Orang Jauh Merisik Khabar Berisi.
Apa khabar semua pembaca maya, semoga semuanya sihat dan bahagia hari Isnin Januari 26.2026. Inilah kehidupan ada berbagai warna yang kita alami, ada rasa bahagia, gembira tiba-tiba rasa sedih dan hendak menangispun ada apabila kita di uji Allah. Sabar saat hadapi ujian. Redo kerana mungkin ujian itu adalah peringatan agar hati-hati selalu dalam rahmatNya.
Angka 24 Januari itu bagi saya , ada rahmat yang datang ke arah keluarga Etuza. Di mana orang jauh dikhabarkan datang ke rumah kami dengan membawa niat besar. Niat itu adalah merisik khabar dan berisi dan sesuai dengan niat yang ikhlas. Sejauh begini jika niat tidak ikhlas tidak akan mereka sampai mengembara melalui langit dan udara di angkasa membelah awan. Ya, alhamdulillah niat yang ikhlas itu membawa mereka ke rumah kami di Keningau.
Etuza memulakan semua perbincangan dengan mensyukuri kepada Allah pertemuan ini terjalin dan kami menyantuni mereka dengan salam dan senyuman. Sesama Islam, dan Islam itu bersaudara. Bertanya lah kami apa tujuan datang sejauh ini. Rupanya datang mereka adalah datang MERISIK dan berhajat besar mendekati keluarga kami. Bererti Orang Jauh Merisik Khabar Berisi kerana hajat besar sekali. Alhamdulillah akhirnya kami semua tahu dan kami terima risikan, diakhiri dengan jamuan makan yang ala kadar dan sedikit kata nasihat buat mereka yang muda belia. Jadilah lelaki yang memimpin, bertanggungjawab dan memberi kebahagiaan kepada wanita pilihan.
Cuba teka orang ini dari mana, ada kah blogger penggemar blog Etuza mengenali mereka ini. Rombongan lelaki enam orang sebenarnya datang MERISIK bunga yang mekar di laman kami. Penuh sopan santun dan berbudi bahasa. Ramah dan mesra orangnya.Rupanya hajat besar datang jauh ke teratak kami di Keningau. Semoga risikan ini berpanjangan dan akan ada kenyataan bila Allah jodohkan mereka.Aamiin.
Bergambar bersama sebelum mereka ke Kundasang Ranau, Sabah.
Promot Minyak Kelapa Untuk Rambut.
Baiklah Etuza letak gambar dari Shop Shoppee, nampaknya Etuza berminat hendak memiliki minyak rambut ini. Berkhasiat untuk rambut. Ini dia

15 Ulasan
menyunting buynga di taman rupanya. semoga dipermudahkan urusan untuk fasa seterusnya.
BalasPadamWah tahniah bunga di taman sudah di sunting orang semenanjung ka serawak. Jauh bebenor tu. Semuga di permudahkan urusan
BalasPadamBeautiful photos. I wish you good health and happiness. Warm greetings from Montreal, Canada ❤️ 😊 🇨🇦
BalasPadamSemoga ikatan ini berpanjangan sampai ke jinjang pelaminan
BalasPadamAlhamdulillah. Semoga dipermudahkan urusan utk ke fasa seterusnya 🤲🏻
BalasPadamTahniah cikgu..
BalasPadamAlhamdullilah. tahniah bakal terima menantu
BalasPadamalhamdulillah, lancar majlisnya. moga dipermudahkan urusan utk ke jinjang pelamin pula
BalasPadamWahhh, tuan bakal berbesan dengan orang jauh ni nampaknya. Semoga Allah izinkan dan sampai jodoh mereka nanti. Best tu, membelah awan membawa cincin pertunangan.
BalasPadamTahniah cikgu... bakal menerima menantu, semoga puteri tercinta terus ke jinjang pelamin nantinya.
BalasPadambunga yang cantik mekar dah disunting orang. tahniah cikgu sekeluarga. moga perjalanan seterusnya dipermudahkan
BalasPadamAlhamdullah..bunga sudah dipetik orang...ssmoga dipermudahkan ke fasa yang seterusnya...orang Semenanjung ye bakal menantu lelaki ni...
BalasPadamAlhamdulillah... semoga dipermudahkan segala urusan...
BalasPadambakal menerima menantu baru nampaknya. semoga dipermudahkan urusan cikgu sekeluarga
BalasPadamMerisik itu artinya melamar kan ya ? Alhamdulillah, semoga dimudahkan segala urusan hingga nanti tiba hari H ☺️
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.