Hari Raya Di Rumah Arwah AF & Acara Tukar Hadiah Adik Beradik.


Hari Raya Di Rumah Arwah Ayah Mak Pada 3.04.2026.

Kami adik beradik sepakat bersama datang beramai-ramai menjayakan Hari Raya terbuka adik lelaki Etuza yang diadakan di Rumah arwah Ayah Mak di Kampung. Adik yang jauh dari Sandakan, Sabah dan adik dari Daerah Sook yang agak jauh datang bersama-sama.Masa inilah masa Hari Raya dapat kesempatan bersama mereka, yakni adik-adik dan kakak Etuza. Kami terdiri dari 8 adik beradik, 2 lelaki dan 6 perempuan.

Seawal pagi Etuza datang menghantar air minuman dalam gelan besar, hantar piring, mangkus dan gelas palstik pakai buang. Hari Raya terbuka di rumah ini memang dijangka ramai datang kerana Rumah Arwah Ayah Mak ini di kampung dan kedudukannya depan jalan raya Kampung Penagatan Ulu.

Hasil perbincangan penyediaan juadah kami menempah katering yang kami percayai dapat supply menghantar juadah tersebut dan mencukupi, selain pakat-pakat membawa apa yang perlu dibawah bagi menampung sajian juadah hingga ke jam 5.00 petang pada Jumaat 3.04.2026.

Juadah Istemewa Dari Adik Beradik.

Sajian kami agak banyak dan memang khas untuk tetamu dan pemimpin YB yang biasa adik jemput dari kalangan pemimpin besar di Daerah Keningau. 

Family Etuza menyediakan Nasi Hainan Serai, Kuih Muih seperti kuih dinda, kuih lapis talam perasa keladi dan kuih kacang hitam. Etuza juga menyediakan air ros bandung dan air oren sun velly.Selebihnya air minuman mineral botol kecil dua pek. Adik Mian menerusi isterinya menyediakan Nasi Beriani dua tempat bekas, adik Elah dari Kampung Tudan Baru Keningau membawa, sup isi ketam, kolupis dan kuah kacang serta tauhu goreng. Kakak Etuza menempah ketering dan kuih muih, meyumbangkan sup kundur ayam, dan nasi putih. Selain itu menyediakan bubur macaroni. Adik Ime dari Sook, Keningau membawa puding jagung, bubur coktile berais, nasi himpit dan kuahnya, Mana kala adik Nap, Bella dan adik Leha membantu memasak. Memang banyak sajian yang disediakan pada Hari raya terbuka ini.

Selepas Jumaat dalam kiraan jam 1.00 petang hingga jam 6.00 majlis raya terbuka berlangsung. Berdatangan tetamu dekat dan jauh. Memang kesibukan yang amat sangat tetapi kami gembira kerana hari ini lah saat inilah kami 8 adik beradik bersemuka dan paling menarik pada akhir majlis ada acara bertukar hadiah yang akan berlangsung di ruang tamu dalam rumah ini. 

Kemeriahan hari raya terbuka bertambah seri lagi dengan kehadiran tetamu dari kelangan sahabat sekerja, kawan sekampung, rakan guru pelatih, saudara jauh dan dekat. Memang ramai yang datang, sama ada Etua kenal atau tidak semuanya hendak meraikan hari raya terbuka kami di kampung arwah mak dan ayah. Jika ayah dan mak masih hidup pasti mereka merasa gembira sekali, melihat majlis ini. Al Fatihah untuk arwah mak ayah Etuza.

Acara Tukar Hadiah Adik Beradik.

Cetusan idea ini bertukar hadiah, adalah dari adik Ime, dari Sook, Keningau. Masing - masing membeli hadiah dalam anggaran kos RM 30.00 kebawah. Acara bertukar hadiah,kami ketawa dan tergelak melihat hadiah-hadiah yang  di bawah kelihatan barangan dapur dan sebagainya. Adik Mian memberikan kami hadiah Sampul Kad Raya berisi duit raya RM50 tiap seorang. Alhamdulillah acara berlangsung dengan meriah dan kami bersalam salaman bermaafan antara satu sama lain. Gambar - gambar yang ada adalah kenangan kami 8 orang adik beradik yang memang jarang berlaku atas sebab kmetmen terhadap keluarga masing-masing serta pekerjaan sendiri di tempat yang jauh.Kenangan bertukar hadiah Etuza abadikan di blog untuk tatapan kami di masa akan datang.














Catat Ulasan

0 Ulasan