Hari Raya ( Hari Kejayaan ) Meriah Dan Ceria Bila Laman Bersih.

Bersihkan meja di laman, lap habuk dan kemaskan bunga sekeliling. Hari Rayakan 
kian dekat menjelang.

Bersihkan Halaman Rumah Di Laman Etuza.

Anda bagaimana hujung minggu ini? Pertanyaan yang mudah saja jawab, ya pastilah membuat kerja rutin bersihkan dalam rumah mahupun halaman rumah atau santai rehat di rumah hujung minggu ini. Terserah lah anda buat apa kan yang penting hujung minggu kita ceria dan tidak membuang masa dengan oerkara yang tidak berfaedah.

7.03.2026 awal pagi hari Sabtu Etuza meninjau kawasan halaman rumah. Agak comot dengan keadaan pasuan bayak rumpuit dan ada daun-daun kering serta lantai ruang halaman agak kotor dengan najis ayam kampung pada beberapa tempat. Kerusi meja agak berhabuk. Terasa hati tidak gembira melihat keadaan itu. 

Alhamdulillah oleh kerana berpuasa dan banyak masa untuk bersihkan semua dan kemas kan keadaan meja kerusi dan sebagainya.Kemarin dari awal pagi rasa lapar dan dahaga tidak terasa keran seronok dalam keadaan ikhlas melakukan kerja-kerja pembersihan. Banyak nya nak buat itu dan ini, Etuza tenag lakukan semua tanpa merungut dan mengadu. Biarlah semua kerja pembersihan ini Etuza lakukan dengan gigih.

Sesekali Etuza ambil masa rehat bila rasa agak lenguh pinggang kerana banyak bergerak dan angkat pasu-pasuan ke posisi lain.Duduk hadap laptop dan membaca beberapa catatan blog kawan-kawan.Selain membaca paparan tentang Nuzul Quran dan mendengar lagu ketuhanan di laman. Kadang kal cucu datang bermanja dengan Etuza.

Alhamdulillah, setelah jam 11.30 Etuza berehat kerana nak tunggu Solat Zohor. Menjnjau semua tempat yand dah dibersihkan Etuza rasa lega dan alhamdulillah, syukur kepada Allah memebrikan Etuza tenagabersihkan bahagian hadapan laman di depan Rumah. Cuma bila ingat anak-anak ayam dan ibu ayam yang buang najis merata di lanyai laman,rasa tak seronok kerana terpaksa bersihkan semula.  Antara sudut ruang yang dibersihkan ialah:-

1.Kerusi dan meja pada 4 sudut.
2. Bersihkan rumput pada beberapa pasuan.
3. Sembur air lantai ruangan laman kerana ada kesan najis ayam kampung peliharaan Etuza.
4. Menyapu sampah dan sampah yang banyak ialah daun-daun bunga kertas yang gugur.
5. Menyusun pasuan bunga diruang kaki lima tempat berehat.
6, Bahagian singki dan paip air.
7. Meja hidangan atau meja tempat membaca di laman rumah.
8. Bersihkan kerusi panjang dan letak di sudut sesuai.
9. Bersihkan tong sampah letak di kali lima agar mudah buang sampah.
10. Menyusun bunga-bunga dalam pasuan tepi belakang stor di luar.
11. Menyiram bunga setelah membuang dedaun kering.


Kerusi panjang ini dari bahan besi dan cepat berkarat jika terdedah udara. Cat putih itu
tahun lalu dan menampakkan karat masih nampak. Lap kan habuk dan letak ke 
lokasi di laman tempat sesuai dan teduh.

Kerusi diperbuat dari rotan saga ini sejak 2010,masih boleh guna ..di varnis semula..tetapi ada yang belum divarnis sepenuhnya. Kerusi di laman ..
Sambil dengar lagu ketuhanan, di meja ini..boleh membaca catatan blog kawan-kawan blogger..
Bersihkan sekeliling Pondok Rehat di laman Etuza, raya semakin dekat..

Bersihkan singki di laman, ceria bila bersih cuci tangan lepas buat kerja dilaman.
Meja ini juga harus dibersihkan selalu, ramai tetamu suka duduk berbual di tempat santai ini.
Semua nak ready masa raya baru ceria dan gembira.

Sudut hiasan bunga hidup..main letak mana bunga ..pasti daun cantik selepad disiram dan di baja.
Paparan blog ni siapa punya ya? teka..sebab Etuza suka tengk gamabr travel blogger ni
merangkum seluruh Dunia..huuuu hebatnya ..
17.03.2026..jatuhnya Nuzul Quran, sambil membersikan laman, dan bila rehat baca infor tentang 
Nuzul Quran..Alhamdulillah ..jam 11.30 pagi selesai kemaskan bersihkan laman depan dan tepi rumah.

Kasut cucu..lepas guna di laman susun elok-elok baru tahan lama kan.

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Busy buat kuih raya je hujung minggu.

    BalasPadam
  2. Banyak kerja berjaya dibereskan tu Cikgu, mantap 👍🏻

    BalasPadam
  3. wah sambil mengemas laman menaip juga terbaik cikgu

    BalasPadam
  4. wahhh dh start mengemas utk raya yer...nice!

    BalasPadam
  5. Dah terasa kemeriahan raya.

    BalasPadam
  6. wah dah siapkemas laman. saya datang beraya boleh cikgu?hehe macam lah dekat .

    Cikgu ada buat baja kompos?kalau ada share la dengan kami

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah
    Nampak menarik laman rumah

    BalasPadam
  8. 11 aktiviti dibuat semasa Ramadan. Kuat semangat cikgu💪💪💪Minta sikit semangatnya tu untuk saya bertahan hidup😅

    BalasPadam
  9. Nak dekat penghujung ramadan .. raya pula menjelang ..memang masing-masing busy sikit kan .. kemas rumah sikit-sikit .. ada yg dah mula buat kuih raya .. ganti langsir..kemas rumah sikit-sikit

    BalasPadam
  10. Nak dekat penghujung ramadan .. raya pula menjelang ..memang masing-masing busy sikit kan .. kemas rumah sikit-sikit .. ada yg dah mula buat kuih raya .. ganti langsir..kemas rumah sikit-sikit

    BalasPadam
  11. Dulu saat masih tinggal dengan mama papa, mama paling semangat bersihkan seluruh sudut rumah. Sampai loteng pun dibersihkan 😂.kami sampai buat jokes, 'mom, apa tamunya mau diajak bertamu di loteng?'

    Tapi kalau saya sekarang ini, dahlaah, setakat yg kliatan mata saja 🤣🤣. Asisten saya nantinya dah mulai bersih2 rumah, sebelum dia cuti lebaran. Jadi jujur saya terbantu sangat dengan rajinnya dia kerja di rumah saya

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.