Majlis Dua Dalam Satu


Hari Raya 2026 Staf SK.Penagatan dan Majlis Perpisahan.

Staf SK.Penagatan, Keningau sempat mengadakan Majlis 2 dalam 1 baru-baru ini dalam bulan April ( Syawal ) di Dewan terbuka sekolah. Majlis ini melibatkan Majlis Hari Raya dan Majlis Perpisahan dengan Puan Nurhaini Abdul Rahsid ( Staf Sokongan ) kerani sekolah yang berpindah di SK.Magatang, Keningau, Sabah.Masak kicap, rendang ayam dan coktile. Tidak lupa juga makanan kolupis dan kual dan bubur kacang hijau. Meja panjang penuh dengan juadah. 

Paling terakhir dihidangkan iala mee laksa. Memang perut kenyang hingga tiga round ambil juadah. Juadah buah dan kuih muih, kedua kali makan rendang lauk ayam masak kari dan nasi, ketiga kali makan mee laksa. Sampai malam Etuza tak sentuh nasi lagi di rumah. Kenyang dengan sajian makanan yang lazat.

Majlis di mulai dengan Doa, ucapan PK 1 dan terakhir ucapan dari Puan Nurhaini Abdul Rahsid. Lagu-lagu raya disajikan semasa staf mengambil juadah di meja hidangan. Sempat bermaaf maafan dan berbual mesra sesama gut=ru dan staf lain. Kejutan pada hari itu ialah Ustazah Sabirah telah berkesudian memberikan hadiah misteri kepada guru-guru dalam acara cabutan nombor bertuah. Etuza telah mendapat nombor 5 dan trersenarai sebagai staf bertuah yang menerima hadiah misteri. Alhamdulillah sangat bersyukur apabila menerima hadiah sumbangan seorang guru agama.Selamnat Hari Raya Maaf Zahir Batin dan kepada Puan Nurhani selamat bertugas di sekolah baru dan semoga sentiasa sihat dan ceria.





























Catat Ulasan

21 Ulasan

  1. Banyaknya makanan. Ada tapau balik makanan tak?

    BalasPadam
  2. Bagus disatukan majlisnya, jimat masa tenaga dan kos. Kemeriahan pun berganda. Selamat maju jaya buat staff yang berpindah

    BalasPadam
  3. Senang sekali buat kan Cikgu...x banyak kerja...makanan pun nampak sedap semuanya

    BalasPadam
  4. meriah majlisnya menu juadah sedap belaka

    BalasPadam
  5. bestnya makan-makan.. banyak pula menunya yang sedap-sedap.. apa hadiah misteri agaknya cikgu etuza dapat?

    BalasPadam
  6. meriah foodnya! terliur saya hahaahh

    BalasPadam
  7. tinggal beberapa hari saja lagi kan Syawal akan sampai ke penghujung...moga kenangan indah,ukhwah yang terjalin antara saudara,rakan taulan terus mekar di sepanjang waktu

    BalasPadam
  8. Meriah betul ya makanannya. Sampai-sampai tiga round itu ambil juadah, hihihi.
    Sehat-sehat selalu ya uncle!

    BalasPadam
  9. Meriahnya majlis jamuan raya beserta perpisahan staf. Macam-macam makanan ada.

    BalasPadam
  10. Lama tak singgah blog cikgu Etuza..
    Wahh meriah ya ada sambutan raya dan majlis persaraan sekaligus. Sedap2 semua makanan

    BalasPadam
  11. mcm2 ada. patutlah abg kenyang sampai ke malam...hehehe

    BalasPadam
  12. Sekali sambut majlis raya & perpisahan .. paling best dapat berkumpul semua ...

    Dessert pun nampak aneka jenis tu

    BalasPadam
  13. meriahnyaaaa
    mcm2 juadah pening nk pilih😁

    BalasPadam
  14. Bagus macam ni...jimat masa dan tenaga kan

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah meriah sambutan majlis 2 dalam 1 nya. Beramah mesra sambil makan-makan sedap ni memang satu rezeki kan

    BalasPadam
  16. Alhamdulillah, meriahnya. Baru - baru ini kami pun buat acara 4 in 1, hari raya + birthday + reunion + tukar hadiah. ha ha ha

    BalasPadam
  17. Terima kasih komen anda saya hargai..

    BalasPadam
  18. Dari dessert sehinggalah ke lauk-pauk semuanya sedap belaka!

    BalasPadam
  19. Waaah baru melihat makanannya saja dah lapaaar saya bang 😄😄. Memang suka, aneka puding tuh pasti segar dimakan dingin 👍🤤

    BalasPadam
  20. Alhamdulilah rezeki Allah beri tiada habis habisnya

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.