| Etuza cuba berusaha membuat kelainan catatan atau entri paparan di wall blog. Untuk menjadikan diri lebih fokus membina blog dengan persembahan menarik. |
Blog Bukan Hak Milik Kekal.
Sebelum gerak ke tempat kerja, menyempatkan diri mengambil laptop dan buat persembahan maya di blog personal kesayangan ini. 19.01.2026 hari Isnin yang sangat sejuk di Daerah Keningau seusai solat subuh terpanggil untuk sekali lagi kemas kini kan blog ini.
Bagaimanapun blog adalah tenda kenangan seketika masih hidup. Dan bukan lah hak milik kekal. Apa yang kekal ialah sekiranya blog ada manfaat pasti ada amal jariah kita yang menjadi saham akhirat seperti ilmu pengetahuan yang berguna dan ramai mengambil ilmu tersebut untuk dimanfaatkan. Mampukah blog kita sebegitu. Jika di perhati blog ini hanya mencatat perkara biasa sahaja. Harus teruskan kajian dan pembelajaran bagaimana lagi hendak memantapkan blog agar di gemari ramai.
Membuat Kelainan Di Blog.
Blog adalah Dunia sosial maya yang old model tetapi sangat berbisa dan sangat dekat dengan ramai orang. Melihat paparan medan sosial kita dapat saksikan aksi blog masih releven di alaf 21 ini. Masih ramai blogger lama dan baru yang membuat tampilkan blog dengan cara mereka sendiri.
Terpanggil Etuza membuat kelainan dengan membuat catatan baru yang melibatkan norma hidup manusia yang sukakkan laman sosial seperti Shop Shoppee, Lazada dan Jualan di Temu. Selain pelbagai genre lain dalam catatan blog. Persembahan iklan dan vedio serta Tik Tok. Lebih teruja apabila klik laman sosial tersebut seperti Tik Tok dan lain-lain memberikan kita REZEKI yang tanpa di duga. Juteru terpanggil untuk membuat catatan bagi memudahkan pembaca terus KLIK medan sosial tersebut sebagai tempat meliaht produk disukai dan membaca sesuatu yang baru dan bermanfaat dalam kehidupan kita sekarang ini. Hidup perlu disantuni dengan ilmu menghidupkan jiwa dan rohani kita.
Semoga tahun 2026 ini lebih baik dari sebelumnya dan semoga ada REZEKI masing-masing di blog sendiri. Salah satu cara mendatangkan faedah dan rezeki di blog ialah membuat komen demi komen yang baik di blog teman-teman blogger. Kita tidak nafikan ada blogger yang menawarkan hadiah apabila kita muncul top teratas dalam ruangan komen di blog mereka. Salam sayang dan teruskan berblog. Anda saja mencipta kepuasan berblog dalam blog peribadi anda. Sila KLIK SINI ( Baju raya Menarik 2026) sebelum terjah blog ke lainnya.

17 Ulasan
Selamat pagi cikgu. Semoga harini lebih baik drpd semalam. Teruskan blogging!
BalasPadamsemoga terus bersemangat bekongsi di dalam blog.
BalasPadamsalam hari isnin utk cg etuza
BalasPadamGaya penulisan bergantung kepada creativiti masing-masing. Masing-masing ada gaya tertentu bagaimana nak naikkan ranting blog dan ada juga blogger yang santai-santai je janji menulis.
BalasPadamBetul juga...ada kelainan dan kelainan akan menjanjikan rasa seronok kekal berada di blog tuan
BalasPadamsemoga ada manfaat apa yang kita tulis di blog...
BalasPadambagai merpati dua sejoli cikgu n isteri
BalasPadamSemoga kandungan blog kita bermanfaat untuk orang yang membacanya.
BalasPadamrajinnya cikgu etuza, pagi sebelum pergi kerja sempat lagi tulis satu entry :D
BalasPadamBlog saya adalah journal saya, diary saya. kadang kadang saya dump semua benda di situ. ada masa tempat saya berlatih menulis dan kadang kadang saya meluah di samping ditemani rakan rakan blogger.
BalasPadamsha lebih suka kalau blog santai, key nya rajin update ja hahaha..remind to my self ya..
BalasPadamSaya suka baca blog yang simple yet informative yang bercerita tentang travel, tempat makan awesome, etc. Saya tak beberapa pandai hendak menulis bab ilmiah. Hendak update blog pun terpleot😅
BalasPadamSemoga berjaya :)
BalasPadamSetuju Abang. Sayapun selalu sempatkan diri utk baca minimal 10-20 blog teman2 setiap hari. Dan KSH komen untuk support. Tak peduli ada GA top komentator atau tidak, saya pasti akan tetap komen dan baca. Kalau ada yg baik yg bisa diambil, akan saya save biasanya.
BalasPadamTp blog yg isinya hanya cerita biasa ttg daily life pun, saya sukaa juga utk baca
Teruskan...SA setuju cikgu..lepas tu pelbagaikan genre entry...sebab blog cikgu ni lebih kepada liafestyle kan...pembaca suka cerita yang santai dan pelbagai...
BalasPadamSelagi kita berkongsi perkara yg baik.. nasihat, tunjur ajar dan sebagainya dan org yg membaca mengambil pengajaran dan ikhtibar pasti ada pahala yg menantu utk kita..
BalasPadamBetul, blog memang bukan hak milik kekal, tapi ilmu dan manfaat yang kita kongsikan boleh jadi amal jariah... Harap 2026 jadi tahun penuh manfaat dan rezeki untuk semua blogger, termasuk pembaca yang datang singgah. Teruskan menulis dan menginspirasi! 💻✨"
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.