Tabir Jendela 2026 Bermula, Selamat Tahun Baru Buat Semua.

Topi  i Love Sabah, menarik lalu beli. Harga pun murah.

Selamat tahun beru 2026 buat semua pembaca maya dan 
semua yang mengenali Blog Pesona Etuza. 

Tirai 2025 Kini Berlalu.

31.12.2025 Rabu adalah tenda akhir dan terakhir tahun 2025. Pergi dan tidak akan kembali lagi untuk kita jalani layar kehidupan. Hanya kita mampu menerobus, merenung dan membuat kesimpulan tentang apa yang kita telalu di tahun 2025. Sisa umur setahun telah pergi, banyak kenangan indah, pahit manis dalam lipatan ingatan. Terasa bagaikan mimpi, umpama sekelip mata tahun 2025 yang pernah kita nantikan, kini benar-benar berakhir menjadi nyata. 

Semalam deru bunyi mercun bertalu-talu kuat dan nyaring membelah angkasa sebagai tanda berlabuhnya tahun 2025. Tanyalah diri sejauh mana amalan ibadah kita terhadap Yang Maha Kuasa, kepada Ilahi yang memberikan kita kesempatan setahun 2025, apakah kita telah banyak menjana rahmat pahala kasih sayang Allah.

Tirai 2026 Kini Bermula.

Semalam juga deru mercun bertalu-talu nun di Bandar Keningau,nampak kemilau cahaya bunga api mercun kuat dan nyring berkilau penuh warna warni di angkasa, sebagai tanda bermulanya era dan lembaran tabir  perlahan diselak tahun 2026. Tahun yang ditunggu, dengan harapan agar tercipta lagi sejarah hidup yang lebih gemilang. Terdampar hajat menadah tangan kepada Tuhan setulus doa, mengharap kesejahteraan hidup merangkum kesihatan mental fizikal kewangan dan kebahagian kita dijana. 

Pastilah hanya kepada Allah kita mohon segala yang baik tahun 2026 dan kepada Allah juga kita mohon jauhi segala kejahatan dan gangguan emosi, fizikal dan mental, agar acara 2026 berlangsung dengan penuh nikmat yang membahagiakan.

SELAMAT TAHUN BARU 2026, SEMOGA KITA SENTIASA DILINDUNGI ALLAH WALAU DI MANA BERADA, JAUH ATAU DEKAT, DALAM NEGARA ATAU DI LUAR NEGARA KITA HARAPKAN KASIH SAYANG DARI SANG PENCIPTA ALAM BUANA INI.Aamiin.

Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. Mohon maaf ya, belum sempat Blog Walking..pasti terjah blog anda..InshaAllah..

    BalasPadam
  2. salam tahun baru 2026 moga selamat semua bawah lindunganNYA

    BalasPadam
  3. selamat thn baru 2026 utk cikgu sekeluarga

    BalasPadam
  4. Selamat tahun baru 2026 cikgu..semoga doa & harapan dimakbul Allah swt..

    BalasPadam
  5. Selamat Tahun Baru Cikgu... Semoga segala impian dan harapan 2026 ini tercapai. Aamiin...

    BalasPadam
  6. selamat tahun baharu 2026 kpd abg etuza. semoga dimurahkan rezeki n sihat walafiat selalu...

    BalasPadam
  7. Happy new year Abang Etuza 🎉🎉🎉🎉. Semoga tahun 2026 akan membawa banyak rezeki, kebaikan dan kebahagiaan untuk Abang sekeluarga ☺️

    BalasPadam
  8. Salam dan Selamat Tahun Baru. Dari Indonesia dengan penuh doa, semoga tahun 2026 membawa kesihatan, keberkatan, dan rezeki yang murah 🙏

    BalasPadam
  9. Selamat tahun baru Cikgu Etuza, semoga ditahun baru ini akan membawa cahaya baru untuk menerangi dalam setiap langkah ke arah impian yang lebih gemilang.

    BalasPadam
  10. Selamat Tahun Baru! Aamin doanya..Semoga yang baik baik saja pada Tahun ni ye ..

    BalasPadam
  11. selamat tahun baru cikgu n family!

    BalasPadam
  12. happy new year utk cg etuza. moga yg baik2 dan manis2 ajer utk kita semua...aamiin

    BalasPadam
  13. Selamat tahun baru 2026, semoga yang indah- indah sahaja untuk kita semua...

    BalasPadam
  14. cantik topinya. buat hiasan di dinding pun lawa

    BalasPadam
  15. Selamat menyambut tahun 2026 ..moga tahun ni dilancarkan segala urusan ..

    BalasPadam
  16. Selamat tahun baru 2026. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya. Sihat sejahtera buat cikgu sekeluarga.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.