| 8.01. 2026 Majlis Doa Selamat dan Tahlil di Rumah Etuza. |
Tahnik Anak Baru Lahir.
Amalan memberikan dan menyempurnakan Tahnik kepada anak yang baru lahir adalah Sunnah Nabi muhammad SAW.
Perlakuan ini ialah menyuapkan sedikit buah tamar atau kurma yang dilembutkan dengan air bersih menggunakan tangan atau kunyah dengan mulut yang bersih dan letakkan kelelangit bayi yang baru lahir untuk mengambil berkat , menguatkan mulut bayi dan mendoakan bayi agar menjadi anak yang soleh.
Adab melakukannya mesti selepas bayi dibersihkan atau di mandikan untuk bersedia di Tahnikkan sambil jemaah membaca ayat-ayat suci Al Quran. Boleh dibuat oleh ibubapa atau jemput orang soleh yang sebaiknya dalam 7 hari kelahiran bayi. Boleh menggunakan manisan madu atau juga kurma yang dilembutkan dengan air bersih lalu disuap ke lelangit bayi.
Cucu Etuza nampaknya kami agak terlepas pandang apabila cucu kedua sudah 2 bulan baru teringat hendak tahnikkan dia, atas permintaan anak Etuza jemput Ustaz Ardzy Haji Salimin melakukan tahnik dan membacakan ayat-ayat suci alquran dan mendoakan baby cucu kami. Alhamdulillah telah dilangsungkan pada jam 2.00 petang bersama jemaah lain.
Ustaz Ardzy meneruskan dengan bacaan tahlil kepada arwah dan doa selamat dibacakan oleh Ustaz Ilham Bin Jaidin.Disaksikan oleh jemaah lain termasuk anak-anak Etuza yang ada bersama Etuza pada 8.01.2026.
Juadah Kenduri Doa Selamat & Tahlil Arwah.
👉Ayam masak kari.
👉Ayam masak kunyit
👉Telur masak merah
👉Acar timun
👉Sayur campur
👉Ulam dan sambal lada dan tomato.
👉Buah Oren pencuci mulut
👉Kuih / Kek Pisang
👉Air minuman oren sunvelly
👉Air minuman kopi
Tetamu yang hadir adalah saudara jiran sekampung, saudara dari Kampung Menawo dan saudara dari Taman Jutaya, Kampung Baginda dari Kampung Penagatan Laut. Terima kasih kerana datang menyantuni kenduri kami hari ini 8.01.2026. Juadah dari kami ala kadar sahaja dan memang sedap dimakan ketika baru dimasak dari kuali.Alhamdulillah.
| Menggunakan jaris manis yang sebelumnya dibersihkan ke lelangit bayi~Uztaz Ardzy Hj Salimin. |
| Terima kasih kepada Usztaz Ardzy Hi Salimin menyempurnakan Tahnik cucu kami. |
| Turut Bersama Tahniq baby ialah Ustaz Ilham Bin Jaidin. |

26 Ulasan
Alhamdulillah .moga majlis semua dipermudahkan
BalasPadamAlhamdulillah, syukur kepadaNya..terima kasih ya
Padamalhamdulillah, dh setel kan majlisnya tu. lancar semuanya :) mknn pun sedap2 tu
BalasPadamYa niat Allah kabulkan untuk rencana kenduri..ala kadar saja..
Padamalhamdulillah selesai. semoga menjadi anak yang soleh/solehah.
BalasPadamAamin, terima kasih doanya ya..
Padamsemoga menjadi anak yang soleh
BalasPadamAamiin terima kasih doa untuk cucu..
Padamcomel dan putih melepak cucu cikgu
BalasPadamAlahmdulillah..terima kasih ya..datang ke blog ni.
PadamWah, jadi dapat ilmu baru yang bermanfaat. Terima kasih ya ustaz.
BalasPadamAlamdulillah, sama2..ringkas ja catatan say tu dek..
Padamalhamdulillah..moga membesar dengan baik dan menjadi insan yang bertaqwa.
BalasPadamAamiin, terima kasih doanya ya..
PadamALHAMDULILLAH TAHNIAH CIKGU MERIAH MAJLIS TAHNIK CUCU MOGA CUCU TIASA AFIAT SJAHTERA
BalasPadamAlhamdulillah, aamiin, terima kasih doanya ya Kak PI.
Padamkena mndikan guna kurma ka etuza? maafla sha bru dgr pla part mandikan tu, smoga dipermudahkan urusan ya
BalasPadamMaaf =, baru baca betul2 rupanya mening dah lain ayat saya tu.Dah baiki ayat ya.Terima kasih teguran yang baik..alhamdulillah..
PadamAlhamdulillah... Syukur dapat jua ditahnikkan... Semoga menjadi org yg hebat besar nanti amin
BalasPadamTerima kasih doa nya ya Ustaz..
Padamtak.apa kalau terlepasmpandang. yg penting kita buat ikut sunnah...
BalasPadamAlhamdulillah..
PadamSemoga segala urusan dipermudahkan.
BalasPadamTerima kasih ya..
PadamSaya baru tahu ada tradisi ini. Krn di sini tak pernah ada mengoleskan kurma atau madu ke langit2 mulut bayi. Biasanya hanya aqiqah saja, tapi tak ada tradisi tahnik ini. Pengetahuan baru utk saya
BalasPadamBetul! Tahnik anak baru lahir memang sunnah dalam Islam. 🌸 Alhamdulillah
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.