Hari Raya 2026 Staf SK.Penagatan dan Majlis Perpisahan.
Staf SK.Penagatan, Keningau sempat mengadakan Majlis 2 dalam 1 baru-baru ini dalam bulan April ( Syawal ) di Dewan terbuka sekolah. Majlis ini melibatkan Majlis Hari Raya dan Majlis Perpisahan dengan Puan Nurhaini Abdul Rahsid ( Staf Sokongan ) kerani sekolah yang berpindah di SK.Magatang, Keningau, Sabah.Masak kicap, rendang ayam dan coktile. Tidak lupa juga makanan kolupis dan kual dan bubur kacang hijau. Meja panjang penuh dengan juadah.
Paling terakhir dihidangkan iala mee laksa. Memang perut kenyang hingga tiga round ambil juadah. Juadah buah dan kuih muih, kedua kali makan rendang lauk ayam masak kari dan nasi, ketiga kali makan mee laksa. Sampai malam Etuza tak sentuh nasi lagi di rumah. Kenyang dengan sajian makanan yang lazat.
Majlis di mulai dengan Doa, ucapan PK 1 dan terakhir ucapan dari Puan Nurhaini Abdul Rahsid. Lagu-lagu raya disajikan semasa staf mengambil juadah di meja hidangan. Sempat bermaaf maafan dan berbual mesra sesama gut=ru dan staf lain. Kejutan pada hari itu ialah Ustazah Sabirah telah berkesudian memberikan hadiah misteri kepada guru-guru dalam acara cabutan nombor bertuah. Etuza telah mendapat nombor 5 dan trersenarai sebagai staf bertuah yang menerima hadiah misteri. Alhamdulillah sangat bersyukur apabila menerima hadiah sumbangan seorang guru agama.Selamnat Hari Raya Maaf Zahir Batin dan kepada Puan Nurhani selamat bertugas di sekolah baru dan semoga sentiasa sihat dan ceria.

21 Ulasan
meriahnya macam2 menu ada.
BalasPadamBanyaknya makanan. Ada tapau balik makanan tak?
BalasPadamBagus disatukan majlisnya, jimat masa tenaga dan kos. Kemeriahan pun berganda. Selamat maju jaya buat staff yang berpindah
BalasPadamSenang sekali buat kan Cikgu...x banyak kerja...makanan pun nampak sedap semuanya
BalasPadammeriah majlisnya menu juadah sedap belaka
BalasPadambestnya makan-makan.. banyak pula menunya yang sedap-sedap.. apa hadiah misteri agaknya cikgu etuza dapat?
BalasPadammeriah foodnya! terliur saya hahaahh
BalasPadamtinggal beberapa hari saja lagi kan Syawal akan sampai ke penghujung...moga kenangan indah,ukhwah yang terjalin antara saudara,rakan taulan terus mekar di sepanjang waktu
BalasPadamMeriah betul ya makanannya. Sampai-sampai tiga round itu ambil juadah, hihihi.
BalasPadamSehat-sehat selalu ya uncle!
Meriahnya majlis jamuan raya beserta perpisahan staf. Macam-macam makanan ada.
BalasPadamLama tak singgah blog cikgu Etuza..
BalasPadamWahh meriah ya ada sambutan raya dan majlis persaraan sekaligus. Sedap2 semua makanan
mcm2 ada. patutlah abg kenyang sampai ke malam...hehehe
BalasPadamSekali sambut majlis raya & perpisahan .. paling best dapat berkumpul semua ...
BalasPadamDessert pun nampak aneka jenis tu
meriahnyaaaa
BalasPadammcm2 juadah pening nk pilih😁
Bagus macam ni...jimat masa dan tenaga kan
BalasPadamAlhamdulillah meriah sambutan majlis 2 dalam 1 nya. Beramah mesra sambil makan-makan sedap ni memang satu rezeki kan
BalasPadamAlhamdulillah, meriahnya. Baru - baru ini kami pun buat acara 4 in 1, hari raya + birthday + reunion + tukar hadiah. ha ha ha
BalasPadamTerima kasih komen anda saya hargai..
BalasPadamDari dessert sehinggalah ke lauk-pauk semuanya sedap belaka!
BalasPadamWaaah baru melihat makanannya saja dah lapaaar saya bang 😄😄. Memang suka, aneka puding tuh pasti segar dimakan dingin 👍🤤
BalasPadamAlhamdulilah rezeki Allah beri tiada habis habisnya
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.