Jalinan Persaudaraan Antara Padang, Sumatera Barat, Indonesia Dan Keningau, Sabah Malaysia Di KLIA 2

Buku set menudi JR Cafe KLIA 2
Cuba ertikan kata-kata itu..sangat hebat maknnya dalkam Bahasa Melayu.

Abadikan kenangan Etuza di KLIA 2

Mencari Tempat Makan Di KLIA 2, Tersinggah Di JR Cafe ( meet, relax , enjoy )

4.12.2025 hari Khamis awal pagi sekitar jam 10.00 pagi selepas proses kembalikan Jubah di UKM Shape, kami dengan mengambil dua buah kenderaan Grab ke KLIA 2. Hati sedikit bergetar apabila kadangkala teksi yang kami naiki bergerak perlahan sekali selepas kawasan Dengkil dan Semenyih. Melihat bangunan mencakar langit kiri dan jalan lebuh raya Kuala Lumpur menuju ke KLIA tidak menarik perhatian Etuza apabila dalam keadaan mengejar masa.

Akhirnya sampai di KLIA 2 sekitar jam 11.30 pagi dan masih bersisa untuk makan tengahari dan memang purut memberi isyarat untuk minta di isi dengan makanan di KLIA 2. Mencari tempat yang disukai adalah hak setiap pencari makan di KLIA 2, walaupun banyak tempat yang melambai tangan dan mempelawa dengan penuh sopan dan santun. Ya, Etuza ikut saja kehendak anak sulung mau di bawa kami ke mana pun kami sedia menerima, asalkan dapat makan nasi masa itu. Lalu singgah lah kami di  arah kanan  masuk dalam di JR Cafe. Tempat makan yang cantik, indah dan ada cahaya pada setiap dinding dalam bentuk kubah. Cahaya agak kuning yang menarik perhatian.

Sebarisan Dengan Kami Ada Keluarga ( Dewasa ) Sedang Makan Sesekali Memandang Ke arah Etuza.

Agak memakan masa kami melihat menu sajian makanan, dan tanpa berfikir saya pilihkan Suri Hati nasi lemak ayam rendang dan anak-anak dengan menu mereka sendiri.Tiga orang anak Etuza entah ke mana kerana belum tiba lagi ke JR Cafe. Kami mulai makan sambil berbual dengan suri hati yang masa itu menjaga cucu setelah anak menantu jalan bersama suaminya ke satu tempat. Mungkin kah ke bilik air atau kemana tidak pasti.

Tiba-tiba sedang makan terlihat wajah sedang memandang ke arah Etuza.Agak lama melihat Etuza yang sedang menjamah sajian makanan. Maklumlah agak lapar masa itu.

Etuza kemudian di sapa oleh lelaki tersebut dan duduk disebelah Etuza. Dalam hati agak risau bagaimana hendak layan orang dalam keadaan sedang makan di meja. Lelaki itu memegang beg dan meminta izin ambil bagasi yang bersusun di sebelah meja makan kami.

" Maaf ya, kami ambil bagasi kami, kami dari Padang Sumetra Barat Indonesia, baru balik dari Cina langsung ke Kuala Lumpur, hari ini kami balik ke Indonesia" Kata lelaki tersebut dengan mesra. 

" Subahanallah, kamu semua dari Padang Indonesia lah ni, maaf saya sedang makan tak dapat bersalaman maaf ya" Etuza lihat wanita bertudung labuh kelabu tersenyum melihat kami dan lelaki berbaju kot hitam tiba-tiba duduk di sebelah Etuza. 

" Saya Remon, ini semua keluarga saya. Kamu orang dari mana?" 
" Kami dari Sabah, ada acara Konvokesyen anak kami di Universiti Kebangsaan Malaysia di Selangor, kami sudah tiga hari dua malam di sini, hari ini mahu balik ke Sabah" Saya menjelaskan dengan nada agak perlahan kerana Bapa Remos dekat sebelah saya.

Banyaklah kami berbual hingga tersentuh nama blogger Fanny Nilla yang sering travel di Malaysia. Mungkin jika ada masa banyak perkara kami bualkan. Tetapi mereka hendak bergerak untuk ke lobi menunggu naik Flight ke Padang, Indonesia. Bapa Remos memberikan nombor telefon dia dan anak kami mengambil gambar kami dari posisi yang agak jauh, kerana Etuza sedang makan.Etuza ingat kata-kata akhir Bapa Remon yang membuat Etuza berfikir lama selepas pertemuan tidak di jangka ini.

" Senang-senang datanglah ke Padang ya. mana lah tahu tiba-tiba pergi sana boleh hubungi kami" Ini kata-kata yang membuat Etuza merasa hati berbunga-bunga dan gembira meet dengan keluarga Bapak Remon.
" Ya, InshaAllah semoga ada rezeki ya, dapat pergi sana..Subahanallah" Inilah kata-kata Etuza kepada Bapa Remon. Hanya kata-kata yang hanya Allah sahaja dapat mengetahui kebenaran kata-kata ini, bukan jaminan untuk benar-benar terkabul pergi ke negara orang seperti di Padang Sumatera Barat Indonesia.

Pelayan kedai makan JR Cafe masa itu semua memandang ke arah kami yang begitu mesra padahal baru bertegur sapa dan bertanyakan asal mana dan kemana hendak dituju. Ya Allah melihat JR Cafe Meet, Relax dan Enjoy Etuza merasakan masuk di tempat makan ini ada rahmat dari Allah yang luar biasa kepada Etuza. Kerana menemukan insan yang baik, keluarga yang rama iaitu keluarga Bapa Remon. 

Sayang masa itu Etuza belum siap makan maka Etuza hanya duduk tanpa berganjak kerana terus terang Etuza makan pakai tangan. Malu juga mereka melihat Etuza makan pakai tangan. Etuza tahu tempat ini di KLIA tetapi Etuza mahu menikmati sajian makanan yang enak Nasi Lemak Ayam Rendang. 

Cuba tengok tangan Etuza sedang sentuh juadah, gtiba-tiba ada tamu hendak berbual 
itulah di sebelah saya Bapa Remos Lapisa dari Padang Sumtera Barat, Indonesia.

Keluarga Bapa Remon Lapisa bersama Etuza di JR Cafe KLIA 2

Allah dekatkan Bapa Remos Lapisa kepada Etuza, bagaikan menghibur hati Etuza yang teringin
sebenarnya menemui atau jumpa dengan blogger Malaysia. Tetapi Etuza lalu muhasabah diri..
siapalah Etuza ini.. tidak di kenali tiada keperluan untuk menemui insan seperti Etuza .
Tetapi Allah gantikan pula dengan  cara lain dan orang yang lebih jauh. Subahanallah..

Gambar Juadah Nasi Lemak Ayam Rendang






Anak-anak baru menjamu selera makan tengahari di JR Cafe KLIA 2

Ini flight kami dari KLIA 2ke KKIA Sabah pada 4.12.2025

Catat Ulasan

0 Ulasan