Gambar Melihat Sekujur Tubuh Berbaju Melayu Warna Oren.

Siri 08 Throwback hari ini 19.11.2025 menjelang hari Rabu, tertarik melihat gambar kenangan di hari raya tahun 2014 di rumah arwah ayah mak.Melihat gambar ini, rasanya rezeki Etuza meliaht blog lama dan masih tersergam indah gambar kenangan yang memperlihat kan sosok tubuh arwah ayah Etuza. Ya Allah ampuni arwah ayahku dan tempatkan dia di sisi oarng yang beriman. Perluaskan alam barzaknya. Aamiin. Alfatihah.

Ringkas saja nak cakap. Kali ini nak kongsikan gambar suasana hari raya terbuka keluarga Etuza yang berlangsung di kediaman mak ayah di kampung. Inilah suasana raya di kampung biar sederhana tetapi penuh makna bagi kami seisi keluarga.

Memang ada perasaan sedih apabila ada antara adik adik saya dari Kota Kinabalu
dan dari Tambunan Sabah tak balik beraya kerana mereka sambut raya di rumah mentua  masing-masing. Ok tak apa mari tengok kenangan kami. 

Sila klik ya. Mungkin anda terlepas entry  SINI dan SINI.
 Rombongan YB Datuk Aliron Angin
Ambil kenangan bersama ayah dan teman teman.
Adik lelaki Etuza dan Nuraliya ( anak bongsu)
melayan tetamu yang datang.
Haji Ahadin dan anaknya Adib dan anak buah
En.Saidin Musahi bersama besan ayah mentua kepada anaknya.
Rombongan keluarga En. Saidin Musahi
Etuza bersama Mohd Ariffin keluarga  dari Kg. Baginda, Keningau
Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini. Kenangan ini sebenarnya sudah lama, tetapi keudarakan semula kerana ada sosok tubuh ayah semasa hayatnya, dialah ayah Etuza yang berbaju melayu warna oren. Terima kasih kerana sudi juga melihat kenangan kami menerusi Throwback dari blog lama.