Nikmat Bahagia Yang Dirasakan.



Menurut Anda Bahagia Itu Dirasakan Bagaimana?

Semua orang ada citarasa bahagia sendiri yang dirasakan, dinikmati tanpa ceritakan kepada orang lain. Terkadang kita dapat rasakan amat bahagia andainya ada perkara sekecil kecilnya yang anda alami mengundang rasa bahagia yang dapat dirasakan. Tetapi perkara besar yang dialamai bagaikan tidak terasakan kebahagiaan itu. Dua beza yang membuat hati kita terpanggil untuk berbicara mencurah pandangan andainya anda juga turut terasakan bahagia dalam keadaan ini.

Susunan Situasi Yang Mengundang Rasa Bahagia.

1. Melihat Tanaman Tumbuh Subur Dan Berhasil.

Tidak mengira apa anda tanam, ditanam pula secara besar-besaran di ladang atau dengan menggunakan pasu atau  plastik bag dan sekadar di laman rumah anda. Melihat tanaman itu subur lebat daun dan berbunga lalu berbuah jika ianya pokok buah, terasa berbendung bendung rasa BAHAGIA dirasakan dijiwa.  Tersenyum dan amat mensyukuri melihat keindahan pada tanaman yang kita tanam itu membuahkan hasil dan menikmati hasilnya sekali. Seperti kembangan bunga juga imfaknya rasa bahagia itu amat dirasakan.

2. Sentiasa Ada Selera Melihat  Makanan.

Kadangkala akan rasai kebahagiaan itu apabila kita sentiasa berselera melihat makanan yang bagaikan hantaran REZEKI yang Allah hidangkan di hadapan kita. Bayangkan jika hilang rasa selera, hidanglah apa juga jenis makanan kita tidak juga berkenan. Susahnya jika hilang selera makan. Pasti ada rasa bahagia itu amat dekat dengan adanya rasa berselera hendak makan melihat makanan yang ada biarpun dalam keadaan ala kadar, kata orang asal ada pengalas perut, tetap berselera walaupun makanan bukan mewah. Hebat rasanya rasa bahagia sebegini. Sebab itu kita perlu melafazkan doa sebelum menjamah makanan dan alhamdulillah selepas menghabiskan makanan tanpa ada sisanya.

3.Terjumpa Tanpa Sengaja Kawan atau Sahabat.

Situasi terjumpa dengan kawan atau sahabat yang lama tidak jumpa, dalam acara Majlis Ilmu, Majlis Perkahwinan atau Majlis Sekolah. Perkara ini bagi addmin blog Pesona Etuza satu sudut yang amat memberikan rasa bahagia itu dapat dirasakan.Bersalaman, berbual bicara dan saling tersenyum mesra melahirkan rasa sangat bahagia. Sebabnya begitu lama tidak bersua disebabkan menjalani kehidupan sendiri, menumpukan hal dengan keluarga dan bekerja atau berada di tempat yang jauh, tetapi pada suatu hari berjumpa pula tanpa sengaja. Apatah lagi jika kita sekolah di sekolah yang sama, belajar di Universiti yang sama dan dalam bidang kerjaya yang sama atau kerjaya lain, bisanya bahagia itu amat terasakan.

4. Kesempatan Melayan Hobi ( Kesukaan ) Di Masa Lapang.

Pasti ada antara kita yang mempunyai hobi sendiri. Hobi dimaksudkan perkara yang kita suka buat apabila ada masa sengang dan dikelapangan masa kerana bercuti dikampung atau di mana pun berada. Misalan hobi bertanam di laman rumah sendiri. Disamping kita bersihkan halaman lalu kita bertanam seperti tanam bunga, herba dan sebagainya. Ini adalah terapi luar biasa kerana kita umpama bersalam jebat tangan dengan Bumi yakni Tanah. Menyedut udara segar di luar alam semulajadi. Tidak berkurung dalam rumah, tetapi berada di luar rumah melapangkan fikiran dan melegakan pernafasan menghirup udara sejuk di awal pagi. Hebat rasanya nikmat bahagia hanya dengan hobi bertanam di laman rumah.

5. Melihat Anak Sihat.

Kebahagiaan melihat dan mengetahui keadaan semua anak-anak dalam keadaan sihat sesungguhnya satu perkara yang amat kita rasakan bahagia itu. Tidak lah mengira anak kita berkerja atau tidak bekerja dengan sektor kerajaan atau swasta pasti kita rasa amat amat bersyukur kepada Allah apabila keadaan anak generasi kita sihat walafiat.Untuk itu ibubapa hendaklah terus mendoakan anak anak dan cucu agar mereka sentiasa Allah berikan kesihatan.

Ada banyak situasi yang sebenarnya  memberi imfak rasa bahagia kepada kita. Selagi hidup maka selagi itu ada saja bahagia kita dapat rasakan setiap hari. Menurut anda apa lagi yang menjadikan kita dalam hati ada terdetak rasa bahagia yang tidak terbendung ( Membuak buak rasa bahagia ). Sila lontarkan dalam komen blog Pesona Etuza.








Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. kadang-kadang sekecil-kecil perkara pun ada ketikanya membuat kita bahagia.. betul lah apa yang cikgu katakan tu

    BalasPadam
  2. Banyak betul erti bahagia kita kan, dapat jumpa keluarga, adik beradik kat kampung tu bahagia betul. Dapat kawan pejabat yang baik, tengok bunga tepi rumah cantik berkembang dan subur pun bahagia.

    BalasPadam
  3. dapat melancong ke tempat yang kite tak pernah sampai pon satu kebahagiaan

    BalasPadam
  4. alhamdulillah syukur menikmati hidup bhgi tias

    BalasPadam
  5. Bersedekah juga satu kebahagiaan.
    Dalam kita memberi, kita mampu buat orang lain tersenyum itu adalah bahagia yang tidak boleh dijual beli

    Btw cikgu tahu tak cikgu menang peraduan teka berat buah dekat blog kak Roziah? Nanti cek tau

    BalasPadam
  6. assalamualaikum cikgu..setuju apa yang cikgu senaraikan adalah dia antara jalan kebahagiaan.. saya yang baca pun dah rasa bahagia. apatah lagi jika termasuk dalam salah satu daripadanya

    BalasPadam
  7. alhamdulillah for all the blessings

    BalasPadam
  8. Saya rasa bahagia jika waktu solat tidak terganggu. Terutama bekerja di negara 4 musim. Waktu solat berubah dari semasa ke semasa.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.