Hadiah Biji Benih Bunga Telang Putih Kini Di Laman Etuza.

Pinjam gambar Bunga Telang Putih dari Blog Lyadia.Klik SINI.

Bibit Biji Bunga Telang Putih sudah sampai di Laman Etuza hari ini.

Gembira Mendapat Hadiah. Klik Sini.

Kemas kinikan blog lagi, kali kedua hari ini 12.01. Memaparkan hadiah biji benih Bunga Telang Putih ( white butterfly Pea ) dari Blogger Lydia pemilik blog Hidup Itu Indah dan dari teman guru sempena hujung tahun persekolahan 2025 menerusi acara tukar tukar hadiah. Selain itu Etuza juga mendapat hadiah kurma dari Mekah dan roti kelapa pandan yang lembut dan sedap sekali rasanya sambil minum kopi.

 Jika hendak infor khasiat Bunga Telang sila klik SINI .

Hadiah dari Blog Lydia " Hidup Itu Indah " Etuza perolehi kerana menjadi teratas pengkomentar dalam blog Lydia. Alhamdulillah hari ini Etuza tebus hadiah tersebut di Pos Laju Malaysia cawangan Keningau sebelum 16.01 akan dikembalikan jika tidak di tuntut. Terima kasih blogger Lydia dan juga rakan guru dari sekolah Etuza. Semoga kamu berdua dilimpahkan rezeki yang tidak terduga dan sentiasa sihat walafiat. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Blogger Lydia.
Bunga Telang Putih adalah varian dari bunga telang biasa yang menghasilkan bunga berwarna putih, sering digunakan sebagai pewarna alami, hiasan, tanaman pasu, dan juga memiliki manfaat kesehatan seperti bunga telang biru (anti-radang), namun lebih jarang ditemui dan dicari untuk keunikan warnanya, serta tersedia biji benihnya untuk ditanam.
 
Hadiah yang kedua Etuza perolehi melalui rakan guru. Terima kasih kepada rakan guru tersebut kerana memberikan hadiah tuala ( towel ) warna biru. Nampaknya Etuza mendapat hadiah sejak 11.01 dan hari ini 12.01.  Sangat menghargai hadiah mereka dan Etuza ucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga. Hanya Allah yang mampu memberi imbalan balasan pahala atas keikhlasan mereka memberikan hadiah. Terima kasih sekali lagi.
 









Catat Ulasan

33 Ulasan

  1. Tahniah rezeki tidak terduga. Salam singah sini.

    BalasPadam
  2. Pasti menarik melihat kecantikan bunga telang putih itu apabila ia mekar sepenuhnya nanti ☺

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga tumbuh tu ya Ristra, boleh saya kongsi nanti.

      Padam
  3. Wahhh..bestnya.. selamat berbudi kpd tanah cikgu

    BalasPadam
  4. Tahniah..moga murah rezeki yang memberi:)

    BalasPadam
  5. moga tumbuh subur nanti pokok bunga telang tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, kita harap begitu, tak sabar nak tengok..harap dalam 19 biji benih telang putih ada yang bertunas ..dah tanam dah..

      Padam
  6. banyak cikgu dapat hadiah. tahniah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, saya tak sangka dapat hadiah..

      Padam
  7. Oh, baru saya tahu ada bunga telang warna putih. Saya sangka hanya ada satu sahaja, telang biru yang biasanya dibuat pewarna nasi kerabu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Inilah kehebataan Allah kan, mybe ada juga warna selain biru dan putih..tapi benar selalunya biru tu ja selalu lihat..

      Padam
  8. Bunga telang putih ni boleh buat masak nasi kerabu juga ke. Tak tahu pun bunga telang ada warna putih selain warna biru

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak kak. dia putih ..jadi putih je nasi kerabu tu nanti kalau guna ni, hehe. tapi khasiat dia sama antioksidan juga. boleh buat ulam atau campur dalam air/makanan utk khasiatnya

      Padam
    2. alhamdulillah selamat sampai. lega hati saya.

      wah dapat tuala baru di tahun baru ye cikgu. alhamdulillah rezeki

      Padam
    3. Alhamdulillah ada bunga putih telang, saya dah dapat biji benihnya dari Lydia.Sangat suka hati dan amat bersyukur. Dah tanam dah tu ya..

      Padam
  9. Wah seronoknya dapat hadiah biji benih bunga telang putih tu. Bukan saja cantik bila mekar nanti, tapi boleh jadi hiasan laman yang unik dan menenangkan mata. Tahniah, semoga pokoknya subur dan berbunga lebat yaa uncle

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, benar tu saudara Fajar..terima kasih ya

      Padam
  10. setakad ni kak ana ada pokok bunga telang biru di laman .. teringin juga nak ada yang putih nanti, In SYaa Allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. InshaAllah pasti akan memiliki telang putih jika ada usaha dan niat nak pelihara..

      Padam
  11. alhamdulillah rezeki banyak cikgu dapat hadiah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih , alhamdulillah, rezeki tak terduga.

      Padam
  12. alhamdulillah tahniahhhh
    tak sabar nak tgk pokoknya menjadi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pasti saya kongsikan nanti kejadian Benih Bunga Telang Putih di laman saya nanti.Harap tumbuh tu..

      Padam
  13. Balasan
    1. Ya, alhamdulillah, terima kasih datang ke laman ni ya BK.

      Padam
  14. Ooooo... ada yang putih ke? Selalunya biru kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar,selalu kita lihat biru ja..apapun ni lah kehebatan Allah..hiasi alam dengan penuh warna warni..manusia yang melihatnya akan terpesona..

      Padam
  15. Bunga telang putih ni tak pernah nampak lagi kecuali yang buat nasi kerabu tu.

    BalasPadam
  16. Saya blm pernah lihat bunga Telang putih. Selama ini yg biru kan. Semoga makin subuuuur di taman Abang yaaa. Apalagi khasiat nya banyak 👍👍

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.