| Klik SINI blog SA |
| Ternyata SA blogger Malaysia yang cekal dan gigih hidupkan suasana blog. Blogger yang sentiasa segar dan aktif di alam maya. Menegur dalam kata berbudi bahasa.TAHNIAH pengkomen TERATAS di blog PE. |
Ramah Mesra Dengan Blogger Pengomen Teratas Bulan Mei 2026.
Teman blogger kita ini nampaknya kali ini timbul paling teratas dalam ruang kolum komentar blog Etuza. Saya mengandaikan blogger ini seorang yang gigih, berdaya usaha dan ada kemahuan. Sejak awal kewujudan Blog Pesona Etuza di alam maya, blogger ini sebenarnya telah hadir mewarnai blog Etuza. Cuma masa awal pembabitan blog, Etuza melaluinya dengan alam pembelajaran BLOG, maka ada masa terlupa mengklik blog lain dan tidak sempat mengambil masa beramah mesra dengan ramai bloggers di Malaysia.
Blogger Malaysia yang Etuza maksudkan ialah Blogger SURIA AMANDA atau dia ringkaskan gelaran di blog dengan nama SA. Seorang blogger wanita lama yang benar-benar hebat hidupkan roh blog, dia isteri yang baik dan ibu yang baik. Blogger yang segar dengan entri yang menarik kita baca, berkongsi ikhlas gambar-gambar keluarga dan gambar bersama suami SA. Saya benar-benar berterima kasih atas kegigihan SA klik dan membaca entri baru dan lama di Blog Etuza ini. Syabas dan Tahniah, teruskan usaha sebegini. Kepada teman -teman lain, sila lah ya, klik blog SA dengan klik nama SURIA AMANDA di atas.
Mohon Infor Maklumat SA.
Menerusi ruangan komen mohon blogger SA berikan alamat yang tepat, nama yang benar, no telefon. Sesi penghantaran hadiah akan segera diusahakan, kerana minggu ini dan minggu hadapan masih cuti sekolah, boleh lah segerakan proses penghantaran hadiah. Semoga dimudahkan urusan.
Hadiah Top Komentar Teratas April 2026.
Hadiah top komentar teratas bulan April telah lama di hantar kepada blogger pemilik link ini https://cikcappuccinolatte.blogspot.com/, diharapkan hadiah kepada blogger ini telah sampai dengan selamat. Etuza belum mendapat khabar dari Blogger Cikcappuccinolatte tentang hadiah ikhlas tersebut. Apapun semoga telah diterima dengan selamat mengikut alamatnya.
Harapan Agar Droplah Komen Setelah Membaca Entri Baru.
Kepada blogger lain yang sangat ramai di Malaysia, niatkan dan harapkan sesuatu yang memberikan anda rasa bahagia apabila telah menjebakkan diri sebagai pemblogger, pengkarya di wall blog personal anda. Blog mesra yang antara lainya adalah bolg Pesona Etuza akan menghargai sesiapa sahaja yang sudi klik dan membaca di blog Etuza.
Jadilah antara yang teratas dalam ruangan TOP KOMENTAR TERATAS di blog Etuza yang akan di semak kira total komen setiap tarikh 28 bulan semasa. Selamat mencuba.

33 Ulasan
Alhamdulillah tahniah
BalasPadamTahniah padanya kan..blogger NA juga boleh teruskan mencuba..inshaAllah
PadamAssalamualaikum Cikgu..
BalasPadamAlhamdulillah akhirnya berjaya juga SA jadi top komentator di blog cikgu...terima kasih yg x terhingga...SA bagi details di next komen ye..
Syukur..alhamdulillah semua maklumat telah di simpan..harap hadiah sampai dengan segera..
PadamTahniah kak SA... Moga murah rezeki cikgu Etuza
BalasPadamAamiin terima kasih..
PadamTahniah kak SA. Kak SA memang rajin komen. Blogger lama yang masih aktif.
BalasPadamRezeki SA di blog ..
PadamTahniahhhhhh SA. Semoga terus semangat untuk meninggalkan komen
BalasPadamTerima kasih sering komen dan membaca entri Etuza ya..
Padamcongrats SA!
BalasPadamMZ juga banyak peluang..inshaAllah..boleh berjuang ..Mana tahu menang lagi..
PadamTahniah SA jadi top komentar.
BalasPadamRezeki blogger SA, persaingan sangat hebat tu..
Padamwah tahniah buat semua pemenang
BalasPadamTerima kasih datang membaca ya
Padamtahniah kak SA! beliau ni memang ramah dan suka balas kunjungan kat blog kawan2 yg lain
BalasPadamBenar ..SA memang rajin..
PadamSyukur alhamdulillah. Tahniah SA!!
BalasPadamAlhamdulillah, terima kasih ya sahabat
PadamAlhamdulillah tahniah SA 👍🏻
BalasPadamTahniah jg kepada blogger Hazel sering datang lontarkan komen
PadamTahniah Kak Sa :D
BalasPadamWah, saya sudah sering komen, tp masih kalah sama mbak fanny, hahaha
Tak mustahil akan menjadi top teratas..
PadamSeronok baca entry macam ni. Sebab dari sini saya boleh kenal ramai blogger Malaysia yang lain. Mudah-mudahan saya boleh berteman dengan mereka juga nanti. Dan semoga bertambah-tambah lagi pembaca setia blog cikgu 🙏
BalasPadamTerima kasih ya blogger Ristra..blogger yang mulai dikenali ramai..
PadamTAHNIAH SA TKSH CIKGU ETUZA
BalasPadamTerima kasih Kak PI
PadamTahniahhh SA !! 💐
BalasPadamTahniah kepada SA yang menjuarai carta pengomen blog cikgu. 👏👏
BalasPadamTahniahhhh SA
BalasPadamwah tahniah SA. Memang blogger tegar ni cikgu.
BalasPadamTahniah buat semua pengomen tegar
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.