| Serlahan Bunga Kertas Butercup. |
Laman Etuza :
| Inilah kembangan Bunga Kertas ID baru di Laman Etuza. Butercup.Memiliki lingkaran putih lipstik di sekeliling kelopak bunga-bunga2annya.Cuba perhatikan.. |
Bunga Kertas Baru ID Butercup, Cantik Lipstik Putih Di Kelopak Kuntuman Bunga Butercup.
Alhamdulillah, bersiaran lagi, setelah beradu merehatkan tubuh badan yang bekerja seharian di kebun atau di laman sendiri. Menemukan bunga kertas bari ini, di Laman Andrina Ans Garden di Kampung Liau Darat. Saya dan suri hati terpesona dengan keindahan bunga ini, berdaun hijau tetapi kelopak bunga-bunganya ternyata sangat hebat dengan keadaan memiliki lipstik putih pada kelopak bunga-bunganya. Warna bunga pink pekat menjadikan serlahan bunga kertas ini membuat kita teruja dan merasa senang hati untuk memilikinya.
3 Cup RM50.00 Bibit Bunga Kertas Butercup Di Laman Andriana Ans.
Bertanya kepada Andriana Ans, bagaimana memiliki bunga baru ini, bagi Etuza merasa bunga ini baru dijumpai setelah opergi melawat Garden Bunga Kertas milik {uanAndrian Ans. Katanya boleh dapat 3 cup dengan harga berbaloi RM50.00. Lalu tawaran harga otu Etuza sambut dengan senang hati.Sahlah kini laman Etuza ada bunga kertas baru ID BUTERCUP. Bertambah koleksi lagi bunga kertas di Laman Etuza.Semoga ID Butercup cepat membesar, mengeluarkan bunga dan menyerikan halaman teratak Etuza di Jalan Kebun Mapua.
| Inilah gambar bunga kertas Butercup, ada salutan listik putih pada setiap kelopak bunga2annya. |
| Gembira tengok kembangan bunga kertas Butercup, lalu membeli dengan harga RM50 untuk 3 cup kecil. |
| Gambar kami di Garden Andrina Ans 2026. |
| Keindahan bunga kertas pelbagai corak di Andriana Ans Garden. Gambar 2026 |
| Melihat keindahan kebun bunga kertas, terasa hati bergetar..HEBATNYA Allah ciptakan keindahan ini, memberikan kita rasa gembira melihatnya. |
Musim Panas Menjadikan Bunga Kertas Kembang Dan Menyerikan Laman.
Sangat indah bunga kertas apabila kembang dan gebu di musim panas di Keningau Sabah.Semua bunga kertas dalam pasu-pasuan kini mengeluarkan bunganya. Ada yang kembang membulat dan ada yang baru berputik bunga-bungaannya setelah di baja subur, di letak baja bunga no 53 digembur tanah dalam pasu dan di letakkan tambahan tanah organik dan kokopit kelapa.Tujuan menggembur tanah agar tanah organikdan serbuk kokopit cepat sebati dengan tanah dan memberikan rongga uadara dalam tanah di pasu-pasuan.Selain pengakaran yang selesa pada batang bunga kertas di pasu.Kepada yang ada menanam bunga kertas, lihat kembangan bunga kertas anda di musim panas sekarang ini. Pasti ada rasa kelainan apabila bunga kertas giat berbunga di musim panas.
| ID Brezza ( Bunga Kertas) Di Laman Etuza Garden. |
Bunga kertas Butercup di Laman Etuza kini mengeluarkan bunga, InshaAllah akan mempamerkan di blog ini nanti. Kepada anda yang gemar menanam bunga kertas. Siramilah, bajai dengan cara teratur dan lihat hasilnya pasti menyerlakan bunga-bunganya seolah memberikan aura rasa gembira dan keyakinan serta motivasi kepada kita. Inilah hikmah menanam bunga di laman.

0 Ulasan
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.