sedang elok cantik, saya p 'rosakkan'.. hehehe..

    BalasPadam
  10. wahhh cantikkkk
    hidup subur dan dijaga dgn baik

    BalasPadam
  11. Saya sejujurnya tak bisa bedakan bunga2 Bougenville ini. Selain warna mereka yg beda2 🤭😅. Yg pasti saat mereka berbunga, memang sukaaa lah, Krn warna nya bikin meriah suasana

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.