Tidur Adalah Terapi Segarkan Badan Anda. Layan Tidur Itu Hak Kita Sebagai Manusia.

Saya gelak nampak cucu main lambung-lambung pelikat dia hingga menutup muka dan cakap 
haaaa! banyak kali.Adui cucu yang comel ni, kejadian di KLIA Kuala Lumpur.

Layan Tidur Kerana Tidur Itu Hak Kita Sebagai Manusia Biasa.

Terbangun dari lena, apabila pintu bilik di ketuk bertalu-talu. Binggit dan amat merosakkan tidur lena seorang manusia bernama Etuza. Ketukan itu sebagai isyarat, kerana pintu terkunci, maka ketukan binggit diberi hadiah kepada Etuza baru sebentar berlaku. Rupanya saya tertidur lena sebaik solat maghrib, Ya Allah solat isyak dah sangat jauh berlalu.

Ampuni saya ya Allah.Bingkas dan melihat jam, jam 10.00 tepat, saya ingatkan dah subuh. Inilah situasi saya tertidur awal dan belum makan malam. Selesaikan solat Isyak, minum air putih, makan nasi, tidak apa puasa malam ini, teguk air putih alhamdulillah.

Kenapa Rezeki Menjauhi.

Tidur itu terapi segarkan badan anda, layanlah tidur apabila benar-benar merasa mengantuk yang amat sangat. Percayalah bahawa selepas bangun dari tidur lena badan akan segar dan minda kembali berfungsi memikirkan kehidupan dan apa juga perancangan hidup hari esok. Cuma jangan terlalu ikutkan rasa tidur sebaik tersedar bahawa badan dah segar masih teruskan tidur terutamanya waktu menjelang subuh. Allah tak suka bila kita tersedar waktu subuh dari tidur, kemudian hempaskan badan ke katil sambung tidur, ha ini situasi tak elok, kata orang tua REZEKI MENJAUHI.

Kenapa Terasa Sangat Mengantuk, Tak Dapat Tahan Lagi.

Faktor aktiviti merangsang tubuh badan, menggetarkan semua sendi semasa melakukan aktiviti di siang hari. Mengangkat beban berat, menolak, memanjat ke atas dan melantak paku pada kayu, menyapu bersihkan halaman , menyiram bunga-bungaan dalam pasuan, berjalan memberikan ayam makanan dan air minum dan membakar sampah dedaun yang kering melata di halaman. Sungguh banyak aktiviti harian dan itu rutin kehidupan kita sebagai manusia.

Terasalah letih, penat dan sendi-sendi sakit, lutut terasa berat berdiri, perasaan amat malas kerana letih berkerja disiang hari.Lawan prerasaan malas itu, kerana harus mandi, berus gigi, syampukan rambut sayangi tubuh badan anda, sayangi kesihatan yang Allah anugerahkan. Jika malas ke tempat mandi sendiri terpalit hidung TIDUR TAK AKAN NYENYAK kerana badan berbau hapak dan sebagainya.Janganlah tak mandi ya, marilah rajin mandi segar badan Allah sayang doa kita diterima Allah.

Lalu, terasa terlalu mengantuk, layanlah tidur niat beberapa minit, terlanjur tidur lena hingga berjam-jam. Alhmdulillah badan kembali segar walaupun masih ada sendi rasa lemah dan sakit, mungkin ini faktor usia. Saya tidak napikan, sesungguhnya badan nampak sihat tetapi kita sahaja yang merasai sengal badan bila dah berusia. 

Syukur Dan Terima Kasih Kepada Ilahi.

Terima kasih ya Allah memberikan saya tidur yang lena. So, updated blog juga memakan masa, nak edit gambar, pilih gambar dan terbitkan, mencatat dan membaca semula agar ejaan salah diperbetulkan, maka inilah entri terbaru blog PESONA ETUZA. Good night, selamat membaca dan melihat gambar di blog ini.Salam sayang kepada semua. Terlebih lagi kepada yang sering komen blog Etuza.

Gambar  gambar kami di UKM Bangi Selangor. Di Conner UKM SHAPE

Sajian makan di atas kapal terbang Airasia. Alhamdulillah rezeki makan atas udara dalam kapal.

Sajian atau berbagai juadah makanan hebat di Melayu & Padang di Suria KLCC.

Roti keemasan berkilat amat menarik perhatian ramai di Suria KLCC Kuala Lumpur,
kuburkan niat membeli, harganya tak boleh cakap, nak atau tidak sahaja.
Apapun anak beli lah dua biji kuih tu. Wah AMAT SEDAP.
Perkongsian ini ikhlas dari Etuza.

Catat Ulasan

0 Ulasan