Nuzul Quraan Tadarus & Bersama Berbuka Puasa Di Masjid Mahabbah Kampung.

Tadarus Quraan pada 17.03.2026 di Masjid Mahabbah Kg.Penagatan Laut.Keningau.

Majlis Nuzul Quran Di Masjid Mahabbah Kampung Penagatan Laut.

17.03.2026 adalah jatuhnya Nuzul Quran di mana masa 17 Ramadah diturunkan al quran kepada Nabi Muhammad SAW di Gua Hira yang secara langsung disampaikan oleh Malaikat Jbril atas kehendak Allah. Ayat pertama yang disampaikan ialah al-Quran pertama (Surah Al-'Alaq 1-5) kepada Nabi Muhammad ï·º melalui Malaikat Jibril di Gua Hira' pada malam Jumaat, 17 Ramadan (6 Ogos 610M).

AJK Masjid Mahabbah sepakat melaksanakan program Nuzul Quran dengan pengisian masa menunggu hinga berbuka ialah bertadarus membaca kalam Allah ( Al Quraan ). Jemaah lelaki dan jemaah wanita muslimah turut mengimarahkan masjid dan memenuhi ruangan dataran masjid menunggu masa berbuka setelah doa dibacakan. Alhamdulillah majlis berakhir dengan majlis berbuka puasa, solat Maghrib, Solat Isyak dan solat terawih bersama-sama.

Nuzul Al-Quran ialah peristiwa agung turunnya ayat al-Quran pertama (Surah Al-'Alaq 1-5) kepada Nabi Muhammad ï·º melalui Malaikat Jibril di Gua Hira' pada malam Jumaat, 17 Ramadan (6 Ogos 610M). Ia menandakan permulaan kenabian dan diturunkan secara berperingkat selama 23 tahun sebagai petunjuk bagi seluruh umat manusia.
Berikut adalah butiran penting mengenai Nuzul Al-Quran:
  • Tarikh & Tempat: Berlaku pada 17 Ramadan, ketika Baginda berumur 41 tahun di Gua Hira', Jabal Nur, Mekah.
  • Wahyu Pertama: Lima ayat terawal daripada Surah Al-'Alaq (
    ) yang bermula dengan perintah "Iqra'" (Bacalah).
  • Signifikan:
     Ia adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad ï·º yang membezakan antara hak dan batil
    .
  • Peristiwa ini mengingatkan umat Islam tentang kepentingan al-Quran sebagai pedoman hidup yang utama. Sumber  Ikhtisar AI Google search. Semoga bermanfaat.
Jemaah wanita Tadarus Quran bersama-sama dalam majlis ilmu ini.


Menunggu berbuka puasa selepas Majlis Tadarus Quran dan Qatam Quran di dataran Masjid.

Family Etuza yang turut bersama di Majlis Nuzul Quran.

Antara juadah moreh berbuka puasa ( Iftar ) yang dibawa oleh jemaah ke Masjid Mahabbah 
pada 17.03.2026 sempena Nuzul Quraan.

Nasi kuning

Sayur nangka

Sayur tumis pucuk ubi kayu

Sup labu kundur

Sayur campur ada sayur manis

Iftar, juadah berbuka. Ini Etuza ambil ready berbuka yang di ketuai oleh Ustaz Ardzy Hj Salimin.


Catat Ulasan

0 Ulasan