Gambar Melihat Sekujur Tubuh Berbaju Melayu Warna Oren.
Siri 08 Throwback hari ini 19.11.2025 menjelang hari Rabu, tertarik melihat gambar kenangan di hari raya tahun 2014 di rumah arwah ayah mak.Melihat gambar ini, rasanya rezeki Etuza meliaht blog lama dan masih tersergam indah gambar kenangan yang memperlihat kan sosok tubuh arwah ayah Etuza. Ya Allah ampuni arwah ayahku dan tempatkan dia di sisi oarng yang beriman. Perluaskan alam barzaknya. Aamiin. Alfatihah.
Ringkas saja nak cakap. Kali ini nak kongsikan gambar suasana hari raya terbuka keluarga Etuza yang berlangsung di kediaman mak ayah di kampung. Inilah suasana raya di kampung biar sederhana tetapi penuh makna bagi kami seisi keluarga.
Memang ada perasaan sedih apabila ada antara adik adik saya dari Kota Kinabaludan dari Tambunan Sabah tak balik beraya kerana mereka sambut raya di rumah mentua masing-masing. Ok tak apa mari tengok kenangan kami.
Sila klik ya. Mungkin anda terlepas entry SINI dan SINI. |
| Rombongan YB Datuk Aliron Angin |
 |
Ambil kenangan bersama ayah dan teman teman. |
 |
Adik lelaki Etuza dan Nuraliya ( anak bongsu) melayan tetamu yang datang. |
 |
Haji Ahadin dan anaknya Adib dan anak buah |
 |
| En.Saidin Musahi bersama besan ayah mentua kepada anaknya. |
 |
| Rombongan keluarga En. Saidin Musahi |
 |
Etuza bersama Mohd Ariffin keluarga dari Kg. Baginda, Keningau |
Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini. Kenangan ini sebenarnya sudah lama, tetapi keudarakan semula kerana ada sosok tubuh ayah semasa hayatnya, dialah ayah Etuza yang berbaju melayu warna oren. Terima kasih kerana sudi juga melihat kenangan kami menerusi Throwback dari blog lama.
24 Ulasan
Al fatihah buat aruah ayah cikgu.
BalasPadamAlhamdulillah, terima kasih..
PadamKLMJ bila melihat gambar² lama kan? rindu pastinya bertandang pada mereka yg telah pergi... al-fatihah buat arwah ayah cikgu
BalasPadamTerima kasih, alhamdulillah
Padamalhamdulillah, best dpt buat event mkn2 gini :) berkongsi rezeki
BalasPadamAlhamdulillah..hari raya terbuka..
PadamAssalamualaikum cikgu.. suka tengok foto-fotonya.. kemeriahan dan keseronokan hari raya sangat terasa dan bermakna ketika orang tua masih ada.. semoga almarhum ayahanda cikgu ditempatkan bersama golongan yang beroleh rahmat Ilahi...
BalasPadamAamiin, terima kasih doanya ya Ustaz..
Padamalhamdulilah. ada memory utk dikongsi. jadi rindu jugak nak beraya di rumah lama mak abah. hampir 5 thn tak beraya di sana.
BalasPadamBeginilah kehdupan bila bawa haluan..pasti ingat mak ayah kan..
PadamAlfatihah.. semoga arwah ayah cikgu ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman..
BalasPadamTerima kasih doanya ya wak..
PadamKalau jumpa foto2 lama di mana kumpul keluarga, memang terharu lah. Apalagi jika ada yg sudah tiada. Sedih juga, tapi rindu pun ada. Beruntung Abang masih menyimpan foto2 kenangan begini
BalasPadamya, alhamdulillah..terima kasih kunjungan mesra ya..
Padamindah kenangan aidilfitri bersama ayahanda tercinta n fmili
BalasPadamHanya sebuah kenangan, ayah pun dah pergi tak kembali..
Padamgembira dan layan tetamu yg hadir dan berbual panjanggggg ;-)
BalasPadamMemang banyak cerita juga..tapi berkisar hari raya dan cerita kehidupan..
PadamSeronoknya dapat berkumpul sanak saudara
BalasPadamBetil wak, happy sekali..
PadamMakan2 sambil eratkan silatul rahim .
BalasPadamMeriah jugak rumah terbuka hari raya di kampung cikgu ye. Al-Fatihah buat arwah bapa cikgu yang telah pergi.
BalasPadamBagus boleh gambar lama dan kenang semula kenangan.
BalasPadamSeronoknya bila diimbau semula kenangan berhari raya bersama keluarga. Semoga almarhum ayahanda cikgu ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh. Amin
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.