| SCR Program dari Jabatan Tenaga Kerja, Sabah di Masjid Mahabbah Penagatan Keningau. |
Puasa 6 Syawal Cabaran Menjalani Ibadah Ini.
Tahun 2026 puasa 6 hari di Bulan Syawal, kali ini agak mencabar apabila berturutan tiap hari hingga selesai 6 hari berpuasa di Bulan Syawal. Agak berlainan ibadah puasa ini pada puasa di Bulan Ramadan.
Menjalani ibadah ini, kita laksanakan seorang diri dalam keluarga mahupun dalam organisasi jabatan. Makan sahur seorang diri dan menjalani puasa sepanjang hari juga keseorangan. Berbuka puasa juga keseorangan. Tetapi rasa sangat bahagia dan gembira tetap terasa apabila selesai puasa 6 Syawal. Alhamdulillah dan syukur ke hadratNya. Dia lah yakni Allah yang memberi kekuatan untuk kita laksanakan ibadah puasa 6 Syawal tahun 2026.
"Tidak Apa Saya Puasa Hari Ini".
Ada hati dan niat hanya mendiamkan diri, tidak perlupun khabarkan kita sedang lakukan ibadah puasa ini. Tetapi apabila melibatkan acara makan atau jamuan makan dan minum, diri terlihat tidak datang mengambil juadah maka kita akur untuk memberitahu " Tak apa, saya puasa hari ini" Bukan perkara memalukan tetapi agak rasa segan memaklumkan. Diharap semua teman yang mengetahui bahawa ibadah puasa 6 Syawal ini mempunyai fadilat tersendiri, mereka akan diam dan berharap mereka juga akan lakukan ibadah ini dalam masa yang sesuai dan tidak sibuk dalam pekerjaan.
Berbagai Cabaran Dan Rintangan Teruji
Kali ini sebaik menunaikan puasa 6 Syawal, keluarga Etuza mengadakan hari raya terbuka minggu lalu dan dalam keadaan sedang jalani ibadah puasa 6 Syawal. Program SCR dari Jabatan Tenaga Kerja Sabah yang berpusat di Masjid Mahabbah Kampung Penagatan juga Etuza dalam ibadah puasa. Dan terakhir adalam kami sekolah yang menjadi tuan rumah Sukan Soft Ball Daerah Keningau juga dalam keadaan jalani ibadan berpuasa 6 Syawal. Terima kasih kepada yang memahami dan menegrti. Sebenarnya teman yang lain hanya menunggu hari yang sesuai untuk laksanakan Ibadah Puasa 6 Syawal ini.
Alhamdulillah hari ini 9.04.2026 puasa 6 Syawal Etuza telah selesai dengan sempurnanya secara berturutan. Mencabar dan banyak rintangan teruji dan berbagai pengalaman memang jelas dalam melakukan ibadah 6 Syawal yakni berpuasa 6 hari di Bulan Syawal.
| Hadir di majlis rasmi SCR Jabatan Tenaga Kerja Sabah. |
| Gambar bersama PK 1 dan PK HEM |
| Memasang Banner Pertandingan Sukan Soft Ball Peringkat Daerah Keningau pada 8 dan 9.04 2026 di Padang Kampung Penagatan Ulu, Keningau, Sabah. |

14 Ulasan
Mohon maaf , jika ada ejaan salanh, akan dibaiki ..kejar masa..
BalasPadamAlhamdulillah dah selesai. tu la cabaran menunaikan puasa 6 ketika orang lain tak berpuasa & segala aktiviti yang perlu dibuat.
BalasPadamMemang puasa Sunnah itu malah lebih sulit ya Uncle.
BalasPadamSebab, takde yang tau kita sedang berpuasa. Dan urusan puasa itu vertikal saja, antara kita dengan Allah.
Moga dimudahkan puasanya ya Uncle
Memang agak mencabar bila seorang sahaja yang berpuasa.
BalasPadambetul kata orang, berpuasa di luar bulan Ramadan lebih mencabar
BalasPadambetul tu, kat tempat keje ada majlis raya kita tak leh join...
BalasPadamSaya pernah sampai ke Keningau dan melawat ke Maktab Perguruan Keningau semasa bapa saudara bekerja di sana.
BalasPadamassalamualaikum cikgu. moga sentiasa sihat.. tahniah dah menghabiskan puasa enam syawal.. moga
BalasPadamalhamdulillah. barakallah fiik. salam 21 syawal utk cg etuza
BalasPadamCabaran dengan musim panas sekarang pun buat kering tekaknyaaa.
BalasPadamAlhamdulillah selesai sudah puasanya.
BalasPadamAlhamdulillah. Saya pun dah selesai berpuasa 6 hari di bulan Syawal pd Ahad lps. Memang byk cabaran puasa 6 ini. mujurlah isteri n saya berpuasa bersama n sambut raya berdua jugak!
BalasPadamSemoga dipermudahkan urusan menunaikan ibadat sunat.
BalasPadamAlhamdulillah rezeki telah berjaya menyelesaikan puasa 6. Memang mencabar bila berpuasa di kala luar bulan Ramadan
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.