| Ruang kaunter oder dan bayar atau oder dan bayar kemudian selepas makan. |
DOJO Permis Makan Di Bandar Baru, Keningau.
Rupanya ada juga DOJO di Bandar Baru Keningau, bersebelahan dengan Permis Makan Jamal Salim yang juga di Bandar Baru, Keningau. Ya, nampak sangat hebat persaingan permis makan ini kerana saling berdekatan bersebelahan dan berdepan juga dengan Permis Makan Citra DiLight dan Kopi PINK. Hendak memilih tempat makan mana satu pilihan anda maka, bagi Etuza semua sudah pernah masuk, saya kira ada antara permis makan ini yang agak terbaik dihati Etuza atau ada sendiri menilai di mana dan apa Permis Makan yang terbaik dihati. Tepuk dada tanyalah hati sendiri. Ha begitu baru benarkan gais.
Kenapa Sya Suka DOJO.
🙋Tempat makan, ruang makan yang selesa, ada penghawa dingin.
🙋Bebas habuk dari luar kerana tertutup pintu kaca yang befrsinar-sinar.
🙋Pelayan yang rajin dan cepat memberi layanan.
🙋Semua makanan fresh dari dapur, masih panas
🙋Ada sajian kuih yang beraneka bentuk dan rasa.Dan ada Tart Telur kesukaan Etuza.
🙋Kita boleh memilih menu resipi makanan yang mampu milik ( agak murah) berbanding tempat lain.
🙋Saya kira bersih, kerana singki tempat cuci tangan bersih dan tandas juga bersih.
🙋Dojo tempat makan makanan WESTERN sesuai untuk peringkat umur.
Saranan Kepada Pelancong Dan Masyarakat Keningau.
Kita di Keningau kini boleh memilih permis tempat makan kesukaan anda menurut kata hati anda. Kita tidak perlu bandingkan mana satu permis makan terbaik kerana ternyata semua permis makan yang ISTEMEWA di Keningau kelihatan semua pelayan dan pekerja di Restoran tersebut berusaha untuk menyenangkan memudahkan pelanggan yang datang dengan memberi layanan yang terbaik. Jika ada pelayan yang sombong sedangkan kita adalah pelanggan yang membawa REZEKI kepada permis makan mereka, maka disitulah akan berlaku kejatuhan permis makan secara perlahan-lahan. Penting sekali pelayan harus ramah dan sangat ikhlas memberi makan kepada kami sebagai pelanggan. Jaga hati pelanggan ya.
Permis makan yang sajian tetap kekal segar sedap dan secukup rasa, pelayan yang baik, kebersihan menyeluruh dalam permis tempat makan. Termasuk bilik air, harga berpatutan, tidak DEMAND dengan harga melambung naik pasti ramai pelanggan akan datang berulang-ulang di permis makan tersebut.
Demand (permintaan) adalah jumlah barang atau jasa yang ingin dan mampu dibeli konsumen pada berbagai tingkat harga dalam periode tertentu. Sementara harga adalah nilai tukar satuan barang/jasa dalam mata uang yang harus dibayar. Hukum permintaan menyatakan jika harga naik, permintaan turun, dan sebaliknya. ( Sumber Gogoole Search AI Ikhtisar )
Promot Baju Raya Baru 2026.
Baju Raya 2026 Klik Shoppee di SINI. Baju Raya Menarik dan Murah untuk anda. Kliklah Shoppee hari ini.
| Buku Resipi dan menu yang ada di DOJO, Keningau. |
| Ruangan makan di bawah DOJO, ada juga ruangan makan tingkat atas.Belum masuk sana. |
| Gambar menarik di DOJO Keningau, lebih menarik dari DOJO Benoni, Papar. |
| Trade Mark DOJO Kopi Hot Nan Yang. |
| Tangga naik ke atas Ruangan Makan boleh nampak sekitar Bandar Baru, Keningau. |
| Menarik gambar-gambar hiasan dinding..tak jemu mata memandang. |
| Saya suka datang DOJO ada menu kuih muih yang menarik..datang ambil kuih saja dah cukup kenyang..DOJO Terbaik. |
| Lapar ..oder nasi ayam penyet ( suri hati ) |
| Nasi ayam rendang berempah. |
| Kopi Hot Nan Yang DOJO ~ Special. |
| Tart Kelapa~ Sedap Versi DOJO |
| Terfikir berapa harga semuanya, belu ada total..harap=harap mampu bayarkan. DOJO kami makan hari Selasa 27.01.2026 |

0 Ulasan
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.