| Gambar ketika di Restoran orang Indonesia di Madinah, dekat Hotel Al Ansar, Madinah. |
Saat Di Masjid Nabawi Dan di Masjidil Haram, Mekah.
Dua tempat yang menjadi tumpuan para Jemaah Umrah dari pelusuk Dunia. Bersatu, bersama menyahut seruan ilahi dan mengerjakan hanya satu iaitu UMRAH atau HAJI.Tiada beza antara satu sama lain, sama berkopia, berbaju muslim muslimah. Mengerjakan solat lima waktu serentak bersama tanpa sesaat beza. Tiba waktu asar, sujud bersama, waktu maghrib juga sujud bersama, tiba waktu subuh bersedia bersama iktikaf bersama menunggu masa solat subuh dan solat zohor sujud bersama mengabdi diri, menghambakan diri kepada Allah yang satu.
Disapa Oleh Orang Yang Tidak Dikenali Dari Belakang.
Ketika ini solat Asar di tingkat 1 yang tidak pernah Etuza masuk semasa umrah 2019, kerana Etuza berhajat dan berniat tiap solat wajib mesti berada dalam Masjidil Haram atau depan Ka'abah. Nampaknya ada masa terlewat ke Masjid. Menyebabkan kita berjemaah bukan di dalam Masjidil Haram, tetapi berada di tingkat 1 atau tingkat 2 seolah berada di atas bumbung Masjidil Haram. Tetap selesa, berhawa dingin dan luas tempat solat di tingkat atas dan di tingkat atas sebenarnya ramai orang beribadah seperti melakukan tawaf dan sebagainya.
Tiba-tiba bahu di sentuh dan di urut urut lembut dari arah belakang, ketika Etuza menghala keluar dari tingkat 1. Ya Allah sangat nikmat diurut urut kerana badan memang sentiasa bergerak berjalan dan duduk iktikaf di Masjidil Haram dan kadang di depan Ka'abah. Tidak menoleh ke belakang teruskan langkah seperti langkah jemaah yang lain kerana solat Wajib sudah ditunaikan.
" Di sini tidak mengira tinggi atau rendah sama saja tiada beza, kita sama sahaja disisi Allah, melakukan solat di tempat atas ada juga pahala, perlu sekali sekala sekali atau dua kali berada di atas dan akan mengetahui semua tempat"
" Kamu hendak tawaf ke sekarang? "
" Kamu ikut jalan ini untuk turun ke bawah"
Ya Allah siapa orang ini, begitu lembut berbahasa dan berbudi bahasa, lalu menoleh ke belakang, ternyata sesorang yang berwajah bujur ada kumis atau misai sangat cantik, putih dan tinggi berpakaian jubah putih. Tidak pernah melihat orang atau individu jemaah Umrah juga orang Arab secantik dia yang berada di belakangku. Sayang sekali saya hanya melihat sekali sahaja dan semasa berada di tangga bergerak melihat lihat jika orang ini masih berada dibelakangku. Sudah tidak kelihatan kalibatnya. Baru sedar orang itu sudah tidak kelihatan. Ke mana dia? Kan sedang melangkah bersama menuju ke tangga bergerak.
Siapa orang itu?
Bahasa Melayunya sangat halus dan lembut sekali. Menjadikan aku rindu suara itu hingga kini. Ingin melihat lagi wajahnya tetapi sayang tidak akan berlaku lagi. Hingga kini tidak pernah lupa kejadian itu. Ya Allah terima kasih ya Allah, syukur kepadaMu memberi aku rasa tenang dan begitu gembira disapa sebegitu, namun aku tidak kenal dan tidak sempat berjebat salam dengan orang ini. Saat ini di Sabah, masih aku bertanya siapakah dia?.Hanya Allah yang mengetahuinya.
Cuba Beri Komen Anda.
Sebelum off saya nak bertanya kepada sesiapa sahaja teman blogger, cuba berikan komen apakah yang kamu nampak beza pada muka Etuza ini. Siapa peneka yang berjaya memberikan komen yang Etuza mahukan, InshaAllah bakal mendapat tasbih dari Mekah dan hadiah lain. Teka lah jika anda seorang blogger yang mengenali Etuza.
Maaf jika ada salah ejaan,akan diperbaiki nanti.
| Bertemu dengan Jemaah Umrah dari Indonesia katanya Nama Pak Hasan. Bersama-sama berada di satu kedai di Madinah. Ambil gambar kenangan.Selfie. |
| Berada di Dataran Masjid Nabawi. Memakai Jubah yang dihadiahkan oleh adik Bongsu pada tahun 2019, masih elok dipakai Umrah lagi 2026. |
| Menyapa seorang Bisnesman di Hotel Safwa, Ketika bersiaran ronda-ronda di bahagian market di Safwa. Oleh kerana dia tersenyum..kami bawa bergambar. Orang Arab ni bagus mesra saja. |

19 Ulasan
Cuba meneka: misai dah takde.
BalasPadamHaha..nampaknya Cie blogger yang nampak apa yang berlaku pada tampilan wajah saya. Betul saya cukur misai, dan saya cukur ada sebab..tapi tak berbaloi pula buka misai walaupun misai tak tebal misai orang Arab..lucu rasanya pun ada..
Padamsyukur cg etuza dh selamat sampai di msia...sbb skrg ni, ramai jugak yg stranded kat mekah/madinah sbb konflik iran-US-israel tu
BalasPadamAlhamdulillah, ramai teman ucap syukur dapat balik dengan selamat..kerana sekarang saling menyerang AS , Israil dan Iran..semoga Allah berikan jalan terbaik perdamaian..
Padamberibadah umrah sambil jalin ukhuwah kenalan baru alhamdulillah
BalasPadamUrah memang begini, ada saja saudara menyapa, dan orang Arab ramah tamah lagi ramai menyapa..
PadamYang nyata haji nampak 10 tahun lebih muda sejak pulang dari umrah!
BalasPadamSubahanallah, tak alah gitu wak..nampak bersih kerana Cie komen saya tak ada dah misai..
Padammasa Umrah tu saya bersihkan misai..tu yang berlagu beza dalam banyak gambar Ey=tuza dalam blog..
Rasanya ramai blogger perasan tu, tak ada misai, tapi malu2 nak drop komen..tak apa Cie dengan pantas telah memboloti hadiah..
BalasPadamApabila saya didiagnosis menghidap kanser tahap 4, saya berasa benar-benar putus asa. Doktor-doktor telah menyediakan saya untuk menghadapi kemungkinan terburuk, dan saya diliputi ketakutan dan ketidakpastian. Dalam masa yang sukar itu, saya telah menerima pelbagai testimoni daripada orang ramai, bagaimana mereka sembuh melalui perubatan Herba Dr Dawn, dan menghubunginya melalui WhatsApp beliau: ( +2349046229159 )
BalasPadamDia berjanji kepada saya bahawa saya akan sembuh semula dalam masa 1 bulan selepas saya menjelaskan semuanya kepadanya, saya memesan ubat herba tersebut dan mengikuti arahannya. Hari ini, saya amat bersyukur dengan keadaan saya sekarang. Segala puji bagi Tuhan kerana memberi saya kekuatan, bimbingan, dan penyembuhan. Saya bebas sepenuhnya dan ia telah disahkan secara perubatan. Malah seorang rakan sekerja saya juga telah sembuh melalui herba Dr DAWN.
Jika anda atau seseorang yang anda kenali sedang menghadapi penyakit yang serius, sila berunding dengan Dr Dawn. Dan jangan pernah berputus asa. Kerana dia pasti akan menyembuhkan anda
WhatsApp beliau: +2349046229159
Emel: dawnacuna314@gmail.com
Alhamdulillah bertemu dengan pelbagai orang semasa umrah. Nampak bersih je cikgu tanpa misai. Muka nampak lebih muda dan berseri-seri.
BalasPadamTerima kasih..memang raai pelbagai negara datang Umrah..hanya Malaysia dan Indonesia dan orang Arab..berkomunikasi..ada jg bangsa lain tapi speak Inggeris..mereka tak faham Bahasa Melayu. Tapi semua jemaah fokus beribadah..kurang komunikasi, lagipun menunggu solat kena diam menunggu solat jemaah..sibuk berzikir dan baca quran..
PadamSaya pun nak komen dah takde misai, nampaknya blogger cie dah teka dulu.
BalasPadamYg penting tetap nampak muda ye cikgu
Ya betul..ada sebab cukur misai, tapi tu lah tak berbaloi..
PadamMisai dah takde .. hehe ..semoga dipermudahkan segala urusan di sana
BalasPadamYa, alhamdulillah..terima kasih datang baca catatan ya..
PadamBanyak ketemu Orang2 baik selama di sana ya Abang. 👍☺️. Krn abangpun saya yakin baik, jadi dipertemukan dengan yg baik juga
BalasPadamAlhamdulillah..ada yang menegur kita pun hormat hargai..di mekah dan madinah..sama taraf ja..bila pakai ihram semua serba putih..satu warna..sama rata tiada beza..
BalasPadamye la...walau terlambat nak komen jugak...misai dah xde...SA nak tinggalkan komen di setiap entry tapi SA x boleh komen dari laptop sebab kotak komen hilang....ni SA guna hp...sedikit susah...
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.