 |
| Gambar di hadapan, Mutawwif kami ustaz Khairuddin membawa kemi ke Cable Car di Taif. |
Gambar-gambar yang dimuatkan dan dikongsi ini adalah ketika kami berada di Taif, program ziarah termasuk pakej naik Cable Car. Mulanya Etuza tidak terfikir langsung akan ada peluang dan sempat untuk program seumpama ini. tetapi Umrah tahun 2026 rupanya banyak pakej yang telah diberikan kepada sesiapa sahaja yang datang Umrah tahun 2026. Jadi ingin sekali melihat persekitaran dan bagaimana Cable Car ini dioperasikan di Taif Arab Saudi.
Gayat Tapi Akhirnya Terpesona View Berada Dalam Cable Car. Subahanallah.
Dengan lafaz Bismillah kami sekeluarga dan satu lagi keluarga melangkah naik ke dalam Cable Car. Wow! habat juga naik Cable Car di Taif. Pemandangan ke bawah sangat cantik tanpa pepohon hijau tetapi melihat batuan melata besar kecil dan mencoraki alam sekitar seluasnya pemandangan kerana tidak ada pepohon melindungi. Berada di atas bagaikan berada di kayangan, membuatkan hati Etuza bergetar dan nampak begitu hebatnya kekuasan Allah, menyediakan samudera alam yang hebat seperti di Arab Saudi yang menjadi tumpuan manusia seluruh Dunia untuk jalani dan laksanakan Umrah Wajib.
Taif ( Al Hada Cable Car )
Cable Car di Taif ini beroperasi pada hujung tahun 2025, dan kini telah beroperasi sepenuhnya walaupun belum siap secara 100%.Cable Car di Taif ini merentas pergunungan curam, dan sedang membina projek baharu ke Gua Hira ( Makkah )yang akan siap juga pada akhir tahun 2025. Arh! lagi hebat apabila langsung ke Gua Hira. Rasa dalam hati hendak pergi lagi jika sudah beroperasi cable car ke Gua Hira ( Makkah ). Katanya infor yang jelas ialah ProjekHira bertujuan memudahkan ziarah ke Jabal al _ Nour dalam masa kurang 10 minit, mengurangkan masa pendakian yang biasanya mengambil masa 2 - 3 jam ke Gua Hira.
“مَنْ سَهَّلَ عَلَى مُؤْمِنٍ سَهَّلَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ”
Maksud: “Barangsiapa yang memudahkan urusan seorang mukmin, Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat.”
(Riwayat Muslim) Sumber Waktu Solat Malaysia.
Hendak lihat infor lain klik SINI. Menarik Cable Car di Taif, Arab Saudi.
- Taif Cable Car (Teleferic Al Hada):
- Lokasi: Terhubung dengan Ramada Hotel, kawasan pergunungan Al Hada, Thaif.
- Jarak: Kira-kira 4.2 hingga 4.5 km.
- Kapasiti & Harga: 6-8 orang per gondola, tiket sekitar 80-100 Riyal (SAR).
- Hira Cultural District Cable Car (Makkah):
- Lokasi: Jabal Al-Nour (Gua Hira), Makkah.
- Tujuan: Memudahkan warga emas dan jemaah kurang upaya mencapai tapak sejarah wahyu pertama.
- Status: Dijangka dibuka pada akhir 2025, sebagai sebahagian daripada pembangunan infrastruktur moden Saudi Vision 2030.
Kereta kabel di Taif menawarkan pemandangan tebing curam dan jalur berliku, menjadikannya tarikan pelancongan popular.
 |
| Hotel di kawasan Cable Car Al Hadadi Taif, persekitaran yang indah dan sejuk. |
 |
Abadikan kenangan gambar pegun di sekitar Cable Car Al Hada Taif..subahanallah pemandangan yang menakjubkan Allah hamparkan di sini. |
 |
| Ruang masuk dan menunggu naik Cable Car.. |
 |
| Menunggu giliran naik ke Cable Car. |
 |
| Ini dia cable car tersebut, ada banyak dengan warna kuning putih merah dan hitam. Hebatnya subahanallah. |
 |
| Ini family Hj Yakob dan keluarga lain naik Cable Car |
 |
| Family Etuza naik Cable Car.. |
 |
| View di bawa, sangat hebat pemandangan yang luar biasa . Allah hu akbar.. |
 |
| Masih dalam pembinaan, belum berapa siap.Tapi nampak mengkagumkan. |
 |
| Subahanallah.. |
Klik Vedio ini ya gais.( Sumber : Ustaz Khairuddin)
8 Ulasan
Masa saya pi tahun 2017 belum ada lagi. Ziarah ke taif pun rasanya rancak sekarang. Mudahan Allah rezekikan dapat naik cable car ke taif dan Gua Hira. Aamiin
BalasPadamwahhh menariknya pengalaman dapat naik cable car kat sana..moga2 ada rezeki saya nak ke sini jugak nanti insya Allah
BalasPadamcikgu perasan tak ada monyet besar macam jenis baboon celah celah batu masa menuruni bukit tu?
BalasPadamsonoknya naik cable cat di Taif nikmati keindahannya
BalasPadamBaru tahu ada cable car di Taif dan senang dibina utk ke Gua Hira'. Pastinya pengalaman yang menarik utk Cikgu sekeluarga ye, berpeluang naik cable car di Taif ni
BalasPadamMasa uncle pegi dulu belum ada lagi ni....
BalasPadamRezeki dapat naik cable car kat sana tu.
BalasPadamAlhamdulillah rezeki uncle sekeluarga dapat naik cable car di Thaif. Banyak pembangunan dibuat di pelbagai kawasan bagi memudahkan ibadah dan ziarah kan.
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.