Debaran, Kerana " Adakah Kali Kedua Aku Lebih Bersedia"
Seminggu sebelum flight menunju ke Arab Saudi, hati mulai rasa tidak sabar hendak terbang menaiki kapal terbang. Tetapi ada debaran kian memuncak " Apakah aku benar-benar telah bersedia mengharugi berbagai ujian kala berada di Mekah dan Madinah nanti" Dalam usia aku kini, mampukah lagi menjalani cara beribadah, bergerak dan langkah pantas dan penuh penyerahan kepadaNya, sehingga ada derai air mata ketika baru mula melihat Bumi Arab Saudi yang penuh dengan batu batuan melata yang kelihatan gersang dan tandus. Melihat makam Nabi SAW, mampukan mengorbankan tidur di tengah malam untuk ke Raudah dan sekali lagi ada derai air mata yang tak terbendung. Ya Allah aku hela nafas dan berkata " Esok segalanya akan bermula, hati ini sudah kah bersedia dan bersedia apa saja kemungkinan apabila berada di Bumi Nabi SAW".
Ketika berada di pintu gate C3, kami berbaris dan kami ramai berbeg sandang biru dan ada nama Andalusia. Seoranag wanita yang saya bulatkan bercakap Inggeris dengan anak. Bertanya kemi semua hendak ke mana, mungkin dia keliru dalam ramai berbaris dia dan suami dia yang tidak sama pakaian dan mungkin dia bertanya mungkin kah dia tersalah infor hingga berbaris bersama kami. Tetapi sebenarnya tidak pintu gate C1 C2 atau C1,C. Saya pula bertanya kepadanya ke mana dia hendak pergi " I'm going home" katannya dia mahu pulang tetapi tidak dia nyatakan negara apa.
Hanya 4 Jemaah Umrah Dari Sabah.
Petanyaan dalam hati akhirnya terjawab apabila mendapati dalam 48 jemaah hanya kami 4 orang dari Sabah. Berfikir lagi kepada siapa teman hendak pergi masjid, dengan siapa berbual dan kepada siapa bergurau senda di halaman Allah. Aku sedikit rasa risau andai kehadiran kami orang Sabah dibezakan dengan 44 jemaah dai Semenanjung Malaysia. Ya Allah permudahkan urusan kami dan berilah kami kekuatan untuk meneruskan Ibadah Umrah yang suci ini. 2019 Umrah pertama aku sebilik dengan 4 orang jemaah Umrah semuanya dari Sabah. Berkomunikasi bahasa Kadazan Dusun, ke mana bersama, makan bersama, indahnya di kenang.Dan aku masa itu seolah menjadi ketua dan bertanggungjawab memastikan keselamatan mereka, kerana ada pesan dari keluarga mereka agar Tolong Tengokkan Ayah Saya katanya. Pesan itu sangat aku simpan kerana memang ayah dia dah berumur ketika Umrah 2019.
9 Jam 10 Minit Dari KLIA Ke Jeddah.
Keesokan harinya awal pagi kami tiba di Madinah setelah 9 jam 10 minit dalam kapal terbang Malaysia Airline.Kami di beri makan dan minum dua kali dan solat Subuh cara duduk di dalam kapal terbang. Oleh kerana diberi makan dua kali, dan makanan pun sedap sehingga semua kami menghabiskannya tanpa sisa, maka kejadian berbaris ke tandas berlaku, kena ambil jalan berbaris jika tidak bahaya kerana bagaimana nanti jika terlepas kan. Kena masuk baris awal-awal agar boleh lagi menahan. Etuza paling gembira kerana ada doa semasa mula penerbangan dan ada zikir Labaikallah berulang kali. Dalam kapal terbang ada dua group Jemaah Umrah iaitu Group 7 ( kami ) dan Group 8 jemaah Umrah lain.
Bergelap Dalam Kapat Terbang.
Tidak lama kemudian lampu dalam kapal di padamkan, saya memakai selimut lembut yang diberikan.Rasa sejuk dalam kapal kerana penghawa dingin ditekan kuat agar boleh menampung pengudaraan dalam skala ramai orang dalam kapal. Rasa selesa dan ternyata saya dapat tidur dengan lena sambil memegang tasbi dan berzikir. Amalan ini juga saya amalkan semasa dalam kapal terbang flight Umrah 2019 enam tahun yang lalu.Sepi dalam kapal, sunyi tanpa ada suara, kadang kala ada suara tangisan kanak-kanak dan ada sahutan batuk kecil dari kejauhan. Dalam hati berdoa " Ya Allah selamatkan kami sampai ke Bumi Madinah"
" Mampukah aku lakukan Umrah Mabrul dalam usia ku kini, Berilah kekuatan Ya Allah, bolehkah aku hadapai cabaran Umrah ini tahun 2026"
Mendarat Di Jeddah
Tiba-tiba Etuza terbangun dari tidur lena, apabila kedengaran pengumuman akan mendarat di Lapangan Terbang Jeddah, pastikan duduk dan pasangkan tali keledar dan penggunaan tandas kini adalah dilarang. Dah sampai, Alhamdulillah " Syukur kepadaMu ya Allah" Dia lah yakni Allah yang menyelamatkan kami semua sampai di Jeddah dan akan naik bas ke Kota Madinah. Oleh kerana kami dahulu menuju ke Madinah, maka tidak sesibuk seperti memakai kain Ihram dan sudah mulai mengikuti pantang larang semasa Ihram. Sebab itu agak selesa dan merasa gembira sekali apabila tiba di Jeddah dan ke Madinah awal pagi hari itu 15.02.2026.
Sebelum ke Madinah saya ambil kesempatan meninjau dengan cara melihat lapangan terbang Jeddah, stuktur agak lain dan cantik sekali. Di hadapan ada kata-kata aluan dalam Bahasa Inggeris " Welcome To Madinah". Subahanallah. Di pintu pemeriksaan kena ambil gambar, kena buka kopiah dan ada guna cop jari, jika tiada halangan cepat saja kesan, tetapi berlaku pada Etuza kamera entah tak berapa mengecam muka Etuza lalu gunakan cop cari di letakkan pada mesin pengimbas baru pintu gate terbuka.Ya Allah lega rasanya. Alhamdulillah.
| Ambil gambar kenangan, kami di hantar ke KKIA oleh Ikmal dan Isterinya Fija. 03.02.2026 |
| Klia to Jeddah |
| Kami 4 orang Jemaah Umrah Dari Sabah ikut Agen Umrah Travel Andalusia. |
| Mulai masuk kapal terbang ke Jeddah. |
| Selfie dari kamera phone Ipar |
| Mereka adik beradik Umrah 4.02.2026 - 15.02.2026 |
| Set makanan dalam kapal terbang Malaysia Airline. Memang Sedap. |
| Mulai tertidur semua Jemaah Umrah dalam Kapal terbang Malaysia Airline 4.02.2026 |
| Ini set sarapan pagi kami ketika sampai di Jeddah pada jam 7.00 pagi Arab Saudi. Bersamaan 15.02.2026 |

0 Ulasan
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.