 |
| Homestay Di Resort Karambunai no 133 pada 01.05.2026 di Kota Kinabalu, Sabah. |
 |
| Tertarik bunga ditanam palammpot yang mewah.. |
Percutian Indah Terbaik Di Resort Karambunai, Kota Kinabalu, Sabah.
01.05.2026 bersamaan hari Jumaat, kami datang di sini pada petang 31.04.2026 bersama dengan tiga orang anak dan dua cucu. Anak yang kebetulan balik dari Kota Baharu, Kelantan dan anak-anak yang ada di Tuaran turut bersama bercuti di Resort Karambunai, Kota Kinabalu bersempena juga CUTI UMUM HARI PEKERJA sesi tahun 2026.
Kali kedua kali kami datang di Resort Indah ini, tetapi kami memilih kali ini menyewa Homestay yang memounyai 3 bilik dan ruang tamu yang sangat selesa. Kepada sesiapa yang hendak cek pakej bayaran Homestay di Resort Karambunai, boleh lah klik SINI.Semoga dapat membantu anda.Dalam Homestay ini ada ruang dapur memasak yang boleh lah dikategorikan dapur mewah kerana serba serbi ada.Termasuk mesin air tapisan. Boleh lah jimat membeli air dan terus langsung air dimasak buat bancu kopi panas, minum santai di luar Homestay ini. Santai-santai di Hari Pekerja Jumaat 2026.
Dapur Mewah Di Homestay Di Resort Karambunai.
Oleh kerana agak jauh tempat makan di Karambunai Resort dan boleh memilih untuk berjimat maka suri hati dan anak-anak memasak sahaj di dapur mewah dengan menggunakan menu yang sederhana. Mereka bersama menyediakan sajian sarapan pagi dan makanan berat dengan asas utama makan nasi goreng dan juadah yang lain. Kami makan bersama dan pastinya ada rasa BAHAGIA dalam jiwa anak cucu hari ini, hari Jumaat penghulu segala hari.
Selesai sarapan pagi, kami berjalan ke pantai melihat saujana lautan nan biru. Cahaya kian naik memancarkan cahaya yang lebih terang. Suasana menandakan jam ke jam 9.00 pagi. Terasa tekak haus kerana cuaca kian panas. Kami kembali ke Homestay dan memilih untuk berehat sahaja dalam homestay. Ya Allah kami panjatkan kesyukuran kepadaMu atas kesempatan mencipta kebahagiaan di Resort Karambunai Kota Kinabalu, Sabah Hari ini.Semoga anak-anak cucu juga bahagia dan akan kami lalui lagi hari yang indah percutian akan datang mungkin di Kundasang Ranau, Sabah. InshaAllah. Orang lain teman blogger lain mungkin membuat percutian di luar negara. Tetapi lebih baik dan mudah urusan andai bercuti di dalam Negara Malaysia atau dalam Negeri Sabah.
Salam kasih sayang, sebelum hendak off laptop ini, Etuza hendak ucapkan terima kasih atas keputusan TEKA BERAT di blog Cie. Alhamdulillah saya tidak menyangka akan menang dengan tekaan yang hampir pada peraduan Teka Berat di Blog terkenal Roziah Muhammad Nor ( CIE)
 |
Abadikan Banner keputusan peraduan Teka Berat Buah Belimbing Buluh anjuran blogger Cie |
 |
| Kolam tepi Homestay di Karambunai Resort Kota Kinabalu, Sabah. Cucu puas mandi dengan anak-anak..alhamdulillah.. |
 |
| Tempat duduk di luar bahagian belakang Homestay, boleh BBQ di area ini. |
 |
| Tempat BBQ atau memanggang.. |
 |
| Struktur bentuk Homestay di Karambunai Resort. |
 |
| Deretan Homstay, hari Jumaat 01.05.2026. Penuh dengan tetamu yang datang ke Resort Karambunai. |
 |
| Kawasan pemandangan tepi pantai.Laut samudera membiru..berderu ombak ke pantai |
 |
| Subahanallah pantai sangat indah pada awal pagi.. |
 |
| Mentari jam 6.30 pagi kian menyinari lama di Karambunai.. |
 |
| Tengok..unik bangunan di Resort Karambunai..cantik dan tenang saja. |
 |
| Ruangan dapur masak mewah di Homestay Resort Karambunai KK, Sabah. |
 |
| Bermanja dengan cucu.. |
 |
Inilah juadah sarapan pagi hari Jumaat.Masak di dapur mewah Homestay Karambunai. Jimat dan makanan sederhana sahaja. |
 |
| Inilah makanan sarapan, tetapi ada nasi..so lengkap melebihi makan sarapan..alhamdulillah. |
0 Ulasan
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.