Tahnik Anak Baru Lahir Sunnah Nabi Muhammad SAW.

8.01. 2026 Majlis Doa Selamat dan Tahlil di Rumah Etuza.

Tahnik Anak Baru Lahir.

Amalan memberikan dan menyempurnakan Tahnik kepada anak yang baru lahir adalah Sunnah Nabi muhammad SAW.

Perlakuan ini ialah menyuapkan sedikit buah tamar atau kurma yang dilembutkan dengan air bersih  menggunakan tangan atau kunyah dengan mulut yang bersih dan letakkan kelelangit bayi yang baru lahir untuk mengambil berkat , menguatkan mulut bayi dan mendoakan bayi agar menjadi anak yang soleh. 

Adab melakukannya mesti selepas bayi dibersihkan atau di mandikan dengan gunakan kurma atau manisan lain. Boleh dibuat oleh ibubapa atau jemput orang soleh yang sebaiknya dalam 7 hari kelahiran bayi. Cucu Etuza nampaknya kami agak terlepas pandang apabila cucu kedua sudah 2 bulan baru teringat hendak tahnikkan dia, atas permintaan anak Etuza jemput Ustaz Ardzy Haji Salimin melakukan tahnik dan membacakan ayat-ayat suci alquran dan mendoakan baby cucu kami. Alhamdulillah telah dilangsungkan pada jam 2.00 petang bersama jemaah lain.

Ustaz Ardzy meneruskan dengan bacaan tahlil kepada arwah dan doa selamat dibacakan oleh Ustaz Ilham Bin Jaidin.Disaksikan oleh jemaah lain termasuk anak-anak Etuza yang ada bersama Etuza pada 8.01.2026.

Juadah Kenduri Doa Selamat & Tahlil Arwah.

👉Ayam masak kari.
👉Ayam masak kunyit
👉Telur masak merah
👉Acar timun
👉Sayur campur 
👉Ulam dan sambal lada dan tomato.

👉Buah Oren pencuci mulut 
👉Kuih / Kek Pisang

👉Air minuman  oren sunvelly
👉Air minuman kopi

Tetamu yang hadir adalah saudara jiran sekampung, saudara dari Kampung Menawo dan saudara dari Taman Jutaya, Kampung Baginda dari Kampung Penagatan Laut. Terima kasih kerana datang menyantuni kenduri kami hari ini 8.01.2026. Juadah dari kami ala kadar sahaja dan memang sedap dimakan ketika baru dimasak dari kuali.Alhamdulillah.

Menggunakan jaris manis yang sebelumnya dibersihkan ke lelangit bayi~Uztaz Ardzy Hj Salimin.

Terima kasih kepada Usztaz Ardzy Hi Salimin menyempurnakan Tahnik cucu kami.

Turut Bersama Tahniq baby ialah Ustaz Ilham Bin Jaidin.

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Alhamdulillah .moga majlis semua dipermudahkan

    BalasPadam
  2. alhamdulillah, dh setel kan majlisnya tu. lancar semuanya :) mknn pun sedap2 tu

    BalasPadam
  3. alhamdulillah selesai. semoga menjadi anak yang soleh/solehah.

    BalasPadam
  4. comel dan putih melepak cucu cikgu

    BalasPadam
  5. Wah, jadi dapat ilmu baru yang bermanfaat. Terima kasih ya ustaz.

    BalasPadam
  6. alhamdulillah..moga membesar dengan baik dan menjadi insan yang bertaqwa.

    BalasPadam
  7. ALHAMDULILLAH TAHNIAH CIKGU MERIAH MAJLIS TAHNIK CUCU MOGA CUCU TIASA AFIAT SJAHTERA

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.