Jika Saya Seorang Ahli Sukan!.
Tema " Jika Saya Seorang Ahli Sukan " menjadi pilihan sempena Majlis Hari Guru peringkat sekolah 2026 di sekolah tempat Etuza bertugas. Secara langsung guru dan staf sokongan hendaklah berpakaian sukan semasa majlis ini pada 21.05.2026. Ikut arahan penyelaras majlis dan Etuza memilih sukan Pingpong kerana zaman remaja Etuza pernah aktif sukan pingpong dan juga sukan badminton. Dan pernag menang acara Badminton dan Pingpong pada zaman muda belia dahulu.
Antara teman bermain sukan Pingpong dan Badminton ialah Japilin, Abdul Karim, Saifudin, Bakrie, Waginin, Denesius, David, Herman dan pemain perempuan ialah Zainab dan Helina. Masih dalam ingatan permainan dalam Dewan tertutup berdindingkan zink. Kini tidak lagi bermain sukan ini kerana tidak ada papan gelanggang Pingpong. Sukan Badminton sekali sekalabermain dengan anak-anak di halaman rumah apabila ada waktu sengang.
Meriah Hari Guru Di Sekolah.
Warga kerja sekolah, guru dan staf datang dengan pelbagai pakaian sukan mengikut yang mereka suka. Pastilah ramai memilih Bola Sepak di kalangan lelaki. Tekwado, Badminton, Softboll, Tenis, Maraton, Golf dan sebagainya. Wah! memang sangat meriah kerana satu persatu dan secara kumpulan naik pentas membuat aksi permainan mengikut sukan Jika Saya Ahli Sukan.
Juruacara pada masa itu ialah Cikgu Rissa Sinuar yang berjaya membuat Majlis 3 dalam 1 berjaya dilangsungkan dengan meriah dan sangat berjaya.Tahniah kepada semua dan " Selamat Hari Guru " kepada teman guru di sekolah Etuza.
Menjadi seorang yang merasa terharu dan amat bersyukur apabila sesi murid memberikan hadiah pada jam 10.00 pagi, Etuza telah mendapat beberapa hadiah dari murid Etuza, kad ucapan hari guru juga Etuza mendapat dari kalangan murid yang tahu menghargai guru mereka.
Perpisahan Dan Sambutan Guru Baru.
Acara mendengar ucapan perpisahan Cikgu Syukur, yang merupakan Penolong Kanan KoKurikulum yang telah dinaikkan pangkat menjadi Guru Besar di SK.Karamatoi. Cg. Syukur dalam tempoh dua tahun bertugas di SK.Penagatan banyak memberikan sumbangan terutama dalam bidang kesukanan. Katanya SK.Penagatan adalah sekolah antara yang terbaik Cikgu Syukur pernah bertugas. Beliau amat bersyukur atas semua tunjuk ajar dan motivasi serta teguran dari pihak pentadbir selama dua ta di SK.Penahun bertugas. Akhir sekali, Cikgu Syukur memohon maaf atas semua kesalahan dan tutur kata yang tidak sopan, minta di halal kan semua yang termakan dan terminum,saya bukan manusia sempurna katanya.
Pengganti Cg. Syukur ialah Cikgu Zainudin dari SK.Magatan, Keningau, seorang yang masih muda belia memegang tugas sebagai Penolong Kanan KoKum baru. Dalam ucapannya katanya mohon kerjasama dari semua pihak termasuk kerjasama murid kepada beliau. Sekolah ini merupakan sekolah rendah Cikgu Zainudin kerana Cikgu Zainudin berasal di kampung Penagatan. Justeru itu Cikgu Samuin amat bersyukur dipindahkan.
| Terima kasih Cikgu Syukur makan free aiskrim sempena Hari Guru 2026. Sangat sedap. |

0 Ulasan
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.