 |
| Bergambar di rumah adik ( rumah pusaka arwah ayah dan mak) |
Dimaklumkan Meneka Dalam Kesamaran telah berakhir pada jam 11.11 minit. Scrol ke bawah nampak pemenangnya.
Ahad lalu bersamaan 16.11.2025, petang selepas asar Etuza berniat hendak membawa cucu untuk pertama kali keluar rumah setelah bercukur jambul tempoh hari. Acara berziarah selepas bercukur jambul tempoh hari perlu dilakukan sebagai permulaan berziarah di rumah baby berusia 1 bulan di rumah pusaka arwah ayah dan ibu kami.
Etuza berpesan kepada suru hati untuk sediakan buah tangan untuk di bawa ke rumah adik pada petang Ahad selepas asar.Lalu anak menantu pun sedia untuk membantu sediakan kuih yang dimaksudkan iaitu, kuih pau, kuih sampiang inti kacang hitam dan pulut panggang. ALHAMDULILLAH siap semua, selepas solat asar kami segera gerak ke rumah adik. Syukur kerana niat Etuza dilancarkan oleh Allah, Semoga ziarah ke rumah adik mendapat rahmat dan terjalin silaturahim yang berkekalqn hingga ke Jannah.
0 Ulasan
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.