| Kemarin 4.1.2026 singgah di Box Express Keningau ambil barang kiriman adik dari Sandakan. Terlihat restoran Ayam Tulang Lunak sebelah kanan, Cantik. |
| Seolah ada daya tarikan untuk datang singah makan tengahari di sini. Belum pernah masuk, rasanya tempat makan ini masih baru atau Etuza jarang masuk lorong Queen Hotel Keningau. |
Restoran Ayam Tulang Lunak.
Keningau, 4.01.2026 Jalan Masak, simpang kiri Lorong Jalan Queen Hotel arah kanan akan kelihatan Restoran Ayam Tulang Lunak, pada hadapan tempat makan ini akan kelihatan warna oren yang ceria dan amat menarik untuk kita datangi. Kebetulan belum makan tengahari lalu terpanggil hendak cuba makan di tempat baru dan agak tertutup ini.Depan berdinding kaca yang cerah. Jom terjah tempat makan ini kita lihat apa yang ada.
Pertama kali masuk kelihatan meja makan tersusun indah dan apa penghadang atau kerusi panjang seolah benteng sempadan bahagian kanan set meja makan. Ini menarik dan kita makan agak istemewa kerana seolah tertutup dari pandangan belakang dan hadapan pelanggan lain. Sudut atau corner cuci tagan juga agak tertutup dan sangat cantik singki besar yang disediakan. Hadapan restoran ada gambar2 menarik sajian makan yang kita hendak oder menjadikan kita tak di hulur buku menu dalam restoran ini.
Puas Hati Layanan Mesra Dan Sajian Makan cepat Dihidangkan.
Ya, tipu jika kita mahu berlambat-lambat dalam restoran. Jika boleh hendak cepat pesanan makan sampai, boleh makan, boleh jalan-jalan lagi ke tempat lain. Justeru rasanya semua pelanggan mahukan makanan yang dipesan cepat sampai. Alhamdulillah memang cepat sampai dan kami dilayan dengan mesra baik sekali oleh pelayan makan di restoran ini. Memang puas hati melihat sajian makan dalam try besar tersusun indah sekali amat menarik.Antara yang ada dalam satu set makanan yang kami pesan ialah:-
👉Hirisan temato segar
👉Hirisan tempe segar.
👉 Hirisan timun segar atau daun sayur segar.
👉 Bendi segar.
👉 Sambal
👉 Hirisan terung masak goreng
👉 Sebiji limau kasturi segar.
👉 Keropok
👉 Set nasi dan ikan baulu atau daging ayam.
Restoran Tulang Lunak, area Keningau memang terbaik. Pengudaraan dalam restoran agak sederhana, tidak terlalu sejuk, sesuai dan agak terasa damai dan tenang sambil ada alunan muzik berkonsepkan nasyid yang kedengaran sayup menampar halwa telinga. Pasti Etuza akan datang sekali lagi di tempat ini.
| Gambar bertemakan warna oren memang ceria dan menarik perhatian. |
| Masa kami datang hanya ada satu set meja 4 orang sedang menjamu cerita,sambil bercerita mesra. |
| Gambar sajian juadah atau menu yang ada di Ayam Tulang Lunak. |
| Tenang saja berada di dalam Restoran Ayam Tulang Lunak, Keningau. Meja set tersusun cantik bertemakan warna kekuningan perang. Hebat sini Etuza rasa sangat tertarik. |
| Minuman kopi yang Etuza pesan.unik pula kelihatan, serbuk kopi dalam stil tu. |
| Etuza ambil makanan Nasi Ikan Boulu, sebab memang suka makan ikan ni siap buka tulang tu. Harga RM17.00 berbalaoi macam2 ada dalam try makan ni. |
| Pilihan suri hati . |
| Wah, sambal yang amat mengujakan nak makan.Istemewa sebenarnya sajian kreatif ini. |
| Set minuman anak-anak. |
| Sajian makan pesanan anak. |
| Pesanan makan anak ..nampak ja terus kenyang.Istemewa.. |
| Sajian makan pesanan anak menentu, sedap lazat dan kenyang makan.Berbaloi-baloi . |
| Gambar kami menunggu makanan yang kami pesan. Pasti akan datang lagi makan2 di sini.. damai dan tenang serta amat bersih, saya nagi A plus lah tempat makan ni. |

5 Ulasan
Siapa blogger nak datang di Keningau, hubungi saya, saya ready ya bawa kje restoran ini nanti. Manalah tahu ada yang nak visit sabah to Keningau.
BalasPadamSuka pulak tengok suasana dalamnya, menu pun menarik tapi untuk ke sana tak tahu bila.. hehehe..
BalasPadamPernah dengar warna Oren ni boleh membangkitkan selera makan. Tapi tengok gambar, memang cukup menyelerakan tu hidangannya.
BalasPadammacam masakan ayam penyet ye cikgu...nampak menarik tu...SA tunggu pencen la kalau nak jalan jauh- jauh ke sana..belum pernah sampai lagi..pernah sampai KK je itupun urusan kerja
BalasPadamNampak sedap betul hidangannya, sama macam dalam gambar, dengan harganya tu sangat berbaloi dan puas hati.
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.