Teruja Hendak Lihat Kembang Mekar Bunga Bakawali Di Laman.

Harap sempat melihat kembang bunga Bakawali kali ini. Gambar
petang 29.01.2026.

Sedar dari lena, setelah awal membaringkan diri, rasanya petang kemarin membantu suri hati membungkus hadiah hingga cecah 200 lebih menjadikan tubuh ini penat dan kurang cergas. Seusai solat membaringkan diri di sofa. Langsung terlelap tanpa sedar hingga jam 2.30 pagi, masih dalam pembaringan di atas sofa. Ya Allah masih di sini rupanya aku terlena. Segara ambil aura positif bahawa semua manusia yang ada dalam rumah ini sengaja tidak sedarkan Etuza apabila kelihatan teramat lena, dan tidur itu nikmat walau di posisi mana pun.

Bunga Bakawali Di Laman Etuza.

Seingat Etuza bunga jenis ini seperti digambar, diberikan kepada Etuza dari seorang kawan suatu masa lalu. Bukan dibeli atau dapat dari hutan. Tetapi diberi oleh kawan yang Etuza lupa namanya. Kebetulan Etuza suka melihat corak daun dan cantik sekiranya di gantungkan pasu nanti.

Bertahun bunga Bakawali ini di laman dan pernah melihat bunganya tetapi kembangan bunga Bakawali sangat cepat tertutup apabila disiang hari semakin panas. Suatu hari ternampak kembangan bunga  Bakawali di maya sosial. Sangat cantik dan kelihatan sinar cahaya indah pada kelopak putih bunga Bakawali.Baru tahu, rupanya bunga ini namanya Bunga Bakawali. Sangat cantik bentuk dan corak bunganya.

Dalam infor yang saya baca, sangat sangat jarang orang akan melihat kembangan bunga Bakawali kerana hanya akan kembang pada malam hari dan apatah lagi akan kembang pada masa tengah malam, di mana semua orang diulit mimpi tidur.Sebaik menjelang pagi kembangan bunga bakawali akan menguncup ( tertutup) semual, maka memang sukar melihat kembangan bunga Bakawali ini. Sudah dua kali berbunga Bunga Bakawali di laman tetapi selalu tertutup hingga Etuza rasa pelik, bertanya bila kah akan kembang. Bila dan bila, tiba-tiba ternampak di Internet Maya, infor bunga Bakawali RUPANY HANYA KEMBANG TERBUKA DI TENGAH MALAM. Ya Allah rupanya begitu aturan yang Allah takdirkan ke atas bunga Bakawali. 

Wangi, Harum Sekeliling Bunga Bakawali Kembang Sangat Sangat Cantik.

Dengan izinNya malam ini, kala pagi jam 4.20 pagi, Etuza dan Suri Hati dengan lafaz Bissmilah melangkah keluar rumah untuk melihat kembangan Bunga Bakawali, Subahanallah nun di sana kelihatan ada dua kuntum bunga Bakawali kembang bagaikan tersenyum. Betulah, wangi sekitar harum semerbak yang belum pernah terhidu suatu haruman baru yang sangt segar kala terhidu wangain ini.Sunggu hebat kuasaMu ya Allah. Ciptakan keindahan dan wangian yang semerbak. Ya Allah alhamdulillah kali ini, telah terkabul niat dan doa hambamu ini untuk melihat kembangan Bunga Bakawali di laman yang bertrahun nhendak melihat bunganya tetapi tidak ada kesempatan dan peluang.

Rezeki kami malam ini, awal bangun bukan semata-mata hendak kemaruk tengok kembangan bunga Bakawali ini, tetapi kebetulan terbangun dan teringat ada dua bunga Bakawali bakal kembang maka terbit di hati hendak buktikan kebenaran dari infor internet yang Etuza baca. Ya betul lah hanya malam bunga BAKAWALI AKAN KEMBANG MENYERLAHKAN aura dan menyebarkan keharuman ke alam sekitarnya. Subahanallah. Terima kasih ya Allah Ya Robb.





Maaf nak ke tandas pula.Sambung nati ya..

Catat Ulasan

0 Ulasan