| Petang hari ini, kebetulan parking depan UNU FRIED CHICKEN dapatlah klik beberapa gambar, dan sempat bertanya. Open bila? |
Klik SINI hebatnya prodak ini.Hanya di Shop Shoppee.Iklan dan Promot dulu.
Unu Fried Chicken, Warna Oren Yang Ceria Di Bandar Keningau Kini.
Wah, hampir siap deko luar dan dalam tempat makan baru UNU FRIED CHICKEN di Bandar Keningau, depan Jalan besar Keningau juga berada dekat parking Keningau Kota Kinabalu, belakang Pejabat Pos dan Pasar Malam. Setentang dengan Restoran Daily Coffee serta sebaris dengan WE DRINK dan Kedai Kain Mazuin. Kedudukan yang baik, tetapi sempit tempat parking sahaja menjadikan otak berfikir hendak parking ke mana jika hendak makan di UNU ini. Tidak menjadi masalah juga kerana dataran Bandar Keningau ini luas, parking lah mana-mana tidak bertol, cuma jika parking jauh kenalah jalan kaki ke Unu.
Bakal beroperasi menurut yang Etuza tanya petang tadi. Klik Face Book Unu akan beroperasi dengan rasminya pada 22.01.2026, kebetulan hari yang bahagia sekali.Malam nanti malam Jumaat, jika ada niat memberi makan maka besar ganjarannya bukan kaleng-kaleng pahala dari Allah. Menurut yang saya baca memang UNU tempat makan bertemakan warna oren yang ceria akan beroperasi pada 22.1.Minggu ini lah nampaknya.
Beroperasi setiap Isnin hingga Ahad bermula cerita mereka, bermula aksi mereka melayan tetamu yang saya jangka akan berpusu-pusu ke UNU adalah pada setiap 10.00 pagi hinggalah 12.00 malam. Wow! boleh lah bawa cucu ke tempat ini. Pasti cucu suka dan gembira.
UNU Viral Seantero Keningau.
Unu di Keningau rasanya ada TIGA cawangan yang ada di Plaza dekat Hospital Keningau dan di area Pasir Putih, Keningau. Sudah terkenal seantero Keningau dan bakal beraksi dengan gahnya Restoran Unu Fried Chicken di Pusat Bandar Keningau, Sabah. Kenapa VIRAL?, kita akan nikmati Fried Chicken di UNU baru, baru kita tahu.
Pemilik UNU ini menurut yang didengari adalah nama seorang wanita yang di gelar UNU, lalu membuka permis kecil kecilan makanan sajian berteraskan ayam, maka jadilah nama tempat makan UNU FRIED CHICKEN yang meledak viral di seluruh Keningau, Sabah. Tahniah kepada Organisasi UNU Fied Chicken. Bangga dengan orang sendiri dan kami yang gemar makan dan mencari tempat makan yang nyaman akan memberi support, akan datang dan datang di UNU. Tunggu kami datang.InshaAllah.

0 Ulasan
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.