| bunga ini waktu siang..apakah rahsiah bunga ini Allah cipta dan takdirnya begitu ya.. |
Bunga Indah Dan Unik Di Laman Etuza.
Awal pagi pada 31.01.2026, sambil menghirup udara segar di laman, terlihat beberapa jenis bunga di laman menarik perhatian lalu mengambil bunga tersebut dan kongsikan di blog ini.Menarik bunga-bunga di laman berbagai jenis, tetapi tidak lah banyak, sedang berbunga dan menyerlahkan kecantikan bunganya dan dedaunya seperti bunga keladi.
Bunga Bakawali
Satu hal yang berlaku di Laman Etuza ialah Kuntum Bunga Bakawali kini menguncup total, dan mustahil kembang lagi.Melihat kembangan bunga Bakawali adalah hanya waktu malam dan hampir menjelang pagi. Sesuatu ynag unik bila kita fikirkan. Tetapi segera kita ingat kuasa Allah menjadikan bunga Bakawali sedemikian, di mana malam kembang dan harum, apabila menjelang pagi dan matahari kian naik kuntum Bunga Bakawali perlahan-lahan menguncup ( tetutup semula)
Bunga Telang
Bunga lain iaitu Bunga Telang Putih kini mulai mengeluarkan dedaun, dan terus terang teruja untuk melihatnya membesar dan mengeluarkan bunganya bunga warna putih berseri seri. Bibit bunga ini Etuza perolehi dari rakan blogger iaitu pemilik blog " Hidup Itu Indah milik Lydia" Terima kasih kerana sudi memberikan bibit bunga telang putih ini.
Bunga Keladi.
Bunga keladi tumbuh dari isi labu Keladi. Selagi ada labu isi keladi dalam tanah, Bunga Keladi tidak akan pupus. Inilah yang berlaku di laman Etuza. Kita akan lihat tiba-tiba ada bunga keladi mekar tumbuh dalam pasu pasuan, bekas tanam bunga keladi. Uniknya dedaun bunga keladi tu berbagai corak dan sangat memikat hati melihantnya. Dalam gambar Etuza kongsikan daun bunga keladi yang berwarna warni dan menarik di lihat. Salam sayang jumpa lagi.
Ini ketika Kutum Bunga Bakawali kembang. Syukur sempat mengambil gambar bunga ini,
setelah ketiga kali mengeluarkan bunganya di Laman Etuza.
| Tengok hasilnya, kini tumbuh benih Bunga Telang Dari Blogger Lydia. ( Hidup Itu Indah ) |
| Biasa orang ramai memiliki Bunga Telang Biru atau unggu..Ini Di Laman Etuza. |
| Seolah macam paku pakis, hanya daunya lebar.. |
| Cantik bunga warna warni.. |
| Bunga rerama..unik juga bunga ni dayn purple.. |
| Keladi Daun Hati Berdarah..kembali di Laman Etuza. |
| Keladi Daun Merah..ID Keladi ini tidak tahu..juga kembali di Laman Etuza. |
| Bunga ni selalu menarik perhatian sesiapa yang datang di Laman Etuza. |

0 Ulasan
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.