Mutiara Tomyam Restoran Di Sambulan Kota Kinabalu, Sabah'

Restoran Mutiara Tomyam opening time hingga 11.00 malam.

Singah Makan Bersama Tidak Sengaja Di Mutiara Tomyam Sambulan, Kota Kinabalu, Sabah.

17.01.2026 hari Sabtu, awal pagi sebaik lepas subuh kami bergerak ke Kota Kinabalu lagi atas urusan kursus amali di Masjid Bandaraya Likas Kota Kinabalu, Sabah.

Sebaik lepas solat jamak zohor dan asar kami bergerak ke pusat Bandaraya Kota Kinabalu. Oleh kerana hujan lebat kami merancang hendak cepat balik ke Keningau. Tetapi anak memebritahu singah makan di satu tepat yang Etuza belum pernah dengar nama tempat makan ini dan memang belum pernaha masuk lagi tempat ini.

Sampai di tempat makan ini, kelihatan besar dan luas serta santai. Lapang dan masa itu ada dua keluarga sedang menjamu selera mereka. Semasa masuk berjua dengan menantu lelaki saudara Latif dan merupakan seorang guru di Keningau. Hati berbisik keciknya Dunia ini, di mana-mana ada saja orang dikenali dan sedaerah. Keningau sebenarnya jarak ke Kota Kinabalu adalah 111 Kilometer pada kiraan jalan Tambunan Ke Kota Kinabalu. Memandu dari Keningau ke Kota Kinabalu adalah selama 2 Jam 30 minit dalam pemanduan yang sederhana laju.Berjumpa dengan keluarga Latif ni, maka kami berbahasa Kadazan Dusun dan merasa gembira sekali berjumpa di Mutiara Tomyam.

Kepada yang mahu mencari tempat makan di Kota Kinabalu, jika hendak cepat dan pantas sajian oder makanan pergilah sini di Mutiara Tomyam. Pelayan pun bagus, mesra dan peramah. Terima kasih kepada layanan di Mutiara Tomyam.Akandatang lagi suatu masa apabila ke Kota Kinabalu, Sabah.

Kami semua orang Keningau, berjumpa tak sengaja di Restoran Mutiara Tomyam
pada 17.01.2026 di Sambulan KK.

Bertemu dua keluarga ,keluarga Latif dan keluarga Etuza singah makan di Mutiara Tomyam.





Mutiara Tomyam berdinding kaca dan gambar menarik pada dinding, sangat menarik..
lampu-lampu juga menarik perhatian ramai pelanggan.

Ruangan kaunter tempat pembayaran oder makanan di Mutiara Tomyam.

Suasana Restoran Mutiara Tomyam di Sambulan Kota Kinabalu, Sabah.

Oder nasi goreng kampung di Mutiara Tomyam.mudah sajian dan cepat. 

Nasi ruji makanan utama Malaysia, bentuk LOVE..kreatif..

Sajian makanan yang kami oder simple dan harga yang mampu, kenyang dan puas hati
layanan yang baik di Restoran Mutiara Tomyam Sambulan.

https://s.shopee.com.my/9UvIlbMbyb
Promot makanan kesihatan atau vitamin C di Shop Shoppee, murah dan pantas sampai di rumah anda.Jom membeli di Shop Shoppee. Berbaloi dengan jimat tenaga dan perkhidmatan yang mesra untuk klik pembayaran. Klik SINI.




Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. nampak sedap2 belaka tu juadahanya. dan cozy ambience jugak. alhamdulillah

    BalasPadam
  2. Siang² sudah buka kedai tomyamnya ye? Di sini kedai tomyam meriah di waktu malam.
    Kursus amali haji ke cikgu?

    BalasPadam
  3. serve cepat memang keutamaan bila nak makan. dah la kami ni ramai, bila ada yang kecil merengek, air pun sampai lambat memang kurang sabar rasanya kadang tu. haha.

    nampak bersih dan kemas restoran ni. ada rezeki ke sana pasti akan tuju menjamu selera di sana

    BalasPadam
  4. Gambar udang galah butter tampak sedap....

    BalasPadam
  5. Tiba2 terasa lapar tengok nasi goreng..

    Kali ini banyak kesilapan ejaan pada penulisan Cikgu Etuza, mungkin nak cepat kot.. :)

    BalasPadam
  6. ow baru tahu dekat sembulan ada restoran tomyam yang ini, ari tu ada google tapi tak sempat pergi..nanti nak try sebab husbnd sha memang pengemar tom yam..tq infonya

    BalasPadam
  7. Laaah tak pesan Tomyam Abang 😅😅. Saya pikir makan di tempat Tomyam, akan coba menu andalannya 😄. Thai foods ini termasuk menu fav saya. Kalau pening nak makan apa, Thai foods selalu bisa menaikkan appetite

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.