Orang Jauh Merisik Khabar Berisi.
Apa khabar semua pembaca maya, semoga semuanya sihat dan bahagia hari Isnin Januari 26.2026. Inilah kehidupan ada berbagai warna yang kita alami, ada rasa bahagia, gembira tiba-tiba rasa sedih dan ha=endak menangispun ada apabila kita di uji Allah. Sabar saat hadapi ujian. Redo kerana mungkin ujian itu adalah peringatan agar hati-hati selalu dalam rahmatNya.
Angka 24 Januari itu bagi saya , ada rahmat yang datang ke arah keluarga Etuza. Di mana orang jauh dikhabarkan datang ke rumah kami dengan membawa niat besar. Niat itu adalah merisik khabar dan berisi dengan sesuai dengan niat yang ikhlas. Sejauh begini jika niat tidak ikhlas tidak akan mereka sampai mengembara melalui langit dan udara di angkasa membelah awah. Ya, alhamdulillah niat yang ikhlas itu membawa mereka ke rumah kami di Keningau.
Etuza memulakan semua perbincangan demgan mensyukuri kepada Allah pertemuan ini terjalin dan kami menyantuni mereka dengan salam dan senyuman. Sesama Islam, dan Islam itu bersaudara. Bertanya lah kami apa tujuan datang sejauh ini. Rupanya datang mereka adalah datang MERISIK dan berhajat besar mendekati keluarga kami. Bererti Orang Jauh Merisik Khabar Berisi kerana hajat besar sekali. Alhamdulillah akhirnya kami semua tahu dan kami terima risikan, diakhiri dengan jamuan makan yang ala kadar dan sedikit kata nasihat buat mereka yang muda belia. Jadilah lelaki yang memimpin, bertanggungjawab dan memberi kebahagiaan kepada wanita pilihan.
Cuba teka orang ini dari mana, ada kah blogger penggemar blog Etuza mengenali mereka ini. Rombongan lelaki enam orang sebenarnya datang MERISIK bunga yang mekar di laman kami. Penuh sopan santun dan berbudi bahasa. Ramah dan mesra orangnya.Rupanya hajat besar datang jauh ke teratak kami di Keningau. Semoga risikan ini berpanjangan dan akan ada kenyataan bila Allah jodohkan mereka.Aamiin.
Promot Minyak Kelapa Untuk Rambut.
Baiklah Etuza letak gambar dari Shop Shoppee, nampaknya Etuza berminat hendak memiliki minyak rambut ini. Berkhasiat untuk rambut. Ini dia

0 Ulasan
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.